Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

TRAVEL - Nisakay Ke Korea PART 1

$
0
0

 

Assalamualaikum.

 

Amboi amboi kemain aku peram baekkk punya entry holiday ke Korea bulan April lepas. Hah ! APRIL? Sekarang dah masuk bulan Ogos pun.. Amboi sikit lagi sampai setengah tahun peram.. lepas tu lengah lagi sampai setahun.. kalau lengah lagi maunye tak update langsung laa pasal Korea ni. Muehehe..

 

Alkisahnya Korea ni memang dah jadi destinasi impian sejak mula aku mengenal apa itu Kpop. Haa gituh.. Dengan perkembangan dan fenomena muzik Kpop di negara kita ni, sememangnya fenomena bercuti ke Korea jugak menjadi-jadi. Tak gituuu? Ye akulah salah seorang darinya yang berangan-angan nak ke negara Kpop tu. Dengan kerja keras tak mengenal penat dan waktu tidur yang ke laut setiap hari, akhirnya aku berjaya mengumpul ongkos untuk berangkat ke sana.. ALHAMDULILLAH…

 

 

DSC06951

Okay ini gambar masa dah sampai Incheon International Airport. Lebih kurang jam 8 pagi (waktu Korea) masa tu. Kami naik flight Air Asia ke Korea lebih kurang jam 1 pagi macam tu lah. Perjalanan 6 hingga 7 jam jugak. Dah tido dalam flight kan. Memang selebet gila muka.

 

Ohh ye.. nak bagitau awal-awal ni.. aku pergi ke Korea ni BUKAN DI BAWAH MANA-MANA TRAVEL AGENCY yee.. aku ikut tour guide persendirian sajo. Maknanya bukan di bawah agensi. Aku bayar pakej, then orang tu bawak kami satu group jalan-jalan. Makan, tempat tinggal pengangkutan semua covered. Haa pasal kat mana aku ikut tour Korea ni, nanti aku cerita.

 

 

DSC06954

Haaa tadi aku bagitau yang aku bukan under travel agency kan. Aku ikut group travel ni, ala-ala backpacker la jugak. Turun naik public transport, jalan kaki. TU BIASA okay. Kau nak layanan up sikit silakan pilih mana-mana travel agency pilihan korang okay. Takde halangan. Hehehee..

 

Kad dalam gambar di atas ni ialah T-Money card. Kad ni seumpama Touch N Go macam kat Malaysia ni jugaklah.. Tapi penggunaan dia sangat meluas.. segala jenis public transport memang pakai kad ni. Kalau takde kena beli ! Memang takde kaunter tiker tunai ke hape. Memang takde. Bagi yang beli kad ni untuk kegunaan sepanjang bercuti di Korea sahaja, ada mesin yang korang boleh gunakan untuk pulang kad ni dan refund baki dalam kad (kalau tak silap aku la).. Naik teksi pon boleh bayar tambang guna kad ni.

 

 

DSC06959

Yaa bebeh… naik train / subway sangat sangat biasa. Diingatkan trip yang aku join ni bukan under travel agency, maka memang takdenye nak gerak naik bas bagai. Memang turun naik tangga je kami. Tapi yang hazabnya masa sampai nilah.. Kena hangkut bagasi yang berat naik tangga. Orang lain tahan lagi kot. Beg aku laa paling besau !! Huwaaa T_T

 

 

DSC06961

Tapi aku suka macam ni… Rasa macam berjalan dengan kawan-kawan dalam satu group yang besar. Well.. memandangkan aku tak kenal sesiapa dalam group tu, maka aku just made new friends. Haa kan dah bertambah kawan. Naik turun subway ni jugak bawak kita lebih dekat dengan masyarakat Korea. Tengok aktiviti dan ragam manusia turun naik tren.

 

 

DSC06966

Kami menginap di sebuah hostel di Itaewon. Alhamdulillah, walaupun duk beramai dalam satu bilik, tapi semua selesa. Janji ade proper place to sleep and rest ye dak.. Dapat kenal lagi peserta trip ni yang lain. Alhamdulillah semuanya baik-baik dan friendly. Ohh ye.. group yang aku join ni semua perempuan, kecuali ada sepasang suami isteri. Kawasan Itaewon ni banyak jugak pelancong Malaysia (sebab senang dapat makanan halal) dan juga foreigner.

 

 

DSC06969

Ini area Itaewon.. Jalan naik bukit sikit, melalui kedai-kedai sepanjang jalan, kami menuju ke suatu tempat..

 

 

DSC06992

 

DSC06981

Masjid di Itaewon ! Di sinilah student muslim (menurut kawan aku yang study sana) solat Jumaat. Sepanjang perjalanan mendaki bukit nak ke masjid ni, kita boleh tengok banyak kedai makan halal dan juga kedai runcit yang jual produk halal. Dah namanya produk halal, di negara orang pulak tu, memang a bit mahal lah kan. Normal lah tu..

 

 

DSC06972DSC07006

Antara restoran yang menyediakan juadah halal.. Kot la ade yang duduk Korea sana berbulan atau bertahun, boleh lah datang cari masakan Melayu kat Itaewon ni. Ada pulak yang pernah komen aku, menyatakan beliau tak pernah jumpa pun restoran makanan halal kat Itaewon ni.

