Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak berkongsi kisah atau tips kecantikan dengan pembaca semua.. Aku pun rindu nak buat research dan berkongsi hasil kajian atau bacaan aku dengan korang.. Aku yakin ramai antara korang yang gemar membeli produk untuk mencerahkan kulit wajah. Tapi bagi aku sendiri, bila guna produk yang mencerah, kulit akan menjadi kering.
So aku terpaksa pulak guna produk lain untuk tujuan melembap pula. Sangat menyusahkan dan memakan kos bila nak kena pakai banyak-banyak produk pada muka. Maka kali ni aku nak kembali menulis mengenai produk kecantikan dengan memperkenalkan kalian kepada SAFI Pembersih Muka Mencerah & Melembap dengan Sari Susu Manggis.
SAFI – satu jenama penjagaan kulit yang sememangnya tidak asing lagi di negara kita tampil dengan satu lagi produk baru yang mempertaruhkan khasiat sari susu manggis untuk dinikmati semua. Antara yang menarik minat aku untuk terus mencuba produk ni ialah dwi-fungsinya iaitu mencerah dan melembap pada masa yang sama!
SAFI Pembersih Muka Mencerah & Melembap dengan Sari Susu Manggis datang dengan dua packaging iaitu 50g dengan harga pasaran RM5.50 dan 100g dengan harga cuma RM9.90. Antara khasiat sari susu manggis di dalam produk ni ialah :
- Membersihkan kulit wajah dengan lembut
- Membantu mengekalkan kelembapan
- Mencerahkan kulit
- Kulit menjadi lebih halus, lembap serta cerah berseri
Selama ni kalau balik kampung aku hanya tahu makan buah manggis, tak pernah lagi buat research mengenai khasiat manggis. Bila buat sikit research dan membaca sikit, aku nak kongsikan di sini manggis ni ada banyak sangat khasiatnya, contohnya macam ni :
- Lebih daripada 40X anti-oksidan yang dikenali sebagai Xanthone terkandung di dalamnya
- Anti-oksidan membantu menentang radikal bebas dengan lebih berkesan agar kulit wajah kekal remaja
- Mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa mengeringkan kulit wajah biarpun digunakan beberapa kali sehari
Ahaaa…. pencuci muka ni JUST EXACTLY THE ONE I’M LOOKING FOR ! Dengan dua fungsi dalam satu produk, semestinya aku dapat jimat banyakkkk ! Tak perlu pakai produk yang bermacam-macam kat muka ni. Muka dah lah ade satu je, kalau rosak mana nak ganti ye dak?
Setelah mencubanya, all I can say is… I LOVE IT TOO MUCH ! Tekstur produk yang sangat lembut dan tak berminyak pun. Bila nak cuci muka, tak perlu guna banyak, sangat jimat okay ! Dengan tangan yang basah, just buihkan pencuci muka dan urut muka. Sangat lembut dan tidak mendatangkan iritasi semasa dan selepas menggunakannya.. Plus ada aroma bau buah yang lembut, wangi dan begitu semula jadi.
Dah cuci muka tu, just tekap-tekapkan tuala bersih kat muka, tak perlu nak gosok muka kuat-kuat dengan tuala, nanti rosak kulit muka pulak.. Walaupun lepas muka di lap pun, kulit aku tak rasa kering dan tegang macam kebanyakan pencuci muka buat. Seperti yang dinyatakan tadi, antara khasiat sari susu manggis ialah untuk mengekalkan kelembapan kan? So what happened to me is, sebelum tido aku akan cuci muka. Bila bangun pagi, kulit terasa lembap tapi tidak berminyak !
This is my bare face picture ! No edit no filter. Just me and a camera. Tambah watermark, then terus upload kat sini. Kebanyakan gadis-gadis berlumba-lumba nak beli barang mekap untuk tutup cela di wajah. Tapi sedarlah bahawa wajah yang cantik bermula dari perkara yang asas, iaitu – wajah yang bersih. So amatlah penting korang memilih pencuci muka dengan fungsi yang korang inginkan !
Khasiat sari susu manggis juga boleh digunakan keatas semua jenis kulit. Siapa kata dengan harga yang murah, kita tak boleh dapatkan produk yang berkualiti untuk kulit wajah kita? SAFI adalah satu jenama yang cukup dikenali di Malaysia ni, dan produk mereka juga diperbuat dari bahan-bahan yang BERKUALITI TINGGI dan yang paling penting sekali diperakui HALAL okay.
So.. kalau nak lebih lanjut mengenai produk terbaru dari SAFI dan pelbagai info lagi, jangan segan silu ke laman-laman berikut :
XOXO