Assalamualaikum…
Haaa kalau cerita pasal brand ni, mesti korang tau produk popular dorang yang banyak jual kat Watsons atau Guardian tu kan? Alaa yang facial spray tu lah… Aku sendiri seorang pengguna Avène Thermal Spring Water ni. Kenal produk ni sebab kawan-kawan guna. Mula mula beli botol kecik ja. Sekali duk hari-hari spray, cepat la habis kan. Memang one of my fav product sebab bagi muka and skin fresh je !
Haaa ni la baru nak story story kat uolss pasal event produk terbaru Avène ni, khassss untuk mereka yang mempunya kulit yang sensitif, atau yang memang teramat sangat sangat sensitif. Lambat benor aku nak share kan.. Bukan aku, memory card kamera aku hilang, so ni baru jumpa, baru ada gambarnya.. Sebab tu nak share la ni.
Majlis turut dilengkapi dengan kehadiran pakar dermacosmetic untuk beri penerangan mengenai produk baru yang bakal diperkenalkan. Memang WOW sebab they all yang nak bergambar dengan iols. HAHA !!! Aduih malunya.
Jeng jenggg… ini dia Tolérance Extrême Cream dan Cleansing Lotion. Dihasilkan dari teknologi steril yang sungguh berteknologi tinggi dan nak hasilkan dua produk ni sahaja memakan masa bertahun-tahun ! Ini kerana Avène betul-betul fokus kepada kesan produk ni kepada pengguna, kebersihan dan manfaat produk. Bukan tu je, penutup unik kedua-dua produk ni dicipta untuk memastikan kebersihan produk TERJAMIN. Produk ni jugak sangat sesuai untuk korang yang ada ALERGI.
Tolérance Extrême Cleansing Lotion
Sangat lembut untuk kulit. Dengan formula tanpa bilas, tapi kulit akan rasa bersih dan segar lepas pakai, takde iritasi kat mata ataupun kulit wajah. Boleh kata inilah produk PERTAMA dalam industri kosmetik yang dihasilkan dari formulasi steril 100% ! TANPA PENGAWET dan juga TANPA PEWANGI. Dia elak dua bahan ni sebab nak make sure produk ni betul-betul boleh tolerate dengan kulit yang mudah kena alergi.
- Restores the skin barrier and decreases skin reactivity
- Helps prevent skin irritation and allergies
- Formulated with only 7 ingredients for maximum tolerance
- Fragrance-free, preservative-free, colorant-free, surfactant-free, alcohol-free, emulsifier-free
- 100% sterile, 100% pure, 100% safe
- Hypoallergenic and non-comedogenic
Tolérance Extrême Cream
Bertindak sebagai pelembap kulit, baiki struktur kulit dan mengurangkan reaktiviti kulit. Penutup kedua-dua produk ni (Cleansing Lotion dan Cream) menggunakan penutup khas dengan teknologi D.E.F.I. (Device for Exclusive Formula Integrity) merupakan satu sistem penghantaran yang membenarkan formula steril dan selamat selengkapnya untuk penggunaan tanpa risiko retro-contamination. Haaa memang selamat untuk pengguna yang sering kena alergi kulit tu.
- Soothing cream protects, moisturizes and nourishes skin that is unable to tolerate ordinary products
- Restores the skin barrier and decreases skin reactivity
- Helps prevent skin irritation and allergies
- Formulated with only 10 ingredients for maximum tolerance
- Fragrance-free, preservative-free, colorant-free, surfactant-free, alcohol-free, emulsifier-free
- 100% sterile, 100% pure, 100% safe
- Hypoallergenic and non-comedogenic
So siapa yang ada masalah kulit sensitif, kulit mudah kena alergi, boleh cuba rangkaian Eau Thermale Avène Tolérance Extrême Cream dan Cleansing Lotion ni. Dengan teknologi yangdikembangkan selama hampir 10 tahun, dorang menjanjikan produk yang disteril dan selamat untuk digunakan. Boleh dah dapatkan kat mana-mana kedai penjagaan diri atau farmasi.
THANKS FOR READING, XOXO !!!