Assalamualaikum..
Yeah semangat aku nak taip entry hari ni sebab aku malas bertangguh! Kang tak ber-update pulak pasal event yang aku baru pergi semalam.. Haaa gitu lah semangat waja yang harus semua blogger ade okeh? Lepas pergi event mohon update dengan kadar segera! Lewat 3 hari pon tak leh diterima!
Amboi poyonye ucapan mukadimah akuu. Hukhuk… Baiklah.. semalam merupakan hari yang alhamdulillah syukur sangat indah buat aku sebab Allah bagi aku satu lagi rezeki di mana aku menyertai kumpulan blogger dan media ke majlis pembukaan rasmi Genting SnowWorld di Genting Highland ! Pagi-pagi dan terpacak depan Wisma Genting dengan rakan blogger Eazy Izzuddin. Macam sakai pulak aku ni seluar dengan tudung pakat warna biru. Iskkk.
Aku ni memang gayat + penakut okeh. Sepanjang perjalanan mendaki ke Genting Highland memang aku tido syiokkk je dalam bas tu. Sampai-sampai je semua dibawa berarak ke GENTING SNOW WORLD yeahh!!
Here we are! Meriah betul hari ni dengan kehadiran para media, bloggers, VIP dan maskot-maskot Genting yang ke hulu ke hilir.
Okay semua abang-abang jangan berebut ambil gloves dan boots ye.
Malu sikit haa kat adik ni haa.. Kekekeke…
Yeahh! Saya dah sedia.. saya dah sedia (gaya Spongebob). Gambar berkabus kemain sebab kedinginan yang kian mencengkam di kala aku berdiri di depan pintu SnowWorld!
Yeahhh we are here at Grand Launching of SnowWorld, Genting Highland !
Setelah dibuka semula sejak 5 bulan lalu, SnowWorld kini tampil dengan kelainan untuk para pengunjung dan akhirnya dibuka secara rasmi semalam. Majlis dirasmikan oleh Naib Presiden Eksekutif Genting Malaysia Berhad iaitu YB Dato Kevin Sim.
Persembahan tarian kpop! Haa bila aku upload gambar ni kat instagram, ada yang bertanya aku penari-penari tu tak sejuk ke? Gila tak sejuk!! Kami yang pakai kot tebal ni pon menggigil, apatah lagi para penari tu kan.. Tapi dorang tetap buat persembahan dengan baik.
“Grrr!! Ko dah kenapa pandang aku macam tu??! Ada hutang ka?? Grr!!”
Kita makan duluuuu!! Yeargghh suka makanan yang kecik-kecik macam ni. Sebab kita boleh makan banyak kali dan rasa semua makanan! Hahaha sedap-sedap semuanya! Memang lain feelnya bila makan dalam suhu –6 darjah celcius !!
Dalam sejuk-sejuk tak hengat tu pun para hadirin dijamu aiskrim khas SnowWorld !
Haa aku rasa sikit aje. Sedap! Tapi aku ni tak tahan sejuk! Hikhik..
A pic of me with bloggers and media friends. Haha aku paling obvious kot kat situ. Sebab jaket perempuan dan lelaki lain-lain warnanya. Heeeee suke tak hengat kan kamii..
FAKTA MENGENAI GENTING SNOW WORLD
SnowWorld pertama dibina pada tahun 2003 dan menjadi tarikan salji terbesar di Malaysia Tarikan ini menjalani rombakan besar dan telah ditutup kepada orang ramai pada bulan November 2011 selama lapan bulan. Perbelanjaan penyusunan semula ini memakan jumlah RM15juta termasuk sistem penyejukan yang dibeli dari Jerman yang membolehkan pengawalan suhu bilik ke subzero. Sejak pembukaan semula pada 31 Ogos 2012 hingga 18 Januari, SnowWorld telah dikunjungi 192417 pelawat yang terdiri daripada 140854 (73%) daripada orang dewasa dan 51563 (27%) kanak-kanak. SnowWorld yang telah diubahsuai ini mempunyai kawasan seluas 22.800 kaki persegi dan tarikan yang paling penting, tidak pernah dilihat sebelum ini.
Okay jom sambung bergambar. Iskkk apa lah tak senonohnye perangai.
Anak sapa la nih.. Isk iskk…
“Ouhhh hellooo. Welcome to Europe!”
Perangai tak senonoh part 2.
Dah masuk SnowWorld ni jangan lupa cuba Play Slide ni! Memang wohoooo!!! Best best! Feeling bebenor main salji sambil slide slide niii…
Geng aku si kanak-kanak riang Eazy Izzuddin dan si budak jambu Kifli Mally.
And I even met BAK! My friend, jurukamera untuk TV9. Dah berbulan oii tak jumpa. Hahah excited aku nak menghayati salji dengan kawan-kawan gitoo!
Terbaru di SnowWorld, suasana ala-ala di Eropah gituuu…
Pemandangan sebahagian dari SnowWorld yang diambil dari Look Out Point.
ANTARA TARIKAN TERBARU DI GENTING SNOW WORLD
‘Winter Downtown and World Heritage Concept’. Rekaan SnowWorld menggambarkan suasana musim sejuk di bandar Eropah. The English Tea Shop, French Bakery, and Italian Pizzeria – kesemuanya memberi pengalaman pelbagai budaya dalam satu tempat! Tarikan lain termasuk ‘L.E.D. Animation Scheme’ skim cahaya unik yang secara beransur-ansur mengubah suasana SnowWorld seakan-akan dari subuh ke senja. ‘The LookOut Point’ memberi peluang kepada pengunjung menikmati pemandangan seluruh SnowWorld dan of course latar yang cantik-cantik untuk bergambar! ‘The Warm House’ sebuah igloo dibuat khusus bagi pelanggan untuk berehat sebelum ‘menyejukkan diri' lagi. Sukakan cabaran? Jangan lupa cuba permainan Play Slide atau Cresta Run Slide okay?
WARTAWAN :“Apa pendapat adik tentang SnowWorld dengan konsep baru ni?”
ADIK :“Pendapat? Aaaa… sejuk.”
*Dialog adalah rekaan semata-mata*
Okay last vain pic of me, I promise! Hahaha.. Bukan apa.. kalau korang datang SnowWorld pada hari biasa, NO CAMERAS and PHONES are allowed okayh! Kami ni bergambar sakan sampai nak retak lensa kamera sebab semasa acara macam ni la kami blogger dan media dibenarkan bawak masuk kamera dan phone. Gitoo!
Baiklah… bagi kalian yang nak merasa main salji, nak merasa suhu –6 darjah celcius.. nak merasa macam mana winter di Eropah, meh la ramai-ramai datang ke GENTING SNOW WORLD ! Selain daripada main salji semata-mata, ada banyak port yang best untuk bergambar. Ada jugak LED light animation yang memukau. Gitoo!
Genting SnowWorld
Level T2A, First World Plaza
TICKET PRICE :
RM30.00 for adult
RM25.00 for child and senior citizen
*bayaran termasuk sewaan jaket, gloves dan boots*
Datang ramai-ramai ye! Jangan lupa pakai tebal-tebal! Haa kita orang Malaysia yang belum pernah merasa musim salji di negara orang mesti tak tahan sejuk yang teramatttt sangat! Heee! Adios!
XOXO