Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 1

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Yeah yeahh entry travel kini kembali.. Kini aku nak share mengenai percutian aku ke Pulau Pangkor. Syukur alhamdulillah kerana aku terpilih untuk menyertai trip Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia yang dianjurkan oleh M Mode Media dengan kerjasama Tourism Malaysia..

 

Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ni dianjurkan dengan tujuan untuk mempromosi produk pelancongan tempatan kepada orang ramai. Trip ini disertai oleh rakan-rakan dari media TV, akhbar, pencinta fotografi dan beberapa orang bloggers.

 

Trip di bawah Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ni ada 4 destinasi. Yang pertama ialah Pulau Langkawi. Yang first trip tu aku tak join. Trip kedua ialah Perak, destinasi ketiga ialah Pahang dan destinasi akan datang ialah Johor. Trip ke Perak dan Pahang dah pun selesai, ni tengah menunggu trip ke Johor. Jadi, aku nak share story pasal trip Perak.

 

DSC_0483

Seawal 6 pagi dah kena berkumpul, check kedatangan dan bertolak ke Perak. Dalam perjalanan kami berhenti di RnR Rawang untuk sarapan. Pada hari tu sarapan kami ditaja dengan penuh kasih sayang oleh KFC Malaysia ! Thank you KFC for the delicious breakfast!

Setelah sarapan,perjalanan diteruskan. Aku pon ape lagi tertido tak sedar diri, maklumlah malamnye tu aku tak tidur sebab takut terlajak tidur dan tak bangun lak! Sedar-sedar aje dah sampai di destinasi pertama…

 

DSC_0367

Lokasi pertama kami di negeri Perak Darul Ridzuan ialah HUTAN LIPUR KUALA WOH. Menurut tourist guide kami dari Discover Orient Holiday, Kuala Woh ni dekat je dengan jalan nak ke Cameron Highlands tu haa.. Dekat tang mana pon aku tak sure. Korang check la Google Maps. Kahkahkah!

 

DSC_0363Hutan Lipur Kuala Woh terletak di daerah Tapah, Perak. Kat sini korang boleh menikmati pemandangan alam sekitar, mandi di sungai yang unik! Unik tang mana, kejap ye nanti sati lagi aku cerita. Lokasinya hanya 13 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands, atau 72 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang. More info visit Hutan Lipur Kuala Woh Perak.

 

DSC_0369

Ni lah antara gambar persekitaran Hutan Lipur ni.. Agak bersih dan selesa sebab ada kemudahan.. Ada chalet, ada jambatan gantung, ada kedai minum, tandas, pondok rehat dan lain-lain…

 

DSC_0372

Jeng jeng jeng.. Kolam Air Panas Semulajadi ni merupakan antara tarikan utama hutan lipur ni.. Korang mesti ingat kolam yang petak tu lah kolam air panas nye.. Hahaha salah! Air panasnye terletak di sungai tu sendiri! Haa pelikkan macam mana air sungai boleh jadi kolam air panas pulak?

Takde pulak gambar nak share.. Kalau pergi tepi sungai ni, kat sesetengah bahagian tepi sungai akan nampak airnya berwap dan bila rasa dengan tangan, airnye memang panas! Bila alihkan tangan ke bahagian lain, airnya sejuk je. SUBHANALLAH! Kekuasaan Allah nak tunjuk yang air panas dan sejuk terletak dalam satu sungai!

 

DSC_0395

Rama-rama Rajah Brooke juga antara tarikan lain yang terdapat di Hutan Lipur Kuala Woh ni.. Maaflah tak dapat tangkap gambar rama-rama yang besar sebab rama-rama ni kan berterbangan, so tak dapat nak ambil gambar nye… Gambar kat atas ni pun blur sebab snap laju-laju.

 

DSC_0374

Salah satu kekuasaan Allah SWT.. Batu yang diletakkan tegak berdiri atas faktor-faktor graviti yang aku pun tak reti nak explain. Aku takde lak gambar lain yang lebih jelas.

 

DSC_0398

Mneikmati udara segar dan pemandangan di tepian sungai cewahhh.. Kot-kot la datang putera berkuda bawa daku pergi?? Hahahaa!! Berangan je kerja aku ni! Hahaha…

 

DSC_0458

Yeahhh kamilah beberapa orang blogger yang menyertai Kembara Media Fotografi ni!! DARI KIRI : Pen Merah, Nisa Kay, Yana Yassin, Rabiatul Adawiyah dan satu-satunya jejaka blogger yang tak berapa nak macho iaitu Hamzah Ian. Kihkihkih!!

 

DSC_0492

Selepas bersantai-santai, tengok rama-rama, main-main air kat hutan lipur tadi, kami gerak ke Manjung pulak untuk makan tengahari. Yeahhh restoran yang kami tuju ialah RESTORAN NASI AYAM MAMA yang agak terkenal di sana. LOKASI : 65, Persiaran Manjung 3/2, Taman Manjung Point Seksyen 3, Manjung, Perak.

 

DSC_0498

Sesampainya kami di sana, kami dihidangkan dengan air jus tembikai segar dan sejuk! Pergghh sesuai betul dengan cuaca panas. Buah-buahan segar yang dah siap dipotong jugak dihidang. Wahh best best!

 

DSC_0504

Signature dish of this restaurant semestinya nasi ayamnya! Nyum-nyum sedap sampaikan aku makan pon dah tak ingat siapa kiri kanan aku. Lapar kannn.. so aku belasah sampai licin pinggan! Nyum nyum~

 

DSC_0507

Nasi putih bawal kari jugak antara hidangan yang terkenal kat restoran ni… Harganya berpatutan! Jadi sesiapa yang nak ke Manjung Perak bolehlah singgah kat Restoran Nasi Ayam Mama ni ye!

 

DSC_0523

Selepas kekenyangan bak ular sawa, kami semua berkejar ke Jeti Lumut sebab nak kena kejar feri ke Pulau Pangkor pukul 2.30 petang. Kalau tertinggal kang habislah jadual kami di Pulau Pangkor! Kang apa punnn tak jadi!

 

Baiklah… story mory di Pulau Pangkor aku akan share di entry yang akan datang ye… Nantikan part 2! Sebab aku nak share betapa bataknye aku naik feri, pergi pulau ape semua sebab ni FIRST TIME aku naik feri dan FIRST TIME aku menjejakkan kaki ke sebuah pulau! HAHA!! Kbai..

 

 

 

All pictures will be uploaded at my fan page –> SAYA SUKA MENAIP. Do like! TQ.

Sign PNG NisaKay


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614