Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

FILEM – Paku Pontianak bukan filem pontianak tipikal

 

Assalamualaikum…

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
paku

 

Dup.. dap.. dup.. dap… begitulah degupan jantung aku sepanjang malam tadi… semuanya dek kerana penangan menonton filem terbaru dari MiG iaitu filem seram Paku Pontianak. Filem ini dari trailer nye kemain seram lahaiiiii.. Sampaikan aku cepat-cepat skip iklan trailer ni kat Youtube atau alih TV kalau keluar kat TV haha !!

 

PAKU PONTIANAK? Cerita apa lagi kalau bukan pasal hantu yang mati beranak atau lebih glemer dikenali sebagai pontianak. Namun setelah berakhirnya majlis pratonton filem PAKU PONTIANAK ni, aku dapat simpulkan di sini (dari sudut pandangan peribadi aku) filem ini tidak seperti filem pontianak biasa yang berlambak di pasaran.

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
_MG_4516

Macam mana kalau korang ditakdirkan KAHWIN DENGAN PONTIANAK? Yer of cos laa korang tak tahu yang orang itu pontianak ke tak kan… So kalau TER-kahwin macam mana? Seriously korang kena tengok filem ni sebab hero filem ni iaitu Pekin Ibrahim yang memegang watak Adam telah jatuh cinta dan berkahwin dengn pontianak !

 

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
_MG_7782

Adam yang tidak sengaja “melanggar” Melati (lakonan Uqasha Senrose) telah memutuskan untuk berkahwin dengannya setelah Melati tinggal di rumah keluarganya selama beberapa bulan. Semenjak kemalangan tersebut Melati sedikit pun tidak mengenali siapa dirinya dan tidak mengingati jika dia mempunyai waris. Jadi, family Adam ni lah yang menjaga Melati.

 

Namun, perkahwinan Adam dan Melati mula terganggu apabila Adam dan adiknya sering mengalami perkara-perkara menyeramkan yang berkaitan dengan Melati. Tapi Adam percaya bahawa kejadian karut tersebut terjadi angkara Seri (lakonan Hidayah Samsudin) yang menggunakan ilmu hitam ke atas Melati.

 

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
_MG_5722

Kehadiran Pak Leh (lakonan Sidek Hussain) tidak disenangi Adam sebab Pak Leh ni sedaya upaya nak bagi hint kat Adam ni yang ada something wrong dengan bini dia. Jadi apa kesudahannya rumah tangga Adam dan Melati ni? Sebab Adam sayang sangat kat bininye tu…

 

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
_MG_5281

Kejadian seram bermula apa bila Melati kelihatan mulai “menjadi dirinya yang sebenar” haa gituhh. Kalau nak tahu apa yang sebenar tuh kenalah tengok PAKU PONTIANAK ye dak?? Elemen seram yang aku rasakan lain dari filem yang lain ialah penekanan dalam menerapkan elemen suspens. Faham ke idok? Maksud aku, kalau citer hantu je mesti berlambak-lambak hantu keluar skrin kan? Tapi yang ni tak..

 

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
_MG_4756

Di sebalik keseraman yang menyelubungi sepanjang jalan cerita, ada kisah yang tersirat dan tersurat. Haa gituuhhh. Ada kisah cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Daripada asyik terkejut tengok muka hantu baiklah kita hayati kisah cinta yang… haa kalau nak tahu silakan menonton filem PAKU PONTIANAK.

 

LAIN-LAIN :

  • Babak-babak seram sangat menjadi kerana lokasi penggambaran yang memang menaikkan mood seram.
  • Elemen suspens yang berjaya diterapkan. Sampai penonton-penonton menjerit-jerit.
  • Bukan citer tipikal pontianak terbang ke hulu ke hilir. Rambut menngerbang.
  • Tabik kat director yang kreatif. Maksud aku tak stick pada satu genre filem saja. Best!

 

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
1

 

Saksikan filem PAKU PONTIANAK, di pawagam bermula 22 OGOS 2013 ini. Lakonan -

Pekin Ibrahim
Uqasha Senrose
Ruminah Sidek
Along Eyzendy
Adiba Yunus
Hidayah Samsudin
Sidek Hussain




 

 

 

MORAL OF THE STORY :
Jangan bawak balik perempuan yang anda tengah-tengah malam okay. Hak hak hak.



XOXO


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.