Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Yeayy nak pergi gathering di MELAKA ! Siapa nak join?

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

BERKAWAN BIAR BERIBU. Ye dak? Berkawan biar di mana-mana.. Berkawan biar dengan sesiapa sahaja.. Asalkan kita tahu batas-batas pergaulan, persahabatan, menjaga perasaan satu sama lain.. ye dak?

 

page1

So, last year aku telah dijemput oleh Qarl Haiqal untuk join gathering kawan-kawan dia. Takde sebab spesifik lain gathering ni, selain daripada berkenal-kenalan dengan rakan baru dan mengeratkan ukhuwah sesama insan. Mulanya aku segan gila nak join sebab gathering tu dilakukan pada bulan puasa, so dia buat majlis berbuka puasa, dan aku tak kenal semua orang.

 

 

page2

Tapi aku pergi jugak. Masa tu aku pergi dengan Syafiq Rosli, dan adik aku yang kebetulan datang Shah Alam pun aku angkut sekali. Masa Gathering Iftar tu, kami ada buat games. Yang paling best game hias kek.. Takde hadiah pon, sekadar suka-suka.. Isi masa sebelum berbuka puasa. Ada juga sesi solat terawikh berjemaah dan tazkirah oleh Imam Muda Omar..

 

Alhamdulillah.. terjalin satu pertalian baru dengan kawan-kawan baru.. Mula-mula je macam malu-malu gituuu.. Dah main game gelak tak hengat ape sume, sume jadi baik dan mesra aje.. Dorang sume best walaupun baru lagi kenal!

 

 

GATHERING KAWAN-KAWAN TAHUN 2013 – MELAKA !!

friends

 

Sebenarnye dorang buat gathering kawan-kawan ni dah 5 tahun berturut-turut okeh! Aku je baru join dorang tahun lepas.. So tahun ni akan menjadi tahun kedua aku join gathering kawan-kawan ni.. InshaAllah akan kenal lebih banyak kawan baru yeah yeahhh!! Dan tahun ni… Dorang siap banner curlass dan akan diadakan di MELAKA!!!

 

 

Bagi menjalin ukhuwah baru dengan readers atau followers blog ni, aku nak ajak kalian yang berada di MELAKA khasnya untuk join gathering ini ! Hanya beberapa orang sahaja yang akan aku pilih okay? So baca details kat bawah ni betul-betul :

1. Pastikan anda orang MELAKA, supaya senang nak pergi dan balik. Kalau korang duk KL and sanggup travel ke Melaka, pon boleh jee.. Sesungguhnya gathering ini PERBELANJAAN SENDIRIAN BERHAD okay?

2. Tak kisahlah anda blogger atau tidak, kalau nak berkenal-kenalan dengan rakan baru, mengeratkan silaturahim sesama insan jom la join ye dak?

3. Pastikan anda FREE sepanjang hari apda 11 Februari 2013, Isnin.

4. Details penuh gathering ini HANYA akan diberitahu jika anda benar-benar FREE untuk join gathering ni okay? Sekali je korang bagitau jawapan“tak pasti” atau “tengok la dulu” atau apa-apa jawapan seumpama dengannya, anda akan diabaikan dalam kadar segera!

5. Details yang korang perlu tahu hanyalah :

- Lokasi : Melaka (lokasi sebenar masih dirahsiakan oleh AJK Lokasi dan Permainan)

- Beberapa games dan sesi bertukar hadiah akan dijalankan

- Konsep potluck

 

 

Jelas ye semua?? Pastikan korang CONFIRM SEMEMANG-MEMANGNYE CONFIRM nak join, nak buat kawan baru, nak enjoy-enjoy, barulah korang PM aku kat facebook okay? Klik sini –> Nisa Kay II

 

Ingatttt !!! Details penuh event ni HANYA akan aku reveal kepada yang memang KOMPEM KOMPEM nak join gathering ni.. Sebab kami buat benda ni terancang, ada flow activities and all that, so tak boleh reveal all details, kang ada yang main terjah je ye dak?

 

 

Okay cau cin cai. Nak join, PM facebook aku Nisa Kay II thankss!!

XOXO


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614