Assalamualaikum…
Selama aku blogging ni banyak jugak aku terima soalan yang bertanyakan mengenai cara-cara atau tips untuk memilih foundation yang sesuai untuk kulit muka. Mesti ramai yang tanya.. “MACAM MANA NAK PILIH FOUNDATION YANG BOLEH BUAT KULIT KITA NAMPAK FLAWLESS??”
TANGGAPAN YANG SALAH #1 :
Haiyaaa kebanyakan wanita telah mempercayai konsep atau teori yang SALAH mengenai foundation atau bedak asas muka ni… Untuk pengetahuan kalian, fungsi sebenar foundation BUKANLAH untuk buat kulit kita nampak flawless okay? Tapi lebih tepat lagi, berfungsi untuk MERATAKAN TONA KULIT KITA.
TANGGAPAN YANG SALAH #2 :
Tanggapan kedua yang sering kita salah faham ialah kita anggap foundation ni berfungsi untuk mencerahkan kulit. Iskkk ini pon sedih tau. Aku pun kadang-kadang tak sedor diri beli foundation yang tona dia lebih cerah dari kulit sendiri. Sudahnye, bila pakai nampak sangat pelik, sebab warna kulit kat tangan lebih gelap!
Jadi jika dari awal lagi kita dah ada tanggapan yang salah mengenai fungsi foundation, macam mana kita nak pilih foundation yang tepat untuk kulit muka kita ye dak? Jadi berdasarkan pengalaman aku bertanyakan kepada beauty consultant, kepada jurumekap, membaca tips di majalah dan internet, aku nak share tips tu dengan korang :)
TIPS 1 : KENAL PASTI KONDISI KULIT MUKA ANDA!
Ada yang main taram aje beli foundation. Jangan lah bila kita tengok orang lain pakai lawa, kita beli tanpa usul periksa. Contohnya, aku review barang mekap. Alhamdulillah kulit aku jenis tak sensitif dan aku boleh pakai pelbagai jenis dan jenama mekap. Tapi korang yang membaca review aku tu jangan pulak pergi beli sebelum periksa produk tu sesuai ke tidak dengan kulit muka korang?
Kondisi biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih yang berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk.
TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !
Aku tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. Kejadahnye? Aku dulu pun masa takde pengetahuan mengenai ini buat jugak cara ni Kahkahkah. Mana yang paling masuk dengan tangan aku beli. Sabor je lah. Belakang tapak tangan kita tu TAK SAMA dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu ha.. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana “paling serupa” atau “paling masuk dengan warna kulit”.
TIPS 3 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA
Jika usia semakin meningkat, garis-garis halus atau kedutan akan mula kelihatan. Tapi kan sekarang ni aku tengok kita yang muda ni pon dah mula ada fine lines kat wajahhh! Oh nooo!! Menurut pembacaan aku, jenis foundation yang sesuai untuk menutup garis-garis halus adalah foundation jenis cream atau mousse.
TIPS 4 : KENAL PASTI TONA KULIT ANDA YANG PALING TEPAT!
Sekarang ni kan ade pengukur kecerahan ape benda entah tuu. Hahah. Macam yang aku sebut awal-awal tadi, foundation ni BUKANNYE untuk mencerahkan wajah tetapi lebih kepada meratakan tona kulit. Jadi, janganlah korang saje-saje pergi beli foundation dengan tona lebih cerah pulak. Serius pelik. Iskk. Tapi kalau aku ler, nak ber-photoshoot memang pakai foundation yang menampakkan kulit cerah supaya masuk je dengan apa-apa warna yang aku pakai.
TIPS 5 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA!
Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria. Dah banyak kat pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat berhawa dingin, pilih foundation yang melembapkan kulit. Macam aku ni ha, masa duk kat Penang aku selalu pakai foundation sun screen dengan SPF tinggi.
TIPS 6 : PILIH PRODUK YANG TERBUKTI, DIYAKINI DAN DIIKTIRAF SELAMAT!
Haaa dah membeli tu jangan main taram beli yang kat pasar malam punye pulak! Ye memang kita nak beli barang yang murah.. Tapi apa guna kalau ia memudaratkan kulit wajah di masa akan datang? Kos perubatan bukan murah, dan kalau kulit wajah bermasalah, ia akan menjejaskan keyakinan kita nak jumpa orang ye dak? So pilihlah produk yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan merbahaya kepada kulit.
Bagi yang nak kulit nampak flawless, mula-mula sekali mestilah jaga kulit dari langkah asas. CONTOH : Membersihkan muka setiap hari sebelum tidur, pakai pelembap atau produk yang sesuai. Bagi yang ada masalah parut jerawat di muka, pakailah krim atau minyak yang boleh memudarkan parut.
Macam aku ni, aku pakai produk Cosmoderm, Vitamin E Cream macam dalam gambar di atas. Aku selalu ada jerawat degil kat dagu and kat situ memang selalu meninggalkan parut sebab aku rajin picit jerawat. Kat pipi pon ape kurang. Setiap malam aku tak miss bersihkan muka dan pakai pelembap Vitamin E Cream ni sebelum tidur. Alhamdulillah dalam sebulan dan nampak jerawat pudar dan aku dah tak payah nak tepek banyak sangat concealer lepas pakai foundation!
Apa-apa pun, nak kulit yang sihat bolehlah amalkan minum air masak banyak-banyak, air wuduk dan pelbagai lagi petua Islamik dan petua menggunakan bahan semula jadi. Bila kulit sihat inshaAllah kurang le masalah kulit lepas tu tak yah pikir banyak nak pakai produk apa.. Tak gitu?
Well, semoga tips yang aku kongsikan di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua yang membaca.. Itu je tips yang aku ingat.. Kalau rajin nak tahu lebih, boleh selak-selaklah majalah kesihatan dan website serta blog-blog tips kecantikan. Thanks!
XOXO