Assalamualaikum…
Ada kawan yang berkunjung ke Bandaraya Bersejarah baru-baru ini bersama tunangnya, atas beberapa urusan di sana.. Dah berjalan ke sana, tak sah pula kalau tak menyinggah tempat-tempat menarik ye dak.. Aku tak tahu pun kawan ni akan ke sana, aku tahu pun sebab aku mesej beliau masa beliau dan on the way balik..
Sangat sangat mengharukan bila beliau tetap ingat untuk membawa pulang sesuatu untuk aku. Tidak aku harap jauh sekali untuk aku meminta beliau membelikan aku sesuatu… tapi dibelikannya juga atas ingatan seorang teman..
Mungkin tidak ada apa-apa dan kurang nilainya pada mata kalian. Tapi ingatan tulus seorang kawan dan makna terdalam hadiah ini membuatkan aku sangat sangat sangat menghargai pemberian beliau. Malah apa yang aku sangat hargai ialah pesanan beliau buat aku..
BE STRONG. Dua perkataan, ayat yang pendek ini besar maknanya buat aku.. Hmmmm bila kita rasa kita keseorangan menghadapi dugaan yang amat hebat, kadang-kadang kita tak perlukan orang untuk selesaikan masalah kita.. Apa yang kita perlukan ialah seseorang who will be on our side, be with us and say “EVERYTHING’S GONNA BE ALRIGHT” atau “BE STRONG” atau “TAK APA, KITA TAHU, ALLAH TAHU APA YANG BERLAKU.”
Sesungguhnya dugaan yang aku hadapi ini aku terima walaupun sakit dan pedihnye hati ni Allah sahajalah yang mengetahui.. tapi satu kelegaan besar when we know there is actually someone yang bersama kita dan memberikan sokongan moral serta nasihat. Kadang tak perlu penyelesai masalah, tapi perlu teman meluah rasa di kala sedih dan susah.
Kesal yang tak terhingga bila suatu masa dulu aku dengan bodohnya membiarkan persahabatan kita dimusnahkan dek kerana pihak-pihak yang terlampau mementingkan diri. Bodohnya aku membiarkan insan bergelar kawan baik diburuk-burukkan dan paling bodoh bila aku mempercayainya.
Sesungguhnya kita manusia biasa dan kita masing-masing ada salah. Di saat aku sangat membenci beliau, beliau tak putus asa menghubungiku bagi menjernihkan keadaan. ALLAH MAHA KUASA. Kita akhirnya bersua dan jujur antara satu sama lain. Lega bila aku tahu dan aku nampak jalan keluar dari bawah bayangan yang tidak wujud.
Walaupun kita mungkin tidak dapat berkawan dengan sangat baik seperti dulu, tapi kau sangat baik pada aku dan sanggup menolong aku. You are here, tell me to BE STRONG. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan insan yang teraniaya. Sesungguhnya juga dugaan ini terlalu berat untuk aku pikul sendiri dan tidak masuk di akal jika dicerita kepada orang.
Hanya Allah yang mampu menyelesaikan segalanya.. dan terima kasih Allah bring us back together. Dan terima kasih kawan atas ingatan dan sokongan !
XOXO