Assalamualaikum…
Boring pulak kan nak bercerita memanjang pasal kerja di Barcelona. Maaf ya sekiranya ada yang berpendapat saya nak menunjuk-nunjuk ke apa.. Perkongsian ini tidak lebih dari niat aku nak abadikan kisah perjalanan aku ke negara orang. Maklumlah nak tulis diari malas, maka di blog saja lah aku mengabadikan segala memori gitu..
Okay berbalik kepada tajuk entry ni, aku tengah scroll facebook tadi (haa kantoi curi tulang!), dan aku terjumpa satu perkongsian yang sangat berguna aku rasa… Ya, mengenai menyimpan wang. Nak itu nak ini semua pakai duit kan sekarang.. Tapi mana datangnya duit tu kalau kita tak BEKERJA KERAS dan MENYIMPAN kan ? Kalau tak disimpan, habislah belanja, tak nampak hasil. Duit tu pun bukan jenis boleh simpankan diri dia sendiri and beranak sendiri ye dak. Jadi selain daripada korang buat ASB ke apa.. ada satu teknik yang aku tertarik nak cuba dan kongsi dengan semua.
PERKONGSIAN DARI STATUS SEORANG PENGGUNA FACEBOOK : DI SINI
Kisah Benar :
Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.
Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.
- Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
- Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
- Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20
PERATURAN WAJIB :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2. HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3. Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
4. WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5. If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .
Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5
Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700
*********************************************************
Haaa tengoklah hasil selama 6 bulan kaedah paksa rela ni. Nak tak nak, kena tahan diri.. kena kuatkan iman.. Aku ni dulu menabung la jugak.. tapi selalu tak tahan digoda nafsu nak berbelanja tu lepas tu mula lah korek sikit-sikit isi tabung sampai takdak isi dah ! Hahaha… Perangai tak senonoh betul kan ? So kalau korang ada target tahun depan boleh dah ni mengumpul dari sekarang. Mana tahu ada yang nak rancang bercuti atau shopping besar-besaran ke.. Tak pun melabur pulak wang tu untuk keuntungan masa panjang, kan ? Apa-apa pun, rancang lah dengan bijak ! So sama-sama menabung. (Berkempen pulak iols !)
Terima kasih kepada pemilik akaun facebook Mohd Faiz kerana sudi share info bermanfaat ni dengan pengguna di Facebook. Nisa share di blog ya ! Moga bermanfaat juga kepada orang lain inshaAllah…
XOXO,
Putewi Hensem !