Assalamualaikum..
GIGI KEKUNINGAN ??? Euwww !!! Mesti malu gila kannn bila nak bercakap secara bersemuka dengan orang atau nak bercakap dalam jarak yang dekat. Nak bergambar pon terpaksa senyum cover, tak nampak gigi sebab takut dalam gambar gigi tampak kuning.. Fuhh betul-betul menjatuhkan tahap konfiden nih !
Well, kalau dalam gambar kita boleh la photoshop kan gigi tu nampak putih. Tak gituh? Tapi kalau berdepan dengan orang, hah mana nak sorok gigi yang kekuningan tuhh?? Gigi menjadi kuning bukan sebab merokok je, malah apa yang kita makan atau minum jugak menjadi punca utama gigi bertukar dari warna putih susu kepada warna yang kekuningan.
Kengkadang memberus aje tak cukup.. (cehhh ayat macam iklan TV lak) dan dah tiba masanya kita mencari jalan lain untuk memutihkan gigi. Oh ye, nak pergi dentist memang beratus beribu la kena bayar untuk putihkan gigi. Kalau kaya takpelah. Kalau bajet kureng macam aku ni? Sobs. Jom try guna bahan semula jadi !
CARA 1 – Serbuk karbon / arang
Karbon ada kualiti serapan, ia mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid. Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama kira-kira 2 minit gituh. Then bila betul-betul untuk bersihkan serbuk karbon, kang tertelan lak. Serbuk karbon akan serap kotoran terkumpul pada gigi.
CARA 2 – Strawberi
Campurkan minuman soda dengan pulpa strawberi dan sapukan campuran ni kat gigi guna berus gigi lembut. Biar selama lima minit, pastu berus gigi guna ubat gigi biasa. Bilas mulut macam biasa. Jangan over lak buat banyak banyak kali method ni, takut rosak tooth coating.
CARA 3 – Kulit lemon / oren
Gosok bahagian dalam kulit oren / lemon kat gigi, lepas tu bilas. Then korang berus lak gigi guna ubat gigi berfluorida. Amalkan seminggu, inshaAllah nampak perubahan warna gigi. Yang ni pon jangan overdo sebab takut kandungan asid oren / lemon memberi kesan kat enamel gigi.
CARA 4 – Kulit pisang
P/S : Aku pernah buat cara ni, memang nampak perubahan sikit (sebab aku tak rajin buat dan suke minum minuman ade pewarna)
CARA 5 – Minyak zaitun
Yang ni pon boleh bantu putihkan gigi. Cari minyak zaitun asli, bukan yang dah proses dia bau wangi tu tau. Sebelum berus gigi, titiskan sikit kat berus gigi. Lepas tu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh jugak titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.
CARA 6 – Produk tenusu
Kajian mendapati bahawasanya KEJU, SUSU dan YOGURT mengandungi mineral yang membantu menguatkan gigi dan membantu memutihkan gigi. Selain tu, susu dan yogurt dapat membantu mengekalkan kebersihan kaviti mulut.
CARA 7 – Baking Soda
Gunakan soda penaik tu untuk putihkan gigi, tapi sikittt je ye ! Tak boleh banyak banyak. Campur dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Hydrogen peroxide tu fungsi dia sebagai ejen anti-bakteria gituh. So gigi dan gusi akan terhindar dari bakteria.
AWASSSS !!!!
Sekarang ni dah banyak produk pemutih gigi yang ada kat pasaran kan.. Pergi je kedai macam Watsons atau Guardian, kat bahagian dental care tu, berlambak-lambak produk untuk memutihkan gigi. Aku pon pernah terpengaruh. Beli la macam krim pemutih gigi tu, kena gosok gigi pakai benda tu tapi rasa payau. Puih..
Nak guna tu boleh tapi kena hati-hati la.. Sebab gigi kita ni fragile gituh.. Pastu kebanyakan produk pemutih gigi ni mengandungi asid yang boleh membawa kesan membuang enamel dari gigi, merosakkan gusi atau bahagian mulut yang lain.
Ada jugak yang guna jus lemon untuk bersihkan gigi? Hadoi lagi bahaya sebab asid boleh masuk ke lubang lubang kecil kat gigi kita, tak pepasal rosak dari dalam pulak? Langkah memutihkan gigi haruslah sentiasa dilakukan secara bersederhana ya. So selamat mencuba !
P/S : Ade satu je cara yang aku pernah try.. Yang lain aku tulis berdasarkan pengalaman kawan-kawan mencuba, dan aku cari info lanjut kat internet.
Nisa Kay