Assalamualaikum..
Haaa aku tahu betapa dah lambatnya aku nak buat review filem ni. Sepertimana kita tahu, filem Manisnya Cinta di Cappadocia ni merupakan filem adaptasi daripada novel hasil tulis novelis popular iaitu Anis Ayuni. Filem ini dah pun bertayangan selama beberapa minggu di pawagam. Dan bagi yang tidak berkesempatan tonton di wayang, boleh langgan di Astro First.
Ahaaa ini buktinya aku peminat novel ini. Pertama kali baca novel ni, aku baca di rumah makcik aku yang juga merupakan peminat novel. Tapi tak boleh pinjam bawak balik arr, just baca je kat rumah dia. Aku berjaya baca separuh novel je. Bila dah start keje sambilan jadi pembantu kedai runcit (zaman sekolah dulu), aku beli novel Manisnya Cinta ni. Aku baca semula dari mula sampai habis. Menjejer air mata kot part sedih tu. Part sweet pulak berangan la tak sudah.
Lepas tu, novel aku hilang entah ke mana. Tak sengaja buang ke, ada orang pinjam ke.. aku sendiri tak ingat. Maka aku beli lagi yang baru. Aku baca lagi dari mula. Sampai dua round aku baca. Tak bosan-bosan. Sebab aku sangat sangat sukakan jalan ceritanya. Buku tu hilang masa aku pindah rumah. So aku beli lagi novel ni tahun lepas. Dann.. baca sekali lagi. Yang belah kanan tu aku gedik beli sebab ada ala ala poster filem sebagai kulit buku. HAHA ! Tak bukak plastik pun lagi. Beli sebab minat sangat filem ni..
Pada hari pertama filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) ni ditayangkan di pawagam, aku dijemput oleh Red Communications untuk sertai majlis tayangan filem ni bersama-sama dengan beberapa artis, jemputan dan juga pemenang contest Lux. Hee berjumpa pulak dengan bebudak neh. Haha Wani dan Ned.
Iedil Putra pun turut sama memeriahkan majlis tayangan filem. Hehee.. Sungguh sporting ! Jangan lupaaa tengok filem yang beliau berlakon jugak, filem TERBAIK DARI LANGIT. Turut membintangi filem tu : Bront Palarae, Amirul Affendi dan Nadiyaa Nisa.
Dan semestinyaaa… FAZURA herself. Heroin filem MCDC ni.
Aku rasa aku tak payah review lelebih la kan.. Filem ni semua tahu memang best pun.. Part sedih tu, memang menusuk kalbu.. sampai teresak-esak aku. Videographer yang datang dengan aku pun duk bahan aku sebab aku nangis haaa. Sedeyh sangat kekdah nye !
Kalau masuk part sweet sweet tu, melayang-layang aku dibuatnya, mengalahkan heroin filem pulak aku.. Aduhaii.. dah la kedua-dua hero dan heroin nye aku memang minat ! Masa mula-mula Fazura sebut beliau akan muncul dengan filem bertajuk “Manisnya Cinta”, I terus tanya filem adaptasi novel ke ? Bila Fazura mengiyakannya, memang aku rasa sikit lagi nak melompat dari kerusi tu. Wakakaa. Memang excited dan jugak letak high expectation jugak lahh..
Jadi, bila filem ni keluar, aku rasa at the end of the movie.. aku rasa nak menangis terharu pulak.. sebab nya aku rasa filem ni disampaikan dan diinterpretasi dengan sangat sangat baik. Jalan cerita yang sangat tersusun, tak jump here jump there (you know what I mean).. dan semestinya tak melalut dengan tambahan dan ubah suai yang keterlaluan.
Naskhah karya Anis Ayuni ini semestinya sudah diadaptasi dengan baik sekali, dan jalan cerita masih dekat dengan karya asal. Setiap paparan babak-babak filem ni membawa aku kembali kepada setiap bait di dalam novel. Well.. sebagai peminat novel yang dah baca novel ni beberapa kali, aku memang tak boleh lari daripada compare antara novel dengan filem. Kedua-duanya sememangnya berbeza. Tapi kedua-duanya merupakan karya yang sangat bagus.
And aku suka sangat dengan keletah Lisa Surihani yang membawa watak Izelea, adik kepada Ifti Liyana yang dilakonkan oleh Fazura. Aku rasa ini first time kot aku tonton lakonan Lisa yang membawa karakter yang agak nakal, suka mengusik kakaknya.. Hehe so cheeky but too cute and adorable Izelea ! Good job Lisa Surihani !
Antara yang mendapat pujian ramai ialah hasil sinematografi yang sungguh sungguh memikat mata yang menonton.. angle yang menarik.. filem ini semestinya “NAMPAK CANTIK”. Haa siapa dah tengok mesti faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. It is a beautiful work ! Tahniah kepada pengarah serta krew-krew yang menjayakan filem ini !
Fazura juga mendapat pujian yang sememangnya satu Malaya tahu, Fazura kelihatan sangat cantikkk dalam filem ini. Menangis pun cantik. Gosok gigi pun cantik ! Kau hado ? Hahaha !! Pakaian dan dandanan rambut jugak mendapat pujian melambung dari penonton wanita. Aku pun suka sangat sangat dengan fesyen Fazura dalam filem ini. Stunning !! Latar belakang tempat dalam filem ini jugak sesuai dan cantik. Ishh pendek kata semua cantik lah !
Hmm.. apa-apa pun aku memang berpuas hati dengan filem arahan Bernard Chauly ni.. Memang tak pernah mengecewakan.. Sama macam filem sebelum ini, Instanbul Aku Datang juga.. filem MCDC ni digarap dengan begitu baik sekali. Wah wahh komentar aku dah mengalahkan pengkritik filem pulak haii !
Ahaa.. apa yang dicoret dalam entry ini hanyalah buah fikiran aku. Aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang perfileman.. Tapi sebagai penonton dan peminat, aku berpuas hati dengan karya ini. Seronok rasanya menonton filem yang diadaptasi dari novel kegemaran. Tahniah sekali lagi kepada barisan pelakon dan krew-krew serta pengarah filem MCDC ini…
Bagi yang belum menonton filem MCDC ni, dan korang ada Astro kat rumah.. Boleh lah langgan filem MCDC ni kat Astro First. Oh ye.. ini bukan iklan berbayar oleh Astro ke apa eh.. Aku cuma nak galakkan korang tengok filem MCDC ni. Memang best !!! Kawan lelaki aku pun kata filem ni best ! Haaa ke sebab dia minat Fazura ? Kekekee… Psstt sebelum habis baca, jom tengok interview aku dan Fazura :
XOXO, Putewi Hensem !