 

Haa nampok ngat menipu nye. Ade satu restoran yang terletak berhadapan jalan utama di Itaewon (tak sempat pulak ambil gambar). Dan restoran-restoran macam dalam gambar di atas ni terletak di atas bukit, kena rajin jalan sikit la.

 

 

DSC06970

Ahaaa kami datang jauh-jauh mesti lah nak rasa makanan Korea kan ? Yang pasti kena cari yang halalan toyyibaa gituhhh.. Nampak tak banner pakistan business tu? Haaa inshaAllah kita percaya.

 

 

DSC06998

Maafkan muka selebet aku tu okay. Memang tudung dah herot-berot sebab tido dalam flight. Tido memang tak sedar apa. Tau-tau je dah nak landing sebab stewardess suruh tegakkan seat. Muahahaa.. (Tapi masa aku naik Etihad masa ke Barcelona hari tu takde pulak suruh aku tegakkan seat, elok je aku tido. Sedar-sedar je flight dah siap nak parking orang bangun nak ambil barang dah. HAHA !)

 

 

DSC07002

 

Jyeahhh !! Halal korean cuisine. Alhamdulillah. Perut yang kelaparan diisi dengan sebaiknya. I loveee the soup. Ade daging hancur-hancur. And I love the kimchi, I love the ricee.. a bit sticky, but as sticky as glutinous rice. Haa gitohh. Nak explain nye kemain cakap omputeh ! Tapi satu je lah aku ni, aku tak makan seaweed ! Haha..

 

Lepas makan tengahari, kami ada jalan-jalan di sekitar Itaewon. Area Itaewon banyak jugak kedai nak shopping, hotel dan cafe. Kedai serbaneka berlambak-lambak juga. Senang nak beli air ke, any toiletries ke. Kot la terlupa bawak berus gigi ye dak? Kedai kosmetik pun lagi laa banyak ! Hahaa..

 

 

DSC07014

And this is Erin. Kawan dari Sabah. Erin pun datang sorang-sorang. See? Takdak hal pon kalau kita tak kenal sesiapa. Boleh je buat kawan baru.. InshaAllah erat ukhuwah sesama Muslim ye dak… Ade jugak geng nak ambilkan gambar, borak-borak, jalan jalan.. Haa lepas makan, rehat di hostel.. mandi-mandi, kami bersiap nak keluar pulak..

 

 

DSC07021

Ahaaa nak kemana ye kita? Bersedia pakai tebal sikit sebab nanti sejuk! Teeheehee..

 

 

 

DSC07032

Sebelum bertolak ke destinasi kami malam nanti, singgah kedai kebab halal. Memang kebab ni antara makanan utama kami kat Korea ni. Bukan apa, senang nak bawak sebab kecik. And boleh tahan jugak kenyangnya.. Haa itu perut aku lah, kalau perut orang lain tak tau laa. Haha !

 

 

DSC07044

Jalan-jalan turun naik tren lagi.. Bila jalan-jalan macam nilah baru dapat tengok secara dekat kehidupan kota Seoul bila malam tiba. Lebih meriah kot, sebab time orang balik kerja and balik kelas.. So stesen keretapi ramai orang, kedai ramai orang..

 

 

DSC07060DSC07061

Ahaaaa ! Inilah destinasi kami malam hari pertama tuuu ! Rilek-rilek sambil menikmati suasana yang agak dingin di Han River, di bawah Banpo Bridge. Serious cool dan rilek je lepak sini.. Sambil makan kebab yang kitorang beli tadi.. Ramai jugak orang lepak sini. Biasanya ada pertunjukan air.. Tapi takde rezeki kami malam tu nak tengok water show tu.

 

 

DSC07065

Selfie itu harus ! Hahaha lawaaa kat sini. Bersih jee. Kan best kalau kat Malaysia ade tempat macam ni. Bersih dan nyaman, buat tempat lepak petang-petang.. jogging ke kan..

 

 

DSC07073

Ahaaa KEGEMARAN AKU NIH ! Hahahaa.. Mohon bertenang jiwa dan raga sebab kedai-kedai jual baju pelbagai fesyen memang agak bersepah kat sini. Kat bawah tanah tu, tempat stesen keretapi pun ada kedai-kedai macam ni. Ada kat satu stesen tu, keluar je keretapi rasa nak ternganga tengok deretan kedai baju, kasut, perhiasan ! Pergghhh!!

 

 

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *

 

 

Dan lagi satu.. bagi aku, aku selesa ikut trip ala backpacker macam ni. Kita lebih bebas dan tak terkejar-kejar sangat nak ke sana sini. Ye memang kita kena tepati masa sebab nak gerak pon naik tren, tapi masing-masing dah besar kan, once dapat arahan, ikut je la. Lagi satu lagi rasa macam pengembara haha.. Kalau ada yang suka pergi travel plan sendiri tu pun okay je.. ikut citarasa masing-masing ..

 

Aku selesa nak pergi under organized trip macam ni sebab takyah fikir nak buat itinerary bagai. Just ikut je. Bayar dan ikut. Haa gituh konsepnya. And of course la, HAVE FUN ! Tak gituu? Oh yee… aku ikut trip ni under blogger UZAIR OTHMAN. And yeah sedikit info di sini. Aku akan sekali lagi ke Korea tahun depan, ikut pakej macam ni jugak. So kalau ada yang berminat nak tahu details boleh laa tinggalkan alamat emel di bawah ye. TENKIU!

 

 

 

 

Annyeongg !


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Trending Articles


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear