Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Nak senyum lebar lebar tapi malu sebab gigi kuning !

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Haaa.. seperti yang korang baca di tajuk entry ini, aku rasa bukan aku sorang je kan yang mengalami dilema mengenai gigi yang kekuningan kan ? Nak kata gigi kau kaler kuning lampu tu takde lah.. Tapi rasanya rata rata kita mempunyai gigi yang kekuningan kan ?

 

Antara faktor yang menjadikan gigi kita berwarna kekuningan ialah – merokok, selalu minum minuman berperisa yang berwarna, selalu makan makanan dengan pewarna yang berlebihan, dan banyak lagi lah.. Orang biasa macam kita ni, biasanya tiga sebab ni je yang menjadikan warna gigi jadi kekuningan. Macam aku sendiri, aku dulu suka sangat sangat minum Pepsi and minum the o ais pekat pekattt. Haa memang laa menyumbang kepada gigi kekuningan ye dak !

 

selfies

Bila rasa tak yakin tu tetibe datang menerpa-nerpa kan, memang kalau amik gambar pun aku takkan senyum nampak gigi. Yes aku suka senyum nampak gigi.. Tapi rasa yakin nak tunjuk gigi tu datang hanya bila aku bergambar guna filter. Haa dengan muka-muka aku sekali nampak flawless haaa..

 

 

IMG_1899(Gambar selfie a few months ago from my phone. Ada banyak lagi, tapi malas lah upload semua kat sini. HAHA)

 

Ini kalau selfie pon suke senyum simpul.. acah acah wanita sopan penuh adat ketimuran gua cakap HAHA !! Tapi sebenornya, tak yakin sebab gigi nampok benor kekuningan dalam gambar. Pakai filter pon kadang kadang nampak sangat kuning. Haa so tutup mulot je la senang.

 

Maka gigih lah aku cuba segala petua memutihkan gigi menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah dapat. Tapi rupanya buat sendiri ni banyak risiko. Kadang kita main percaya je apa ada di Google kan. Ada yang siap minum cuka bagai ? Hahaa takott kakak.. Lepas tu, aku perasan ade kotoran belakang gigi yang susah nak bersihkan..

 

DSC09941

Maka aku pun decide nak ke klinik lah. Haaa kan senang, dapatkan terus nasihat dari yang pakar. Mereka lebih mengetahui dan lebih mahir membimbing kita dengan penjagaan gigi. Gituuu…maka yang menjadi pilihan aku ialah DUTAMAS DENTAL yang terletak di Publika Solaris Dutamas. Tengok tu, masuk je klinik terus ajak doktor cantik bergosip gitu.

 

DSC09947

Okay pertama sekali dia check keadaan gigi aku. Gigi aku pernah ditampal dua tiga kali masa pemeriksaan gigi kat sekolah dulu HAHA. So tampalan tu dah lama pecah, and doktor yang baik hati ni decide nak repair tampalan tu, kasi tampalan sementara yang baru. Yeayy alhamdulillah ! Sayangi dentist cantik ! Gituu..

 

 

DSC09954

Tipu lah kalau aku kata aku tak takut, tak gentar, tak nervous langsung nak datang jumpa dentist ni kan ? Alhamdulillah aku belum pernah lagi mengalami peristiwa berkaitan dengan kesihatan gigi yang sampai bawak ke trauma. Takde.. Tapi aku seram jugak memikirkan bahawasanya ada mesin mesin halus yang bakal menari-nari dalam ruang mulut aku.

 

DSC09979

Tapi alhamdulillah.. doktor sangat sangat baik, mesra, peramah dan buat rawatan gigi aku dengan penuh kasih sayang je.. Haha so dah boleh buang rasa neves and takut tu jauh-jauh okay.. Doktor kat DUTAMAS DENTAL ni memang bagus keje dia ! Tak kasar-kasar pun masa scaling and polishing gigi.

 

DSC09999

Haa amik kau, dia tayang ruang dalam mulut kau depan muka. Haha.. Yang berkeladak kat gigi tu nama dia PLAQUE. Bukan plug letrik tu tau. Hahaa ini adalah campuran bakteria yang akhirnya menjadi lapisan keras kat ruang bawah gigi. Memang tebal lapisan dia ewww tengok gigi sendiri pun geli gila HAHA !! Menurut Doktor Siti dari DUTAMAS DENTAL ni, plaque ni kalau dibiarkan lama-lama dia boleh buat gigi kita gugur dari gusi !! Omgee !!! Rongak laa iolss !

