Assalamualaikum…
Apakah meroyannya aku menulis pasal animal superpower ni? Kalau orang lain kat luar sana yang adore superhero dengan kuasa api lah, terbang lah, extra kuat lah, aku pulak teringin nak ada animal superpower. Apa tak cool ke ade animal super power? Spiderman tu ada animal super power? COOL GILA kot!!
Kalau Spiderman mendapat superpower dari labah-labah yang membolehkan beliau tangkas bergerak, boleh keluarkan spider web dan melayang dari satu bangunan ke satu bangunan, aku pun teringin jugak nak ada animal superpower!
Kalau aku ada ANIMAL SUPERPOWER, aku memilih nak jadi kucing! Erkkk bukan jadi kucing terus, maksud aku, aku nakkan ciri-ciri dan sifat dari seekor kucing tu sebagai superpower yang aku ada supaya aku boleh lawan orang jahat!! Ala-ala catwoman la katakan..
YANG PERTAMA SEKALI… Bagi aku, mempunyai sifat seekor kucing mempunyai penyamaran terbaik! Kucing secara naturalnya mempunyai sifat manja, dan bagi aku sifat manja tu boleh digunakan sebagai teknik penyamaran. Kebanyakan dari kita menyukai kucing dan sama sekali tidak menganggap kucing sebagai ancaman seperti haiwan lain, soooo memang tepatlah untuk memperdaya pihak lawan, ye dak?
YANG KEDUA.. Mata kucing yang buat hati aku cair tu boleh melihat dalam gelap! Sifat ini sangat penting untuk superpower aku sebab aku boleh bersembunyi, melihat dan bergerak tanpa sebarang masalah di dalam gelap. Mata kucing yang bersinar dalam gelap tu jugak boleh digunakan untuk menakutkan pihak lawan.
YANG KETIGA pulak, aku nak ada animal superpower kucing ni sebab bagi aku kucing ni haiwan yang sentiasa peka. Dia tahu bila kita memerhati dia, bila kita dekat je dengan dia, dia akan terus lari kalau dia tak suka kita. So, aku nakkan sifat kucing yang sentiasa alert tu, sebab ia satu ciri penting dalam menumpaskan penjahat!
YANG KEEMPAT.. dengan animal superpower kucing ni, aku boleh menyerang penjahat dengan kuku tajam aku yang aku sembunyikan, dan juga menggigit dengan gigi aku. Berbalik kepada sebab yang PERTAMA, kucing ni nampak je manja tapi peka (sebab ketiga) dan pantas menyerang.
YANG KELIMA dan yang terakhir sekali, kucing ni merupakan haiwan yang tangkas dan aktif bergerak. Jadi, untuk menjadi seorang superhero, kita mestilah jadi superhero yang sentiasa pantas bergerak dan bertindak. Mana ada superhero yang bermalas-malas aje kan? Kalau ada memang lingkuplah!! Hahaa.. Baiklah, sekian sahaja aku berangan nak ada animal superpower. Kbai.