Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Malaysia Tourism Hunt 2013 (MTH2013) – Part 2

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Okay masa untuk sambungan kisah bahagian pertama MTH2013. Hari pertama takde apa sangat, just check in dan dinner sambil briefing mengenai aktiviti keesokan harinya.. Hari kedua kami mulakan dengan berkunjung ke Litar Antarabangsa Sepang untuk test drive kenderaan yang bakal kami bawak sepanjang minggu ini !!

 

DSC09872

Lebih dua puluh buah Proton Preve (ada jugak Inspira) ditaja oleh PROTON sebagai kenderaan rasmi kami peserta MTH2013 !! Yeahh ! Setiap kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli akan dapat sebuah kereta. Well, dalam group aku nampaknya, aku sajalah yang TIDAK AKAN memandu. Lesen pon tarak lagi masa nii..

 

 

DSC09876

Yeahhh kami KUMPULAN 14 gituhhh. Kumpulan aku terdiri dari Abg Hasraf (baju hitam) dari Rakan Muda, Pakcik Misrom (baju oren) dari Melaka Hari Ini dan Abang Bad (baju putih) dari TraxxFM. Andd… ehemm… yang baju PINK tuhh Nisa Kay dari blog nisakay.com hahaha !

 

 

DSC09880

Taklimat mengenai test drive di dalam litar Sepang.

 

 

DSC09896

Me and Kak Rubyy ! (Jom ke blog Kak Ruby)

 

 

DSC09899

Peringatan dan taklimat dari pihak Sepang International Circuit (SIC). Haaa haruslah berkembang hidong pat ploh inci kerana bukan sembarangan orang dibenarkan memandu di dalam litar Sepang ni!!! Thank you so much Gaya Travel, Tourism Malaysia dan SIC untuk pengalaman yang amat amat berharga ni !

 

 

DSC09931

Salah satu dewan di SIC.

 

 

DSC09934

Maaflah ye.. gambar semasa di atas litar takdok pulak.. Sibuk menghayati feel racing F1 gituhh.. Padahal takdelah laju mana pon kereta yang dipandu.. Kekekeee… Okay now have to say goodbye to SIC, we’re going to PUTRAJAYA EQUESTRIAN PARK untuk horse riding dan lunch ! Yeayy!

 

 

DSC09950

Sesampainya kami di sana, kami diberi taklimat, well macam biasalah.. Eiiii nampaknya minah baju pink tak hengat tu?? Nak jugakkk berposing, pantang dihalakan kamera dia nih !! Dengar taklimat la woii.

 

 

DSC09959

Unicorn! Eh nooo! WHITE HORSE! Haaa perangai excited plus perangai budak-budak dah keluar dahh.. Hahahaha buat malu ja woii.. Tapi kuda besor ni memang tampak gagah giler. Korang kena datang Taman Ekuestrian Putrajaya ni untuk tengok sendiri kuda-kuda yang ada kat sini…

 

 

DSC09966

Kuda ni dibawa berlegar-legar sahaja.. Tak boleh tunggang..

 

 

DSC09978

Yeayyy dapat tunggang kuda ! Kalau korang berminat dengan horse riding, tapi tak berapa mahir atau tak pernah langsung, datanglah ke Taman Ekuestrian Putrajaya  ni sebab dorang ade pakej pakej belajar menunggang kuda okay !

 

 

DSC09990

Dik kuda.. mari kita camwhore eh. Muahahaa… Sekian lawatan ke kandang kuda.. Lepas tu kami lunch sebelum balik ke hotel untuk rehat kejap dan tukar baju untuk aktiviti di sebelah petang nya…

 

 

DSC00002

Okay bila perut dah kenyang, kami semua balik berehat.. Then lepas sejam dua tu, kami keluar semula berkumpul di depan bangunan kehakiman Putrajaya dan lepak lepak di gerbang besi yang sungguh gah di Putrajaya ni… Aktiviti petang tu ialah berbasikal sekitar Putrajaya ! Yeayyy !!

 

Tapi disebabkan jumlah basikal yang terhad, hanya separuh dari kami je yang join berbasikal.. yang lain lain tu naik bas, cuci mata singgah tempat menarik di Putrajaya ni..

 

 

DSC00007

“Rayn… ohh Rayn.. ayuhlah kita berbasikal ke sana.” Cewahh propa tak habis dengan rakan dari majalah LIBUR ni.. Hew hew..

 

 

DSC00019

Berhenti kejap hirup udara segar tasik dan menghayati pemandangan indah bangunan megah di Putrajaya.

 

 

DSC00023

Abang Hasraf dan rakan blogger Shakiddo (beliau target turun 4 kilo setelah berbasikal di sekitar Putarajaya) Hahaha jangan marahh !

 

 

DSC00025

DSC00032

Sekitar Putrajaya.. Memang aku suka aktiviti outdoor macam ni. Haa nampak je aku ni suke bergaya feminin kan.. tapi sebenarnya aku suka outdoor. Rasa refreshed sangat dapat hirup udara sepanjang berbasikal menyusuri tasik di Putrajaya ni..

 

 

DSC00034

Posing dulu.. Hehehee…

 

 

DSC00038

THANK YOU SO MUCH geng berbasikal Perbadanan Putrajaya yang bawak kami beriadah naik basikal. Aku tak ingat last time aku naik basikal. Yang pasti memang syokk.. Semua abang abang geng berbasikal ni sporting gila ! Kalau korang nak beriadah naik basikal ni, boleh ke Perbadanan Putrajaya okeh !

 

 

DSC00060

Malam nye pulak kami makan malam secara open space, mengadap tasik dan pemandangan malam Putrajaya..

 

 

DSC00063

DSC00055

Persembahan live band yang memeriahkan suasana… Hidangan makan malam pulak sedap sedap. Kelaparan sampai tak sempat nak snap juadah malam tu. Hehee yang pasti seafood semua dibakar nyum nyum !

 

 

DSC00074

Ouhh (dari kiri) Kak Sarah from Gaya Travel dan (di belah kanan) Kak Rayn dari majalah LIBUR. Kami dipanggil tiga serangkai. Hak hak. Miss you guyss !!

 

 

 

THANK YOU SO MUCH KERANA SUDI MEMBACA !

Malaysia Tourism Hunt 2013 - PART 1
Malaysia Tourism Hunt 2013 – PART 2

 

 

 

XOXO


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614