Assalamulaikum…
Wahhh dah lama tak berkongsi mengenai tips atau petua kecantikan dengan korang! Hari ni korang semua pembaca blog kesayanganku bertuah sebab aku nak berkongsi ilmu berkenaan rutin penjagaan wajah. Masih ingat lagi entry aku yang aku cerita aku pergi kelas penjagaan wajah dengan Mary Kay tu? Mari rapat mari dekat sebab aku nak share info yang best!
Inilah dia set penjagaan kulit terbaru dari Mary Kay iaitu MARY KAY BOTANICAL EFFECTS! Perkataan “botanical” tu saja dah cukup untuk menjelaskan bahawa produk ni diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang sememangnya sihat dan banyak manfaat untuk kulit kita!
TIPS : Sebelum nak beli atau guna sesuatu produk penjagaan kulit, korang kena kenal pasti dulu apa jenis kulit korang. Jangan pakai produk sembarangan! Kalau terguna produk yang tak sesuai dengan kulit, takut lebih memudaratkan pulak!
Masa kelas penjagaan kulit bersama Mary Kay dulu, perunding kecantikan ada bagi kami borang kaji selidik mengenai keadaan kulit kita. Kenalah jawab dengan jujur sebab hasil kaji selidik tu akan digunakan untuk kenal pasti apa jenis kulit kita. Memandangkan kulit aku kulit normal, maka aku guna Mary Kay Botanical Effects FORMULA 2.
Untuk rangkaian Botanical Effects FORMULA 2 yang dikhaskan untuk pengguna dengan kulit wajah normal, ekstrak bunga kemboja dan ekstrak bunga teratai digunakan sebab bahan-bahan ni mengandungi antioksida yang tinggi yang baik untuk anti penuaan.
Jeng jeng jeng… Apa yang aku nak share dengan korang semua ialah cara-cara penggunaan produk penjagaan kulit yang betul yang aku belajar daripada perunding kecantikan Mary Kay.
Baiklah sebelum ni meh aku tunjuk gambar aku TANPA MEKAP. In fact, masa gambar ni diambil, aku baru je balik daripada meeting di KLCC. Sepanjang hari aku kat luar, dengan cuaca panas, bila balik je kulit berminyak dan nampak kusam. CERTAINLY NOT A HAPPY FACE! :(
Mula-mula korang mestilah membersihkan semua sisa mekap yang ada pada muka dan bersihkan sikit muka tu dengan air.
Produk pertama yang aku gunakan semestinya MARY KAY BOTANICAL EFFECTS 3-IN-1 CLEANSE.
Aku letakkan sikit pencuci muka tu kat dagu, kedua-dua pipi, dahi dan hidung. Lepas tu urut wajah dengan gerakan dari bawah ke atas. Lepas tu urut wajah dengan lembut supaya wajah dibersihkan sebaik-baiknya.
3-in-1 Cleanse ni memang sejenis pencuci yang tidak berbuih. Tapi yang bestnya pencuci ni mempunyai butiran halus yang menanggalkan kotoran dan membersih secara lembut dan efektif! Membersih, mengelupas dan menyegar dalam satu langkah aje!
Okay langkah seterusnya, aku gunakan produk MARY KAY BOTANICAL EFFECTS MASK. Mask ni berfungsi untuk menanggalkan kotoran, dan juga membuatkan kulit muka kita kembali cergas dan nampak lebih bermaya.
Gambar kiri : Ratakan mask tadi di muka dan biarkan dalam 10 hingga 15 minit untuk mask tersebut kering. Gambar kanan : Bila dah kering, dengan jari yang dibasahkan, urut dulu muka tu dengan gerakan dari bawah ke atas. Lepas dah urut tu baru bilas muka hingga bersih.
Produk MARY KAY BOTANICAL EFFECTS FRESHEN pula datang dalam bentul botol spray. Hanya spray freshen dengan amaun secukupnya pada kapas muka.
Sapu kapas muka tadi di muka dengan lembut. Freshen ni berfungsi untuk menanggalkan lebihan kotoran yang ada di muka. Formulasi Botanical Effects memang tak mengeringkan kulit.
Dan akhir sekali aku gunakan MARY KAY BOTANICAL EFFECTS HYDRATE. Tekstur Hydrate yang sangat lembut dan licin ni memang cepat menyerap kat kulit, menjadikan kulit kita kekal seimbang.
Macam pencuci muka tadi, sapukan sikit kat kedua-dua pipi, dagu, hidung dan dahi. Lepas tu urut lembut di seluruh muka dengan gerakan dari bawah ke atas. Walaupun sikit je, dah cukup untuk guna satu muka. Jimat kan?? Best best!!
Yeayyy!! Dengan 4 langkah yang sememangnya mudah, kulit yang kusam dek kerana seharian keluar tadi dah kembali segar dan bermaya! A HAPPY FACE INDEED! :) Macam tajuk entry ni lah, kulit yang sihat adalah kulit yang tersenyum!
Di antara keempat-empat produk yang aku guna, 3-in-1 Cleanse dan Mask adalah produk-produk kegemaran aku! Kenapa? Sebab Cleanse ada 3 fungsi hebat dalam satu produk! So tak payah beli banyak-banyak produk tambahan lagi. Mask pulak tanggalkan kotoran dan sel kulit mati pada muka, buat muka aku lebih jelita dari biasa. Hehehe!!
Istimewanya rangkaian produk Botanical Effects ni, bukan sahaja bahan produk yang digunakan bahan yang semulajadi, malah kotak produk ni pun diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dikitar semula! Betul-betul mesra alam produk Mary Kay!
Kalau nak cantik bukan kena guna mekap semata-mata, kita kenalah jaga kulit kita dari langkah yang paling asas sekali, iaitu pembersihan wajah. Kalau kulit kita tersenyum, kita tak pakai mekap pun dah cukup cantik!
Kalau masih ada yang nak maklumat lanjut mengenai produk yang aku pakai ni.. ye lah mana tahu korang pun nak dapatkan satu set untuk korang atau nak bagi hadiah kat mak ke, adik ke, kakak ke.. jangan lupa lawati :
WEBSITE MARY KAY MALAYSIA : http://www.marykay.com.my/
FB FANPAGE MARY KAY : http://www.facebook.com/pages/Mary-Kay-Malaysia/182093635231581
Jadikan kulit kita kulit yang tersenyum, hanya dengan Mary Kay Botanical Effects!
Nisa Kay loves MARY KAY!