 

Aku ade jugak research kat internet, plaque ni lah yang buat gusi kita membengkak and berdarah bila kita berus gigi. Omgee.. ingatkan ada sakit kronik apa lahaiii duk berdarah je masa gosok gigi. Mula la masuk watak drama samarinda haha. Apa-apa pun jangan dibiar lama-lama plaque ni beranak pinak kat celah gigi.. Nanti boleh membawa kepada penyakit yang berkaitan gusi pulak!

 

 

DSC09982

Haa tu dia sesi berkumur. Berketul-ketul plaque aku ludahkan dalam sinki comel kat sebelah aku tu. Ewww payau pulak mulut aku ni. Hahahaa !!!! Tapi gagahkan jugak bertabah melalui proses membersihkan plaque ni demi kesihatan mulut yang lebih terjamin di masa depan. Wakaka.. Alhamdulillah takde rasa sakit pun proses membersihkan plaque ni. Macam aku cakap tadi, doktor bersihkan plaque dengan penuh kasih sayang kot !

 

Sementara aku busy scaling and polishing gigi, meh la sikit share gambar sekitar klinik DUTAMAS DENTAL ni..

DSC09995

DSC09993

Ruang dalaman klinik DUTAMAS DENTAL ni ringkas je, dengan warna tema biru (la kot?). Tapi memang kemas, teratur, bersih dan sedap la mata memandang. Ada ruang menunggu yang selesa kalau pesakit datang bawak teman ke kan. Sebelum rawatan dimulakan tadi, aku duk bergosip mosip dengan doktor Siti kat ruang depan ni.

 

Oh yee… Ramai yang expect, bila kau pergi putihkan gigi kat klinik, bila siap pooff ! Gigi kau berinar-sinar mengalahkan beribu-ribu pinggan yang dicuci bersih menggunakan pencuci jenama Joy ! Haha ah sudah ! Please please jangan ingat sekali kau pergi putihkan gigi, terus gigi kau putih macam bintang Hollywood la ? Ohh nehi nehi.. ~

 

First, doktor gigi akan amik skala tahap kekuningan gigi kau. Contohnya, dari skala 1 sampai 15, gigi kau di tahap yang agak sedeyh iaitu tahap 10.. So, pada tahap ini, kalau dapat bersih sampai 2 tona lebih Cerah pun dikira dah bagus. Sebab kekuningan pada gigi kita ni SUSAH nak hilang tau.. Lagi-lagi kita ni bertahun-tahun duk makan minum benda yang banyak pewarna makanan ! Macam aku sendiri, gigi aku cerah 2 tona. Itu pun aku dah sangat berpuas hati.

 

Ada yang kata, buat kat dentist ni MAHAL lahh.. Ye, aku faham tak semua mampu.. Tapi bagi aku, JIKA KITA MAMPU, baiklah kita mendapatkan rawatan daripada yang pakar okay.. supaya prosedurnya lebih teratur, terjaga, bersih dan diawasi doktor gigi sendiri. InshaAllah buat pemutihan gigi ni takde kesan sampingan..

 

a

Gambar kiri : Banyak noise.. kalau tak, nampak dah gigi aku dah agak kekuningan kat area gusi tu.. Biasalah, kita ni makan dah la tak control, tak rajin minum air masa pulak kan. Makanan zaman sekarang pun banyak guna pewarna… Aku memang rajin pakai lipstick warna yang agak gelap supaya gigi yang kekuningan tak ketara.

Gambar kanan : Selama  beberapa bulan ni, aku tak pernah pun pakai lipstick aku warna pink pudar. Sebab aku rasa tak sesuai dengan kulit, plus menyerlahkan lagi gigi yang kekuningan.. So, sudahnya memang tak pakai lipstick tu. Hukk. Tapi, lepas buat treatment gigi kat DUTAMAS DENTAL ni, gigi aku cerah beberapa tona. Gitu. Macam iklan krim putihkan kulit pulak kan. Tapi serious sekarang aku dah berani pakai. Hikk serious bila gigi dah bersih dan cerah, otomatis nya aku extra murah dengan senyuman. Sebelum ni murah je dengan senyuman, tapi sekarang extra extra lagi. HAHA !

 

Screenshot_2015-01-02-20-21-09

Sesiapa yang ada instagram, meh meh follow DUTAMAS DENTAL ! Boleh tanya soalan kat doktor gigi ya.. Kalau tanya aku, aku jawab mana aku tahu saja lah yee… Alamat dan nombor telefon klinik pun ada terpampang di ruangan bio insta Dutamas Dental ni. Siapa tanya aku cepuk. Ehh gurau haha !!

 

 

 

XOXO !


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614