Assalamualaikum…
Hari Isnin lepas aku telah mendapat undangan dari pihak Sunsilk untuk satu acara pelancaran program terbaru dari Sunsilk dengan kerjasama Astro. Undangan aku dapat menerusi Nuffnang. Thank you Nuffnang ! Masuk je Flora Terrace kat Hampshire Place tu, kemain haa terpaku kejaplah tengok deko kat dalam tu, penuh je bunga bunga di atas kepala.. dah macam majlis perkahwinan. Tema memang sweet je…
Thank you Samantha from Nuffnang for the company (in the middle) ! Dan turut berada di sana ialah blogger dan usahawan terkenal R Nadia Sabrina.. yeayyy !
Majlis dimeriahkan dan diacarakan oleh pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya. Hee I like her, a lot ! She’s bubbly and funny !
Jadiiii.. masa yang ditunggu telah tiba ! Pihak Sunsilk telah melancarkan program TV yang dinamakan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” dengan kerjasama Astro. Menurut Sylvie Ting (Pengurus Jenama), rancangan ini akan memberikan platform kepada para gadis berhijab di luar sana untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang yang diminati.
Lebih info mengenai rancangan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” :
- Sunsilk begitu komited untuk memperkasakan wanita berhijab dalam mencapai impian dan berkongsi kisah mereka.
- Sunsilk telah memilih TIGA (3) orang role model untuk membimbing TIGA (3) gadis berhijab yang bakal terpilih untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang masing-masing.
- Mentor Najwa Latif akan membimbing protégé terpilih dalam bidang muzik.
- Mentor Melissa Saila akan melatih protégé yang terpilih untuk mencapai cita-cita dalam bidang perfileman.
- Mentor Khairunnisa Kasnoon (pembaca berita Astro Awani) akan membimbing protégé untuk bidang kewartawanan.
- Ketiga-tiga peserta akhir TIDAK bersaing, masing-masing akan melalui pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.
- Perjalanan ketiga-tiga gadis berhijab yang terpilih akan disiarkan menerusi Astro saluran 104 (Astro Ria) dan 501 (Astro Awani) bermula 14 Oktober 2015, setiap hari Rabu, Khamis & Jumaat jam 8.30 malam.
Khairunnisa Kasnoon dan Khairunnisa Aminullah ! Haha ! Thank youuuu ~
BAGAIMANA NAK SERTAI RANCANGAN “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” NI ??
- Mencari gadis berhijab berumur 18 hingga 29 tahun
- Penyertaan dibuka dari 11 Ogos 2015 hingga 6 September 2015
- Penyertaan boleh dihantar melalui laman web http://www.astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk
- Atau boleh mendaftar di dua acara pengambilan sepanjang siri jelajah “Kecapi Impianku bersama Sunsilk”
- Setia City Mall pada 22 0gos 2015, 5pm – 6pm
- Putrajaya Alamanda Mall pada 29 Ogos 2015, 5pm – 6pm - Jika korang datang ke siri jelajah ni, korang akan berpeluang bertemu dengan mentor-mentor yang akan turut serta semasa siri jelajah ni ! Yeahuuu.
Entry diakhiri dengan selfie bersama mommy blogger yang comel sangat yakni Yuyu Zulaikha !!!
Baiklah kepada gadis gadis hijabi yang ingin menyertai rancangan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” ni… boleh lah hantarkan penyertaan ke laman web atau pergi ke siri jelajah tauu ! Mana tau korang lah yang akan dipilih menjadi protégé nanti ? Haaa siapa tahu rezeki kita kan, yang penting dengan syampu Sunsilk, korang boleh tampil yakin dan segar sepanjang hari ! Jadi, jom sertai !
MORE INFO : https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia
XOXO,
Putewi Hensem