Assalamualaikum…
Adalah baiknya anda semua beri perhatian jitu terhadap blog post aku yang satu ni.. Korang nak kan smartphone supaya boleh keep in touch dengan kawan-kawan melalui laman sosial di hujung jari? Tapi sebagai pelajar sekolah atau perlajar IPT macam di luar kemampuan pulak nak membeli telefon pintar yang mahal-mahal kan?
Kang dah ada telefon pintar pulak, nak kena fikir tambah nilai setiap minggu untuk langgan internet dan data ! Ohhh banyak juga nak berhabis ni? Apa kata korang cari telefon pintar yang mampu milik dengan harga di bawah RM500, tetapi dalam masa yang sama korang masih boleh berpuas hati dengan ciri-ciri dan aplikasi yang boleh anda guna?
Ahaaaaaaaaa……. Inilah rahsianyaa…. NOKIA ASHA 310.. telefon pintar yang datang dengan harga mampu milik.. tambah pula dengan pilihan warna menawan. Tengoklah dalam gambar di atas ni haa… Feeling macam pegang emas sebenar aje.. Hek hek hek ! Kilauan menawan kan?
Selain dari pilihan warna keemasan yang turut ditawarkan daripada 3 pilihan warna, antara ciri lain yang ada pada Nokia Asha 310 ialah fungsi DUAL SIM dan juga sokongan wifi. Yaaaa personally bagi aku kedua-dua ciri ni adalah ciri yang “mesti-ada” pada setiap telefon pintar. Kadang kala kita perlukan dua simkad untuk mengasingkan panggilan atau mesej untuk urusan peribadi dan kerja kan?
Ruang simkad kedua yang berada di bahagian luar telefon ni juga suatu ciri yang sangat memudahkan kita.. So kalau kita nak bertukar-tukar simkad pun tak ada masalah, tak payah nak cabut bateri dan ganggu simkad utama kita.. Ye kan?
Well.. bila aku menggunakan sesuatu telefon bimbit yang baru, aku akan membelek interface telefon tu. Aku suka sangat design interface yang ringkas, konsep minimalis dan mesra pengguna. Haa macam interface Nokia Asha 310 ni laaa… Comel-comel semua icon nye kan kan. Senang nak tengok, nak cari aplikasi.
Siapa kata beli telefon pintar dengan harga mampu milik tak boleh ada aplikasi laman sosial? Cuba tengok gambar kat atas ni, gambar ni aku ambil masa tengah online facebook menggunakan Nokia Asha 310. Sangat comel icon nya.. Kan aku dah kata aku suka konsep minimalis.
Selain Facebook, aplikasi yang dah sedia ada adalah seperti Twitter, eBuddy dan aplikasi LINE ! Ahaaa… best sangat keep in touch dengan kawan-kawan dan ekspresi perasaan menggunakan stickers yang sangat sangat comel ! Dengan Nokia Asha 310 korang boleh je hantar emel, atau layan video kat Youtube !
Okay kejap kejap… meh nak share dengan korang ada beberapa lagi ciri dan aplikasi yang best yang ada dalam Nokia Asha 310 yang boleh membantu dalam kehidupan seharian kita !
- SESAT??? Ahahhh!! Nokia Asha 310 dilengkapi dengan Nokia Maps yang boleh digunakan ketika online atau offline !
- Ada aplikasi web Nokia Nearby yang boleh digunakan untuk discover macam-macam tempat menarik! Kedai makan ke.. shopping mall ke.. cool kan!
- Ada lebih banyakkk aplikasi termasuk Foursquare
- Untuk siri telefon pintar Nokia ada lebih 125,000 content items yang korang boleh dapati dari Nokia Store termasuklah siri ASHA.
GAMES ! Salah satu perkara yang tak boleh tak ada dalam telefon bimbit kannn! Selain komunikasi dan penggunaan beberapa aplikasi berguna, games mestiii ada dalam phone sebab kadang-kadang bila kita bosan, nak spend time main game kan.. yang best nya bila korang beli telefon pintar Nokia Asha 310 ni, korang akan dapat 40 games dengan PERCUMA yeahhh! Tak lupa juga dapat voucher Old Town White Coffe yang bernilai RM10.
Kekal berhubung dengan kawan-kawan dengan cara yang sangat menarik ! Jujurnya, aku pun peminat aplikasi LINE sebab dengan LINE ada sticker yang sangat comel untuk dihantar kepada kawan-kawan, ada games dan macam-macam lagi! Jika anda peminat LINE, korang berpeluang menang patung karakter LINE yang sangat comel ni di Nokia roadshow cruiser atau lawati http://www.nokia.com/my-en/ashapromo
Ada macam-macam lagi perkara menarik mengenai NOKIA ASHA 310, Kalau nak tahu dengan lanjut dan lebih terperinci, jom jom usha website http://www.nokia.com/my-en/products/asha-new/ Okay???
* * * * *
Comel tak LINE characters ni??? Auwwww gebu-gebu dorang ni rasa nak bawak balik, boleh buat bantal peluk…. Nak menang dorang tak? Ehhhh bukan yang gabak ni….
TAPI YANG INI !!!! 3 patung LINE untuk dimenangi!!! Patung ni takkan dapat kat mana-mana.. Takde jual kat kedai-kedai ye… sebab patung-patung yang amat comelss ini hanya boleh didapati eksklusif dari Nokia dan LINE Korea sahaja okay !
So… kalau kamu semua nak menang patung-patung yang comel ini, boleh lah ikuti langkah-langkah mudah yang berikut :
- Tulis komen mengenai : NOKIA, LINE dan SAYA
- Blogger dengan kisah yang paling menarik akan memenangi patung LINE di atas !
- Sertakan NAMA PENUH dan alamat EMEL untuk dihubungi dalam komen anda tu ye !
- 3 pemenang akan dipilih.
- It can be your memory of your first Nokia phone. Atau pengalaman yang kelakar atau pelik bersama telefon bimbit Nokia anda. Atau jika anda sudah pun menggunakan aplikasi LINE, ceritakan juga karakter LINE kegemaran anda.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 6 MEI 2013
Okay, I’ll be waiting your comments ! Tata titi tutuuuu~
XOXO