Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

TIPS KECANTIKAN - Tips mudah untuk kulit kering

$
0
0

Assalamualaikum...
 
 
 
 

Aku tak ingat lak mana aku baca tips-tips untuk kulit kering ni... Tips ni campur-campur.. ada yang aku amik dari majalah.. Ada yang aku baca kat website lifestyle dan macam-macam lagi.. Biasa kalau aku buat entry pasal mekap atau skin care, aku buat entry tu based on jenis kulit aku je... kulit aku lak jenis normal. So kali ni aku nak bagi quick tips untuk kulit kering atau mencegah kulit daripada menjadi kering. 
 
 
 
 
 
 
1. GUNAKAN LOTION
 
Mesti ramai di antara korang yang dah fedup nak pakai losyen. Mesti dah banyak jenis dan jnama losyen yang korang cuba kan? Basically fungsi losyen memang lah untuk melembap dan melembutkan kulit. Tapi korang tau tak nak sapu losyen kat kulit pon ade teknik dia. Haaa hasil terbaik ialah apply losyen tu semasa kulit sedikit lembap - contohnya lepas mandi.
 
Jangan lak korang gosok badan korang kuat-kuat degan towel, sebab perbuatan tu akan hasilkan iritasi pada kulit dan mengeringkan. Just lap badan dengan towel secara lembut, cukup takde air yang menitis dah. Then apply losyen. Sapu seluruh badan. Satu jenama yang aku nak rekemen kan ialah losyen Vaseline untuk lembapkan kulit secara efektif.
 
 
 
 
 
 
 
 
2. GUNA SUNSCREEN LOTION SEPANJANG MASA
 
Mesti korang ingat sunscreen lotion hanya perlu digunakan kalau kita keluar jalan-jalan or pegi pantai. Haaahaaa aku pun ingat macam tu jugak. Tapi sekarang dan banyak jenis sunscreen kan.. So cari jenis yang memang untuk losyen badan dan pakai jugak walaupun di rumah. Ia akan buat kulit kurang mengelupas.
 
 
 
 
 
 
 
3. ELAKKAN PENGGUNAAN PEEL-OFF MASK DENGAN KERAP
 
Ini pon baru aku tahu. Mereka yang berkulit kering kena elakkan guna peel off mask. Sebab ia akan menambahkan pengelupasan dan kulitnbertambah-tambah kering. So kalau pakai peel-off mask tu jangan sampai dua tiga kali seminggu. Just guna seminggu atau dua minggu sekali okey. Kang makin teruk lak kering dan mengelupas tu. Kalau nak guna mask, disarankan pakai mask dari sari almond dan walnut untuk melembutkan kulit.
 
 
 
 
 
 
4. DONT BE A WATER BABY LAAA...
 
Korang ada tak habit mandi sebelum tido? Selalunya kalau aku pun, kalau dah penat or seharian keluar aku akan mandi sebelum tido, badan fresh nak tido pon syiokk. Tapi apa yang kita patut elak ialah berendam terlalu lama dan mandi guna air panas ! Sebab kalau berendam lama-lama, kulit akan mengecut nanti cepat kedut lak. Mandi air panas terlalu kerap lak menyebabkan kulit bertambah kering.
 
 
Mandi malam memanglah boleh buat kita rasa tenang, segar dan relax lepas seharian keluar / bekerja.. Tapi sebenarnya tabiat ni boleh menghilangkan lembapan kulit !  Jadi kalau nak malam tu mandi guna air biasa (tidak panas) dan make it short okay ! Tak perlu nak berlama-lama dalam bilik air.
 
 
 
 
 
 
5. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
 
Ini memang tips kesegaran tubuh badan dan kecantikan kulit yang tidak disangkal-sangkal lagi. Minum at least 8 hingga 10 gelas air putih sehari untuk badan yang lebih segar, kesihatan kulit dan lain-lain. Orang-orang tua cakap banyakkan minum air putih akan menghasilkan kulit yang tampak berseri. Haaa bukan sekadar cerah dan sihat, berseri-seri lagi!
 
 
 
 
 
 
 
 
Semoga tips-tips yang aku kongsikan di atas banyak manfaat untuk kalian yang mmbaca... Bagi aku, langkah yang paling asas, paling mudah dan paling murah untuk kita laksanakan ialah tips yang terakhir tu... iaitu minum air dengan banyak...
 
 
 
Kat rumah aku memang aku ada prepare sebotol air masak untuk aku minum.. Sebab aku da habit suka minum air manis or air bergas, so sekarang memang tengah nak didik diri untuk banyakkan minum air putih... Dulu masa seolah dulu aku pergi jalan kaki je.. Minum air masak banyak-banyak memang tak penat, takdak hal..
 
 
 
Minum banyak air jugak buat kulit muka bersih je. Yes ini terbukti, sebab zaman aku naik tingkatan 5 dulu, kawan-kawan lain dah start sibuk jaga muka dengan macam-macam produk, aku lak tak risau sebab memang masalah jerawat sangat minima. So sekarang dah malas minum air kan, aku pun nak jugak amalkan balik. So sama-samalah kita...
 
 
 
 
 
 
 
XOXO

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614