Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

NINETOLOGY Black Pearl 2

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Walaupun isu rebat RM200 untuk telefon pintar macam dah kureng diperkatakan, aku tetap nak berkongsi dengan korang mengenainya… Dalam senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan rebat RM200 oleh SKMM, salah satu jenama yang turut tersenarai ialah telefon pintar NINETOLOGY.

 

Mungkin ramai yang belum tahu apakah NINETOLOGY ini?? Haa aku pon belum tahu sangat pasal phone ni. Masa NINETOLOGY buat roadshow kat Low Yatt aku berlalu begitu sahaja tanpa singgah dan tengok apa yang dorang offer untuk pengguna. Amboi mementang jenama belom populer kannn.. So sejak jenama NINETOLOGY dimasukkan ke dalam senarai telefon pintar rebat RM200 ni. aku pon macam berminat nak tahu..

 

ninetology 2

So basically inilah rupa NINETOLOGY Black Pearl 2 tu.. macam Samsung Galaxy Y pon ade, tapi aku yakin pon ni lagi nipis, selain dari skrinnye yang lagi besar.. Well.. mungkin korang sedang mempertimbangkan nak beli smartphone ape dengan rebat RM200 tu kann…

 

ninetology 1

Setelah ku godek-godek Google, aku terjumpa spec phone ni. Not bad lah phone ni. Wajarlah dengan harganya.. Kalau beli dengan rebat RM200 tu, NINETOLOGY akan tambah rebat RM100 pulak. So tolak RM300 lah kan.. Boleh tahan la kan..

 

Mungkin korang pon macam tertanya-tanya.. phone ni dah lah jenama baru di Malaysia, so korang masih belum tahu rupa bila phone ni di-on-kan, performance dalam dia.. antaramuka dia dan bermacam-macam lagi kesangsian lah katakan. Haa aku nak share video mengenai NINETOLOGY Black Pearl 2 ni, hope boleh mengurangkan rasa ingin tahu korang.

 

 

Hope video ni membantu korang mengenali serba sedikit mengenai NINETOLOGY Black Pearl 2.. Mana tahuuuu ada antara korang yang nak beli smartphone dengan rebat RM200 dan mahu try beli NINETOLOGY ni kee…

 

Pada pandangan aku, phone ni not bad lah kalau ikut spesifikasi dia.. Kalau nak pakai smartphone yang murah, mungkin boleh masukkan NINETOLOGY dalam pertimbangan anda… Tapi kalau berangan nak henpon mahal jugak.. kumpul la duit bebanyok ye.. Aku ni jenis panas sikit telinga dengan orang yang cakap gebang nak beli phone cecanggih tapi poket habuk je ada. #Ehh tetibe. Haha kbai.

 

 

XOXO


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614