Assalamualaikum…
Yeahhh tak lama lagi dah masuk bulan puasa pun kita. Alhamdulillah.. moga-moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNYA untuk menikmati Ramadhan penuh berkat. Biasanya bulan Ramadhan aje, banyak benda best yang ada. Contohnya bazaar Ramadhan, rancangan masakan istimewa Ramadhan dan tak lupa juga rancangan televisyen.
Kali ni aku nak share dengan pembaca sekalian mengenai satu telemovie yang akan disiarkan pada Ramadhan akan datang ni (tarikh dan waktu belum diketahui). Telemovie ini dihasilkan oleh tenaga produksi dari OutLoud Studios.
Telemovie arahan Apache ini dibintangi oleh Amar Asyarf, Julie Woon, dibantu oleh Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong. Telemovie ini akan ditayangkan di saluran RTM pada Ramadhan akan datang.
SINOPSIS :
Weni dan Kaidir duduk bersebelahan di dalam bas ekspress dengan tidak sengaja tertukar beg bagasi ketika mereka tergesa-gesa turun dari bas. Ketika rakan- rakannya, Wan dan Man , datang menjemput Kaidir , mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan Yong Tau Fu milik seorang gadis cina.
Berkisah pada Weni pula , dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya Wong , begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya keranaWeni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.
Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan Yong Tau Fu. Kak Yong, ibu Kaidir mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu Nasi Lemak Daun Pisang.
Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi oleh ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir setelah mendapat maklumat yang dijumpai tempohari.
Setelah berkenalan mereka semakin rapat ,Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan bermajoritikan orang Melayu.
Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu Yong Tau Fu dan Nasi Lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.
Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu oleh Pak Imam ,maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah.
Hmmm… berdasarkan sinopsis telemovie ni, aku rasa macam menarik untuk ditonton lah pulak. Macam mana kaum Cina nak bekerjasama dengan kaum Melayu untuk sama-sama berjaya dan maju? Apakah yang dilakukan oleh bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?
Haaa… macam-macam jugaklah persoalan yang timbul. Yang pasti jalan cerita dia dah buat aku tertarik nih. Tak sabar nak tunggu Ramadhan ni. Selain banyak berkatnya, makanan-makanan yang best, ada jugak rancangan TV yang menarik. Nantikan NASI YONG LEMAK TAUFU Ramadhan ini !