Assalamualaikum…
Well, jangan kerana tajuk entry aku yang sangat bosan di atas membuat korang angkat kaki dari blog aku tanpa menghayati sepatah pun perkataan yang aku nak taip dengan penuh semangat ni. Kisah hari ini berkisar tentang aku, aku dan aku. Ehhh bukan sembarangan aku tau!
Alkisahnya bermula masa aku baru sahaja tamat diploma hujung tahun 2011 yang lalu. Masa tu aku dengan bangga menyandang gelaran “fresh graduate” gituu. Aku ingat dengan usung kelayakan diploma aku sana sini, hidup akan jadi lebih mudah.. tapi..
Tak semua benda kita boleh dapat exactly macam yang kita inginkan. Aku mula tercari-cari mana arah sebenar aku nak tuju. Aku selalu termenung sana termenung sini dek kerana takde hala tuju. Kerana aku takde idea dan inspirasi langsung mengenai perkara yang aku nak lakukan!
Kemudian aku akhirnya buat keputusan untuk bekerja sebagai pengacara / presenter secara freelance, kerana aku ini seorang yang suka bekerja dalam bidang yang aku betul-betul minati. Well, pengalaman bekerja pada mulanya agak sukar kerana aku perlu mengatasi rasa takut untuk berhadapan dengan orang ramai, dan perlu juga bercakap dengan yakin di hadapan kamera.
Namun lama kelamaan aku rasa enjoy pulak bekerja begini, lakukan apa yang aku suka, dan pada masa yang sama, memberi manfaat pada aku sebab aku menggunakan peluang kerja ini untuk mengasah bakat demi kejayaan di masa hadapan.
Kenapa aku nak jadi pengacara / presenter? Sebab aku seronok berkata-kata di hadapan kamera dan aku yakin diri aku boleh melakukannya. Aku jugak suka menyampaikan mesej atau informasi, dan dengan mengacara aku yakin aku boleh capai keinginan aku tu. Antara pengacara yang aku minati dan memberi inspirasi pada aku ialah Noradzlina Redzuan dan Ahmad Fedtri Yahya.
CABARAN? Banyak juga. Antara cabaran yang terpaksa aku hadapi ialah apabila ada segelintir orang yang mengatakan aku ingin menjadi pengacara hanya kerana mengejar dunia glamor semata-mata. Ada juga yang mengatakan kerana pekerjaan sebegini mendatangkan wang yang banyak, sebab itulah aku ingin jadi pengacara.
Tapi, perlu kah aku peduli akan kata-kata orang lain itu? Jawapannya TIDAK. Kerana yang akan hidup dengan cita-cita, yang akan bekerja mencari rezeki melalui pekerjaan itu adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Banyak jugak perkara yang aku belajar sepanjang aku bekerja ni, di samping melakukan apa yang kita minat untuk memastikan continuity dan tidak bosan melakukannya, kita juga harus yakin pada diri yang kita mampu melakukan tugasan baru dan menghadapi cabaran mendatang. Kita kena kuat menghadapi cabaran kerana untuk mencapai sesuatu bukanlah satu perkara yang senang.
Well, kalau orang lain mampu buat mengapa tidak kita kan? Itu yang aku semat dalam fikiran aku bila aku mula bekerja, and at that time I found this website PROJECT LISTEN by Prudential. Lucky me found this website, because Project Listen is about sharing inspiring story from people from various backgrounds.
Serius guys, sebelum kita nak mengejar sesuatu, aku rasa amatlah penting kalau kita mendengar / membaca dulu kisah-kisah mereka yang lebih berpengalaman agar kita sama-sama mendapat pengajaran, inspirasi dan motivasi.
Klik pada Malaysian Stories dan kat situ ada banyak kisah-kisah yang menarik yang dikongsikan oleh mereka-mereka yang hebat, datangnya dari seluruh pelusuk tanah air! Semoga cerita-cerita yang dikongsi ni memberi pengajaran, inspirasi dan motivasi untuk kita semua!
~Nisa Kay~