Assalamualaikum..
Ahaa bercerita mengenai produk kecantikan dari Korea ni kan, teringat pulak trip aku ke Korea pada April yang lepas. Masa tu cuaca dia tak berapa panas, tak berapa sejuk.. Tapi dingin dingin tu ade lagi la, sebab masa tu musim peralihan musim sejuk nak masuk musim bunga.. So ada masa dia hujan hujan sikit la.. Gitu..
Gambar di atas ni menunjukkan aku dan rakan rakan trip Korea yang sedang bergumbira di satu lokasi wajib datang kat Korea ni, iaitu MYEONGDONG.. Syurga produk kecantikan dan fesyen untuk penduduk tempatan dan jugak pelancong ! Kalau nak kata jenama jenama produk kecantikan Korea, memang banyak sangat sangat dah ! Kalau kat Malaysia dah ade jugak yang ada outlet kat sini, tapi ada satu brand Korea ni, masa tu belum ada kat Malaysia.
INNISFREE ! Yeahh ! Aku ingat lagi, masa melawat dan jalan-jalan kat Myeongdong, aku tak shopping sangat.. Tapi di Itaewon, berdekatan dengan hostel aku duduk, ade satu outlet Innisfree. Yeahh aku pun pegi sana siap borong bedak muka, sebab ada saudara yang kirim. Aku pulak bantai beli berus foundation, dan sikit alat mekap.
Sekarang ni INNISFREE dan ada di Malaysia ! Baru sahaja outlet pertamanya dilancarkan di Sunway Pyramid, Selangor. And aku sangat sangat berbesar hati memenuhi jemputan ke majlis soft launch outlet Innisfree ni. Yeahh !
Ucapan dan kata-kata aluan oleh wakil-wakil syarikat Innisfree yang datangnya dari Korea ! Tambah impress lagi bila kebanyakan dari mereka fasih berbahasa Inggeris ! Okay sekarang jom kita jalan-jalan sekitar outlet Innisfree di Sunway Pyramid, Selangor ni.
Produk kecantikan Korea semestinya terkenal dengan rangkaian penjagaan kulit dan mementingkan kulit yang bersih, segar dan sihat. Kat Innisfree ni ada macam-macam jenis produk penjagaan dan pembersihan kulit. Rangkaian produk yang dibawakan di Malaysia semestinya bersesuaian mengikut kondisi kulit kebanyakan wanita Asia.
Bukan setakat produk untuk muka je, tapi tak lupa produk untuk seluruh badan. Ada sabun, ada losyen, serum kulit dan macam macam lagi. Pada yang tak tahu nak guna produk apa yang sesuai untuk kulit badan, meh meh datang outlet Innisfree ni, cuba produk mereka.. mana tahu sesuai untuk keperluan kulit korang kan ?
Produk penjagaan wajah di Innisfree ni, ada banyak jenis, boleh disesuaikan mengikut kondisi kulit kita. Kita ni pun satu, jangan lah nak membeli produk tu, sembarangan aje. Jangan sebab kawan kita pakai sesuai dengan dia, kita pun berlumba-lumba nak beli. Skincare product ni, kena analisis atau kenalpasti dulu masalah kulit kita apa, baru lah beli produk yang sesuai dengan kulit kita.
Di Innisfree, korang boleh tengok macam dalam kat atas ni haa.. ada untuk melembap.. ada untuk membaiki kulit.. untuk melicinkan kulit…. dan banyak lagi lah, nak tahu kena datang outlet Innisfree kat Sunway Pyramid. Macam-macam produk ada..
Bagi pembaca aku yang menggunakan pewarna kuku, boleh cuba pewarna kuku Eco Nail dari Innisfree ni. Ada banyak warna warna menarik dan juga.. kalau nak tahu produk Innisfree banyak menggunakan bahan-bahan organik ! Haa menarik kan.
Antara produk mekap Innisfree yang sangat sangat menggoda aku.. Lagi-lagu Cushion foundation tu. Aku ada cuba sikit la.. aku sangat suka tekstur nya yang sangat ringan dan mudah apply kat kulit.. Sangat natural.
