Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands Golf & Country Resort – TREASURE HUNT

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Kembali berkongsi cerita mengenai Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands Golf & Country Resort yiiihakkk!! Hari dah cerita sok sek sok sek pasal hotel Awana Genting kan.. Pastu dah berjaya melaparkan korang dengan entry pasal Restoran Rajawali kannn.. So hari ni nak cerita pulak pasal aktiviti pertama kami kat sana.

 

P1015521

Inilah lokasi treasure hunt kami. Tetapi sebaik sahaja aktiviti treasure hunt bermula, kawasan yang terlibat ialah hampir di seluruh kawasan hotel!

 

 

P1015529

Kitorang dibahagi ikut kumpulan, and then masa untuk senam robik yeahhhh.

 

 

P1015536-tile

Inilah antara klu yang kami dapat.. Memang ada yang mengelirukan sebab kami tak familiar dengan kawasan sekitar hotel.

 

 

P1015531

Tugasan pertama kena selesaikan sudoku dan cari hidden words. Kami agak lambat la siapkan sudoku sebab susah wehhh! Aku main sudoku tahap budak sekolah rendah je. Sobsss…

 

Cabaran kedua ialah… aaa ape entah nama cabaran tu.. Kira macam kitorang semua kena berpindah dari satu platform ke platform yang lain dengan guna dua batang kayu yang tak sama panjang. Aku nak explain pun tak reti. Takde gambar…

 

P1015539

Pastu kitorang kena cari bola-bola golf yang tersembunyi. Lama kot mencari, baru jumpa satu aku dah excited nak mampos sampai main gayut-gayut ni ha.. Dah serupa bini tarzan lak hakuuu…

 

 

P1015555

Lepas siap cari bola golf semua, kitorang menuju ke SUNRISE & SUNSET SPORTS CENTRE. Pergghh memang inilah yang aku tunggu! Ada cabaran wall climbing, squash dan archery. Haaa sah-sah lah aku nak main panah panah ye dak!! Feeling Katniss Everdeen macam dalam Hunger Games pulokk!

 

 

P1015563

Ini pun salah satu tugasan kitorang. Bergambar dengan kerbau! Hahaha… kreatif betol Nazrul duduk atas kerbau. Nasib tak roboh patung kerbau tuh!

 

 

P1015567

Lepas tu kena cari ECO PARK pulok.. Puas jugak mencari sebab masing-masing tak pernah pegi kan. Ada jugak yang bertekak ni kang LOL. Tapi jangan risau takde pergaduhan berlaku ye. Hohohoo..

 

 

P1015571

Inilah one of the tangled tangram yang kitorang solve kan. Pilih bentuk-bentuk yang senang nak buat ajee.. Hohoo mencabar ketajaman minda betollah game nih.

 

 

P1015575

Lepas siap tu kena pulak cari sampul tugasan yang seterusnya kat tepi tasik. Klu yang kami dapat ialah sampul tu berada di celah-celah pokok. Kami punya la keluar masuk semak samun nak mencarinye, alih-alih atas pokok rupanya. Sedeyh!

 

 

P1015583

Dalam perjalanan ke tugasan seterusnya geng kitorang ni sempat lagi berhenti amik gambor ye uolss! Hahaaa “PASAR IKAN BAKAR” will be the story of the next entry. Ape benda Pasar Ikan Bakar ni? Pasar tempat beli ikan ke? Haaa tu kena tunggu next entry!

 

 

P1015585

The final task is abseiling yeahhh! Tengok dari bawah macam seram lak. Tapi bila dah naik alhamdulillah tak cuak sangat..

 

 

P1015599

Melengkapkan diri sebelum naik ke puncak bukit.

 

 

P1015608

Hahahha sempat lagi sengih-sengih.. Memandangkan kitorang ni abseiling atas platform yang dah disediakan, memang tak seram sangat pun dan surprisingly abseiling sebenarnye mudah (atas platform macam ni lah). Aku je yang cuak lebih!

 

 

P1015622

The sweet blogger couple Tony and Iris were doing forward abseiling together. Awww so cute larr! Tony why you no propose her up there? LOL.

 

 

P1015633

Baiklah! Semua task dah pun siap dilaksanakan yihaaakkk!! Walaupun kami semua bukanlah kumpulan yang menang tapi at least kami semua dapat laksanakan semua tugasan yang diberi. Cewahhh macam ucapan kalah game realiti tv jek. Hohoo..

 

 

Kepada ahli kumpulan 3, you guys rawkss! Thank you you guys :

Nazrul Ashraff

Daniel Chiam

Pen Merah

Iris Loong

Mysarah

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614