Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

REVIEW – Wawa Semput

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Wuargghhh berzaman dah rasanya tak join majlis pratonton filem bersama MiG Online gituuu.. Semuanya gara-gara aku yang melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh isk isk isk. Jadi cuti ini aku manfaatkan sepenuhnya untuk menggembirakan hati dan menikmati rezeki yang Allah bagi.. ALHAMDULILLAH..

 

wawasemput

Kali ni aku nak review movie WAWA SEMPUT lakonan Yana Samsudin, Along Cham, Angah Rajalawak dan Adibah Yunus… Melihat pada tajuknye mesti korang meneka-neka adakah filem ini kesinambungan dari filem-filem Adnan Sempit? Jawapannya TIDAK sama sekali..

 

WAWA SEMPUT merupakan sebuah filem yang membawakan kisah dari sisi kehidupan Wawa (setiausaha Nadia dalam filem Adnan Sempit). Jika dalam filem Adnan Sempit 1 dan 2 kita melihat kisah cinta Adnan si mat rempit dan Nadia anak orang berada, diselangi gelagat Wawa dan Bobby sebagai rakan mereka, tak lupa penampilan Ismat hanya diberi fokus pada babak-babak tertentu. Kini sudut penceritaan dalam WAWA SEMPUT lebih bertumpu kepada kehidupan Wawa bersama Bobby pula.. dan juga peranan Ismat lebih diketengahkan.

 

IMG_0516

SINOPSIS (menurut pemerhatian aku sepanjang filem ini) :

Wawa dan Bobby menjalani kehidupan dengan menjual burger seperti biasa. Namun sikap Bobby yang terlalu suka berangan-angan namun malas berusaha membuatkan Wawa bertindak meninggalkan Bobby. Impiannya adalah untuk mempunyai bakal suami yang rajin bekerja. Dalam pada itu, kemesraan Ismat terhadap Wawa turut dicemburui Bobby.

 

Ketika konflik melanda hubungan Wawa dan Bobby, Ismat hadir di antara mereka dan menawarkan kasih (kenapa ayat aku macam novel hah??). Wawa yang geram terhadap Bobby melayan Ismat untuk membuatkan Bobby lebih cemburu. Namun melihatkan kesungguhan Ismat meluahkan perasaan membuatkan Wawa berbelah bahagi untuk memilih.

 

Keadaan menjadi lebih sukar buat Wawa apabila rakan baiknya Ayuni rupa-rupanya meminati Ismat. Dan Ayuni berpakat dengan Bobby untuk membuatkan Wawa cemburu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk menawan hati Wawa dan ayahnya, Pak Din. Adakah cara salah seorang daripada mereka berhasil memikat Wawa? Siapakah yang Wawa pilih akhirnya ?

 

IMG_2148

PENDAPAT DAN PANDANGAN PERIBADI AKU :

KELAKAR!! Satu panggung bergelak ketawa sepanjang filem ini ditayangkan. Pada yang rindu akan watak WAWA dan BOBBY dalam filem Adnan Sempit tu bolehlah menonton filem Wawa Semput pula. Sebab filem ni memaparkan sudut lain, BUKAN kesinambungan Adnan Sempit, tapi lebih kepada perjalanan cinta Wawa dan Bobby pula.

 

Watak Ismat yang lebih diberi fokus dan menjadi saingan Bobby juga pada aku agak menjadi. Kerana gelagat kedua-duanya yang ingin memenangi hati Wawa sangat mencuit hati. Penampilan Kaza melakonkan watak ayah kepada Wawa juga membuatkan ia kena dengan jalan cerita.

 

Wawa Semput tidak “meniru” atau “mengambil” elemen filem Adnan Sempit 100% kerana aku yakin mesti yang akan kaitkan jugak filem ni dengan Adnan Sempit. Filem ini mempunyai gaya penyampaian dan unsur-unsur humor yang tersendiri. Namun aksi perlumbaan motor masih dikekalkan kerana imej Bobby sebagai mat rempit.

 

cats

Antara perkara yang menarik perhatian aku sepanjang filem ini ditayangkan ialah :

  • Yana Samsudin menyanyikan lagu Awie bersama Angah Rajalawak
  • Along Cham menyanyikan lagu Siti Nurhaliza sambil memetik gitar
  • Peranan ayah Wawa, lakonan Kaza yang tidak kurang menceriakan jalan cerita
  • Penggunaan lagu-lagu latar yang sesuai dengan babak-babak tertentu
  • Babak membajak di sawah yang sangat kelakar!

 

Baiklah.. itu aje aku nak kongsikan dengan korang. Kang korang kata aku melebih-lebih pulak ye dak. Takde maknanya nak melebih-lebih sebab apa yang aku review di atas semua atas pengamatan aku. Memanglah aku bukan penggiat seni, tapi aku ni penonton dan pengguna. Jadi aku sekadar berkongsi pendapat aku.

 

 

Jangan lupa ajak seisi keluarga dan sahabat handai menonton filem WAWA SEMPUT, di pawagam berdekatan anda bermula 31 JANUARI 2013 tauuu!!!

 

“Pandai-pandailah lu hidup sendiri!!”

 

XOXO


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614