Assalamualaikum...
Haaa memandangkan aku macam free je ni, aku jawab teruslah topik pertama untuk The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! niii.. Hehehee.. soalan pertama ialah.. JENG JENG JENGGG...
1) Your response to everyone’s favorite question: “And why are YOU still single?”
Respon aku ? HAHAHA... Pertama-tamanya sekali mesti aku akan buat muka "boringgggg nya soalan dia ni" sebab adat manusia suka tanya bila nak kawen. Dah kawen nanti, tanya bila nak ada anak. Dah ade sorang, tanya bila nak tambah anak.. dan seterus terusnyaaa....
Well... jawapan aku mudah semudah-mudahnyaa lahai ! BELUM BERTEMU JODOH. Sesungguh memang ada sebilangan manusia yang tak mengerti (atau saja taknak mengerti) konsep "Josoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan" .. mungkin bagi mereka part jodoh tu, kita pun kena berusaha...
Hmm... aku rasa tak perlu kot nak push orang yang single untuk segera cari pasangan hidup. Nak cari pasangan ni bagi aku secara peribadinya, bukan sesuatu yang mudah. Bukan macam pergi kedai pilih pilih, berkenan then terus bayar. Kita nak cari seseorang yang baik bla bla bla.. begitu juga dengan diri kita, kenalah perbaiki diri agar Allah mengurniakan kita jodoh yang baik juga..
Jawapan kedua aku will be AKU BELUM BERSEDIA ! Haaa bersedia dari segala segi. Memandangkan buat masa ni aku ada banyak komitmen yang berkaitan dengan bisnes dan kerja sebagai pengacara sambilan, aku rasa aku belum bersedia nak jump into marriage life di mana seorang isteri kena jaga makan pakai suami, mengurus rumah dan lain-lain. Opps ! Jangan salah faham ya... bukan aku taknak buat semua tu, tapi tengoklah diri aku yang tak berapa nak terurus ni.. ade hati yak nak urus hidup laki ? Hahaa... Lagi pula.. sebelum aku kahwin (inshaAllah kalau ada jodoh), aku nak stabilkan pendapatan dulu... nak ada aset sendiri inshaAllah... moga moga DIA permudahkan segalanya...
Dan aku yakin.. kalau bab jodoh ni, aku serahkan sepenuhnya pada Allah.. aku tahu hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Mungkin sekarang Allah takdirkan aku agar lebih fokus dengan kerja.. nanti dah puas kerja, inshaAllah DIA bagi aku jodoh, jadi masa tu aku boleh fokus kat rumah tangga pulak kan ? Hehee.. aku hanya mampu berdoa.. Korang pun ! Doakan je lah yang terbaik, toksah duk kalut sangat aku single. Haha..
Last sekali.. my respon will be something like "Eh mak bapak aku pun tak kalut aku single lagi, yang kau lebih-lebih kenapa?" Hahaa... well, perasaan seperti ini memang wujud terhadap orang yang duk tanya aku kenapa aku single, kenapa aku tak kawin lagi bla bla blaa... Jadi bila orang tanya aku lepas ni, aku akan banyak banyakkan sengih macam kerang busuk je la. Takpun bagi jawapan NO KOMEN lagak seperti artiss uolllss !
Haaa okay tu je jawapan aku ! Hahah byee..
XOXO,
Putewi Hensem !