Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

SEJARAH HARI JADIKU – Termasuk tandas lelaki dan kek dari Mr Handsome

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Pertama-tama sekali aku memanjatkan syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana mengurniakan aku nikmat hidup hingga ke hari ini, mengizinkan aku mencapai apa yang aku mahu dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah ke dalam hidup aku. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH…

 

Hari ini, tanggal 13 Jun 2013 maka dengan rasminya aku berumur 22 tahu. Ehemmm kalau boleh korang buat-buat tak ingat je lah ye umur aku. Anggap je aku ni 15 tahun sebab aku ni masih berperangai kebudak-budakan dan tak berapa nak matang dalam banyak benda. Kekeke…

 

Pada hari yang bersejarah ini. Cehh konon je kan. Aku telah mengalami dua peristiwa yang TAK PERNAH aku alami sebelum ni. Betul tak pernah ni ! Seperti yang aku nyatakan di tajuk entry ini, haa maka korang boleh agak la kann..

 

DSC03942

Hari birthday pon bekerja uolss.. Berkejar ke sana sini mengambil stok untuk jualan di online shop aku. Ehemm nak promote kejap, siapa ada INSTAGRAM jom follow online shop @fsyn_my ye. Kui kui kui.. So hari ni aku gerak dengan bos aku, dari KL Sentral. Selesai urusan aku, aku decide nak lepak Starbucks The Gardens, Mid Valley City.

 

Sebelum tu aku haruslah mengosongkan tangki kan. Kang lepak kat Starbucks nak minum-minum lagi… Maka aku pon menonong la mencari toilet… Dah jumpa toilet, takde pandang kiri kanan aku laju je melangkah masuk. Sekali aku nampak “mangkuk berdiri” elok bersusun kat dinding pastu ade lengchai yang tengah basuh tangan kat singki pandang pelikkk kat aku.

 

DSC03940

Maka aku pon tersedar yang AKU DAH TERMASUK KE TANDAS LELAKI !!!!!!!!!!!!!!! Ya ampunnn mana nak sorok muka haihh !! Nasib baik takde ramai orang. Ade sorang je kat singki dan dia je nampak aku. Waduhh jatuh saham gua selaku besday girl hari ni ! Wuargghh !! Ni first time gua termasuk tandas lelaki tau ! Sudahnya aku berlari keluar sambil cakap “Sorry”.

 

 

DSC03944

Okay dah sudah lepas hajat tu, daku tuju lah ke Starbucks, dengan harapan dapat la sedas dua line wifi percuma sebab daku nak submit kojeee.. Tengah aku melayan perasaan yang kacau bilau dek internet yang semput-semput, aku didatangi lengchai staf Starbucks membawa dulang berisi kek, dan dia cakap “Happy Birthday Miss”

 

 

DSC03946

Dengan hidung yang sekembang yang mampu aku mengucapkan “Thank You” dan letak dulang tu atas meja. Aku ingatkan memang STARBUCKS ni tahu aku punye birthday, sekali kat tisu ade pulak pesanan dari seseorang yang menggelarkan dirinya HANDSOME. Oke bagi aku perasan gilo orang ni. Ehh kbai. HAHA.

 

 

DSC03949

Aku syak la kan.. bos aku yang beli kek ni, pastu suruh staf tu hantar kat aku. Sebab bos aku Tekong dengan Aman memang ade kat Gardens ni, sebab ade event. Aku je malas join sebab nak submit koje. Nasib la aku boleh makan kek ni. Buatnye belikan kek lobak? Aku buat hiasan je la..

 

Apa-apa pun terima kasih banyakk banyakk kepada insan yang telah menggelar dirinya HANDSOME ini kerana bagi aku kek. Aku tetap rasa ni mesti keje bos-bos aku ni, nak buat aku perasan la ni =.- Demyu kahkahkahhh… Kalau orang yang bagi ni bukan bos aku dan betul-betul handsome, kenapa tak tinggalkan nombor phone ye dak? Kihkihkih.

 

 

P/S : Serius macam tulisan bos aku. Nak kena dorang ni =.=”

 

XOXO


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614