Assalamualaikum…
Yeazzaaa!! Pesta buku merupakan antara event yang aku sangat sangat sangat sangat nantikan ! Hahaha bagi yang tak tahu, aku ni seorang yang bukan setakat ulat buku, tapi GILA BUKU !! Hahahaa
Bahan bacaan aku tak terhad kepada buku novel tangkap leleh semata-mata, tapi aku sukakan idea idea baru, idea idea yang dikategorikan sebagai indie, mind-blown punya type. Haaa ada paham ka? Kalau tak faham sila lah usha buku-buku terbitan BUKU FIXI okeh??
Okay lari topik kejap, ni aku nak tunjuk website BUKU FIXI pada yang masih berjinak-jinak nak baca buku terbitan mereka (macam aku lah). Aku pun baru je nak mengumpul buku-buku dorang. Semua best ! Setakat ni semua lah best.. aku ingat lagi BUKU FIXI pertama yang aku baca tajuk dia HILANG. Aku ni sukakan kisah penyiasatan, misteri gituh. Tapi sekarang buku tu pon dah hilang.. maybe ade kat kawan, maybe ade kat kampung.. aku pun tak tahu.
Apa-apa pun membaca bagi aku ketenangan dan kepuasan. Aku ni memang suka membaca dari kecik lagi, minat yang terpupuk sendiri lah kot, since takde siapa yang encourage aku pun dulu. Sejak sekolah rendah lagi aku suka pergi library, bau buku lama yang klasik dan damai. Pelik dowh aku rasa HAHA. Waktu rehat aku tak melekat dengan “geng” atau “puak” , aku just lepak baca buku kat library.
Masuk sekolah menengah aku jadi librarian, so memang mostttt of my time well spent kat library HAHA. Aku lebih suka macam tu. Aku berkawan dengan semua orang sama rata, so takde geng , takde puak, masa rehat aku tak cling to anyone or any group, just spend masa kat library.
And this pic was taken when I was at Abu Dhabi airport, transit selama beberapa jam. Aku ni ade perangai suka bawak buku bila travel. Aku akan letak dalam beg galas. Takpun bawak jugak lah campak dalam luggage. Aku memang akan bawak. MEMANG.
Aku baca banyak jenis buku. Ada yang buku puisi-puisi je, ada yang fiksyen, novel melayu, novel bahasa inggeris. Semua lahh.. Tapi err buku-buku fakta aku kureng la sikit HAHAHA.. Masa kekecik dulu sukalah kot buku yang berkaitan dengan fakta dan sains. Aku duk baca buku eksperimen ringkas, balik rumah try buat sendiri LOL.
Sooooo sebagai seorang yang gila buku, aku kompem kompem akan pergi this pesta buku. Ehhh korang jangan salah faham lak, aku takde dibayar sesen pun untuk promote event ni.. Just nak share dengan korang..
Walaupun kat rumah aku masih banyak buku yang belum aku baca, tapi aku akan sentiasa tambah stok buku aku untuk pastikan aku sentiasa ada buku yang hendak dibaca bila aku free, bila aku takleh tido dan bila-bila yang sewaktu dengannya.
Last time aku ke Bookerville by MPH kat Putrajaya, habis beberapa ratus jugak, buku sahaja okay.. and I don’t regret it even a bit. Sooo masa untuk tambahkan lagi buku-buku di rumah ! Muehehee… Jom lah korang !
XOXO