Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

TAK SUKA MAKAN TIMUN? Baik baca ni dan fikir semula !

$
0
0

Assalamualaikum...




Entry ni gua taip dengan kadar kelajuan yang tinggi sebab gua curi-curi masa je ni nak update, sebab guna netbook abah gua kan. So gua warning awal-awal supaya anda semua yang membaca abaikan saja typo yang bakal dilakukan okeh?






TIMUN? Kenapa aku nak cakap pasal timun hari ni? Okay sebab aku ni tak suke timun... TAK SUKE okeh haha. Sebab tawar wergghh.. Tapi sejak dua menjak ni aku asyik ternampak artikel pasal khasiat dan manfaat timun. Bukak web, nampak artikel pasal timun, bukak majalah or news paper pon nampak artikel pasal timun.. So aku pon search dan baca.. So nak kongsi ngan korang ni laa...







#1 Timun berfungsi untuk menghidrat tubuh


Tau tak korang bahawa timun sejuk mengandungi 90% kandungan air ! So kalau tak sempat nak minum air, just makan timun yang sejuk. Prepare awal-awal dalam peti. So kalau pagi tu just grab timun dan makan dalam kereta ke apa haaa. Sangat mudah untuk imbangi kandungan air dalam tubuh kita.



#2 Melawan suhu panas


Legakan pedih hulu hati dengan memakan timun. Tak pun makan untuk legakan tubuh badan semasa demam panas. Haa kalau kulit pedih-pedih kena cahaya matahari, korang try la kisar timun dan sejukkan, lepas tu  letakkan kan bahagian kulit yang pedih tu. InshaAllah lega tu nanti.



#3 Menyingkirkan toksin

Kandungan air dalam timun ni boleh berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan kita ni. Kerap makan timun jugak boleh bantu untuk melarutkan batu karang ! Haaa tips yang hebat nih.





#4 Menyegarkan mata


Tips yang ni kompemmm ramai yang buat kan? Timun selalu kita gunakan untuk tekap kat mata supaya mata lebih segar dan dapat kurangkan dark circle gituhh. Macam klise sangat je tips ni kan, tapi timun memang berkhasiat untuk memastikan mata kita segar ! Kena rajin buat nih !


#5 Melawan kanser

Ok ini sesuatu yang penting aku nak share ! Aku ada baca yang timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Walaupun aku ni tak tahu ape ke benda nye ketiga-tiga nama tu tapi melalui apa yang aku baca ketiga-tiga benda ni adalah sebatian semulajadi dan ada kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu kurangkan risiko kanser. Contohnye kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.




#6 Bertindak sebagai penyegar mulut


Haa tau tak jus timun dapat merawat  penyakit gusi. Okay korang buat macam ni - Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau. 





#7 Buah pinggang berada dalam keadaan baik


Aku sebenarnya baru tahu timun ni jugak mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pinggang sentiasa berada dalam keadaan baik. Tapi tu pun selagi korang terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian la kan.





Ahaaa melalui pembacaan aku dan perkongsian ni jugaklah buat aku sedar banyak lagi khasiat timun selain daripada duk tepek kat mata kann. Ye lah kalau aku beli timun pun sebab nak kurangkan eyebag, so bangun pagi takdelah teruk ngat bengkak mata kan..


Kalau aku tak share dengan korang ni maka tak membaca lah aku. Dengan cara share kat blog ni la bantu aku dapat ilmu baru gak pasal khasiat sayur ni.. InshaAllah aku harap apa yang aku kongsi kan ni bagi manfaat pada semua jugakk. Sebab aku suka cari tips-tips berkaitan kecantikan dan kesihatan ni...


Dah lama kan tak buat entry event? InshaAllah kalau takde aral melintang akan ku spend jugak masa nak update pasal event-event lepas.. Dah lepas pun lepas la kan.,.. Lantak lah aku nak share jugak hahah ! Thanks kepada semua yang sudi baca. Daa !




XOXO

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614