Assalamualaikum....
Baiklah.... sudah tiba masa untuk aku sambung kisah aku SEHARI DI PARIS ! Hahaaa Biarpun sehari saja di sana, tapi aku bersyukur aku dapat juga jejak kaki ke sana.. Cukuplah aku dapat lihat dan merasa sendiri pengalaman di sana, persekitaran di sana..
Bangun pagi tu, aku pergi cuci muka di tandas, lepas tu kami menapak ke hujung CDG Airport ni untuk ke stesen keretapi. Mujur ada boss yang memang jenis teliti. Dia dah siap siap google dan save info mengenai trip ke pusat bandar Paris, ke Eiffel Tower dan lain-lain tempat. Kami cari mesin hijau ni... mesin ni mesin beli tiket untuk ke bandar dan kawasan kawan tumpuan pelancong.
Ini haa gambar tiket nya. Dua keping kad keras yang kecik je.. Tak sampai separuh tapak tangan pun saiz nya haa... Ini baru tiket lapangan terbang ke Paris. Belum beli lagi tiket pulang dari Paris ke lapangan terbang. Oh ya, mesin beli tiket ni tak terima duit cash tau.. Pembayaran boleh dibuat guna kad kredit.
Untuk beli tiket ni, boss aku dah buat reasearch sikit.. baca pengalaman orang lain dan sebagainya. Boss aku kata dia akan beli tiket pergi ke Paris sahaja dahulu.. sebab kalau beli tiket pergi dan balik, takut nanti kami terguna tiket pulang ke airport bila naik tren nanti, dan akan menyebabkan tiket itu tidak lagi sah digunakan kalau nak pulang ke airport pada belah petang nanti.
Ini stesen keretapi dalam airport CDG niii... Disebabkan airport ni destinasi terakhir, jadi naik lah mana mana tren pun (belah kiri atau kanan) kedua-duanya akan menghala ke bandar jugak.. Gitu... Tapi untuk turun di stesen yang berhampiran dengan Eiffel Tower tu, kena tukar tren.
Ahaa memandangkan aku update kisah kat Paris ni dah lambat.. maka tak banyak info mengenai tempat tempat sekitar yang aku ingat. Mujur juga ada gambar ni.. Gambar ni diambil di stesen SAINT MICHEL, NOTRE DAME. Kami tukar tren kat stesen ni.. sebab nak ke Eiffel Tower tu tren laluan lain. Kekekee...
Tren seterusnya yang kami naik ialah tren dua tingkat ni. Takde pic sangat kat sini.. Awkward la pulak nak keluarkan kamera dan ambil gambar bagai.. Sebabnya aku ke mana pun orang duk tenung, duk pandang.. Aihh... Stress makk !
Sampai sudah ke stesen yang dituju.. Panjat je tangga taraaa nampak Eiffel Tower ! Ahaa pertama kali jejak negara Perancis ni, dan akhirnya menara paling gah yang disebut-sebut orang tu dah pun ada di depan mata.. mana tak excitednye kannn.. ahahaha.. tipulah kalau tak excited kannn...
Oh ye.. kami tak terus ke Eiffel Tower masa ni.. Kami ambil angin dulu di jambatan PONT DE BIR HAKEIM... Salah satu lokasi popular kat sini.. Orang datang sini sebab nak jalan jalan cuci mata, ambil angin je.. Penduduk tempatan pulak banyak berbasikal kat area sini.
Ahaa ini ruang tengah Pont De Bir Hakeim ni. Orang duk lepak je kat sini. Tengok Eiffel dari jauh.. just ambil angin.. dan jugak usha aku yang sibuk selfie guna GoPro. Hew hew hew.. Pelik benor dorang bila-bila aku duk hulur batang GoPro aku neh.. Mungkin dorang ingat aku nak keluarkan senjata kot? Huuu mintak dijauhkan !!!
Antara sebab kenapa Pont De Bir Hakeim ni femes ialah, jambatan ni merupakan salah satu lokasi untuk filem INCEPTION yang dilakonkan oleh hero Leonardo DiCaprio. Haa aku duk berdiri kat tengah tengah tu boleh laa feelingss ya amat dalam filem Inception uollsss !!
Selfie senget pun jadi lerr ye dakkk !!
Okay so far setakat kat sini okay lagi laa.. Takde apa yang menjengkelkan sangat. Keadaan sekitar bersih.. Kami terserempak dengan beberapa pelancong Malaysia dan sekadar berbalas senyuman. Gituuu.... Masa ni baru sampai kan... So perasaan tu masih melonjak-lonjak kegembiraan.. Masih lagi berbunga-bunga di hati. Haaa tapi kita tak tahu apa yang menanti kita ye dakk ? Makaa... tunggu sambungan kisah satu hari aku di Paris ya ! Muah ciked !
XOXO,
Putewi Hensem