Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Shoot video feeling pre-wedding punye style

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Hahaha ape ke hal nye haaa.. aku punye tajuk kemain macam tunggang langgang pulak aku tengok.. Muahahaha.. Ade lagi tak yang tak tau aku sekarang selain daripada study, meniaga menerusi online shop aku… blogging lagi.. sebenarnya aku ni adalah freelance host atau presenter. Dan kini aku adalah host untuk Amanz MY.

 

Amanz MY ni adalah sebuah laman web yang menyediakan berita dunia teknologi dalam dan luar negara. Haaa kita pompuan jangan sampai tak amik tahu pasal perkembangan dunia ICT ni tauuu? Pergilah baca Amanz MY tu haaa.. at least bertambah ilmu kita. Tak gitu?

 

Dengan Amanz MY ni pulak, aku sebagai host atau presenter mereka bertanggungjawab meng-host-kan video-video mereka.. Untuk tahun 2013 ni pulak Amanz MY memang decide nak perbanyakkan lagi video content dalam menyampaikan informasi mengenai dunia ICT… Hik hik hik…

 

ikhwan-affandiSUMBER GAMBAR: THEPROJECTPIXEL PHOTOGRAPHY

 

Inilah Ikhwan Affandi, Amanz MY new videographer. Good to have him in Amanz MY.. sebab dia dah ada pengalaman in shooting better videos.. and since dia nak mencuba sesuatu yang baru, he joined Amanz MY. And dia lah bertanggungjawab shoot video, edit dan upload video-video Amanz MY yang terbaru…

 

 

20130215_121004

So hari ni Ikhwan decide nak try teknik fly (ehhh betul ke namanya) dalam video mingguan Amanz MY kali ni.. Kiranya bawak something yang totally different and fresh untuk viewers.. Sebab every week mesti bosan kan tengok aku duduk aje buat video kan?

 

Teknik ni kau kena pegang handle ape benda entah tu (macam dalam gambar) Pastu kau kena gerak slow and steady and smooth untuk memastikan gerakan video tu sesuai dan tidak memeningkan. Haa macam itulah gamaknye… Aku tahu bercakap aje..

 

 

20130215_123344

Hoihhh aku pon nak jugak woihhh. Tapi kannzzzz benda handle tu berat lahhh. Ketar-ketar lengan aku menahan berat camera. Iskkk :( Muka lak kemain serius haaaa puihh. Padahal aku berdiri statik je kat situ. Snap gambar dua tiga kali, then aku pass balik handle tu kat Ikhwan. Berat oiii.

 

Aku lak memang tak tau Ikhwan ni nak buat shoot cecantik gini. Aku bantai pakai crocs je haaa pegi jumpa dia. Nasib laa dress baru aku lawa. Ehhh!! Terrrr puji diri sendiri. Tak malunye aku. KAHKAHKAH…

 

20130215_123511

Pastu untuk memastikan suara aku jelasss kedengaran dalam video walaupun camera tu 100 meter jaraknye dari ko.. aku pon pakailah microphone kecik ni haa.. Set mic ni ade dua bijik. Satu install kat camera, satu aku pakai… Satu set ni riban-riban sehh harga dia.. Tapi Amanz MY sanggup melabur untuk kualiti video di masa depan cewahh.

 

 

Haaa berpenat sudah kami merakam video. Kesian Ikhwan aku asyik salah cakap aje.. And ade part yang terlepas lak tuh. Excited sangat gamak nye heh?? Alhamdulillah videographer serba boleh dapat atasi masalah tersebut. Muehehehee… Soooo.. marilah kita sama-sama tengok hasilnya…

 

 

Haaa dah tengok dahhh.. Melayang-layang tak skrin korang? Ada macam style nak buat video pre-wedding tak? Hahahhaha amboihhh!! Aku ingat teknik-teknik camera terbang ni orang pre-wedding aje yang guna dalam video dorang! Macam cool jugak eh buat dalam video aku hos kan ni. Bahahah perasan lak :P

 

Thank you so muchhh kepada yang dah menonton okay? I am very happy to do this kind of job.. I mean hosting.. presenter… I just love it! I can feel it in my blood. Okay ini over sangat boleh rasa dalam darah pergghh… Thank you Amanz MY for the opportunity and thank you Ikhwan for a great video technique and editing anddd thank you all !

 

 

XOXO


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614