Kalau ada pembaca blog aku yang terdiri daripada jejaka-jejaka macho.. maka jangan gusar, ada jugak produk yang korang boleh guna.. Macam dalam gambar ni, ni merupakan esen untuk kulit wajah. Jangan ingat perempuan je kena jaga kulit. Bagi aku lelaki pun disarankan menjaga kulit wajah, supaya nampak lebih BERSIH, SEGAR dan semestinya PRESENTABLE. Bila kulit korang bersih apa sume, kompem tahap keyakinan pun naik kan.
Aummm !! Lip gloss dia best sebab sangat lembap dan warna cantik-cantik. Hahaa tapi aku ni ada habit terrr-jilat bibir kalau pakai lip gloss. Hahaa so aku renung je lah lip gloss yang cantik-cantik nii hik hik..
Ya ampunnn !!! Sebaris eyeshadow yang sangat sangat sangat aku terjatuh cinta lahai !! Rangkaian warna yang memang earth tone bagi aku. Warna-warna natural.. sukanya tengokk ! Aku kalau pakai eyeshadow pun, aku lebih gemar mengenakan eyeshadown dengan warna-warna macam ni. Argghh next time kena beli nih !
Ehem.. ehemm.. cuba cuba mascara dia. Best lah ! Ada yang dengan fungsi memanjangkan bulu mata, ada yang menampakkan bulu mata lebih lebat. So, aku yang yang volumnized mascara punya. Alamakkk yang ni pun suka juga ! Memandangkan mascara kat rumah masih baru, jadi aku grab la dia punya eyelashed base yang warna putih tu. Mascara lebih tahan lama bila pakai. Best best.
Lepas tu kita belek-belek sat antara produk yang paling popular dari Innisfree. Haa nak tahu produk apa, sat lagi aku kongsikan dengan korang.. pastikan baca entry ni sampai habis tau..
Kegemaran aku ! Mask muka.. ! Yang best nya, di Innisfree ni ada lebih 10 jenis mask muka… dah lah murah, ada pelbagai fungsi dan khasiat untuk wajah ! So pilih je mana yang sesuai untuk kulit. As for me, aku pilih masker dengan fungsi whitening / soothing. Banyak aku borong, haha lebih 10 pieces !
Antara kawan-kawan blogger yang turut diundang ke majlis soft launch outlet Innisfree di Sunway Pyramid ni.. Seronok kitorang pusing-pusing dalam outlet ni, pilih-pilih barang apa nak beli. Hik hik seronokk !
INNISFREE GLOBAL HERO PRODUCTS :
1. The Green Tea Seed Serum - Sesuai untuk kulit kering sebab dia ada fungsi melembap dan memelihara kulit. Diperbuat dari green tea seed dari pulau Jeju, Korea.
2. Jeju Volcanic Pore Clay Mask– Bila pakai mask ni, dia akan serap sebum dan minyak berlebihan kat muka, boleh elak lebih banyak breakouts.. dan juga mengecilkan dan membersih liang pori.
3. Eco-science Wrinkle Spot Essence– menjadi antara best seller Innisfree sebab antara produk anti-aging yang sangat dapat sambutan. Produk natural yang diperbuat dari tumbuhan lautan untuk mengurangkan kedut.
4. Eco Science White C Double Serum – Serum yang membantu mencerahkan kulit, menggunakan tangerine dan green tea sebagai bahan utama.
Hahaa maafkan muka terlajakkk excited tu ! Terima kasih Innisfree sebab bagi kami blogger voucher shopping RM200 ! Banyak tuuu. Memandangkan produk Innisfree ni harga dia berpatutan, memang boleh dapat beberapa jugak produk dia guna voucher ni. Dannn voucer ni pulak boleh terus guna, apa lagi cepat-cepat aku penuhkan bakul aku HAHA !
Jadi, marilah beramai-ramai turun ke Sunway Pyramid, Selngor dan pergi outlet Innisfree yang terletak di Ground Floor. Kekakak kekadik yang tau kat mana letakanya outlet Sephora, Bobbi Brown semua tu, haa Innisfree ni terletaknya di area situ situ jugakk. Senang je nak cari…
Jangan lupa LIKE fanpage Innisfree Malaysia.. Haa mana tahu dapat menang tiket jumpa
LEE MIN HO ! Hahaa nak tahu macam mana kena like :
https://www.facebook.com/innisfreeMYS
LEE MIN HO ! Hahaa nak tahu macam mana kena like :
https://www.facebook.com/innisfreeMYS
XOXO !