Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Bahana contact lens.

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Kepada semua pengguna contact lens TEGAR, ada satu kisah yang agak viral dengan ribuan share, dan akhirnya sampai ke news feed aku setelah seorang kenalan share di laman Fesbuk beliau. Jom kita baca dulu pengalaman dia ni…

 

lens 1

lens 2

lens 3

 

 

Sesungguhnya pengalaman ini mengingatkan kepada perkara yang pernah terjadi kepada aku lebih kurang dua tiga tahun yang dulu…

 

Aku pernah kena infection mata. Tapi tak sampai koyak macam mata saudari di atas ni.. Masa tu mata aku start rasa pedih and bila pakai contact lens magaddd bertambah pedih, mencucuk cucuk Macam kena jarum atau serpihan halus gitu.. . Mata pun asyik berair, serupa menangis tengok drama Korea gitu. Kemudian, bila pedih dan berair, mata jadi makin merah...

 

Lepas tu di sekeliling mata hitam aku ni ade lingkaran warna ungu gelap, macam LEBAM. Sakit sangat and it looks scary ! Tak sanggup nak tengok mata sendiri lama lama kat cermin. Lepas tu bila dah pedih apa semua tu, mata pun agak membengkak and sangat pedih walaupun nak kelip kelip mata. Tak boleh nak gosok mata bila rasa gatal ke apa. Hanya mampu gosok sloww slowww guna cotton bud. Urgghh seksa tau!

 

Went to the doctor, then doktor bagitahu pasal infection dan tanya contact lens macam mana aku pakai, dan berapa kerap aku pakai. Aku pun explain dengan jujur pada doktor tu, bahawasanya aku sangat suka beli contact lens yang korean korean tu. Memandangkan masa tu pun memang tengah trend gila pakai contact lens berwarna warni.. jadi aku pun join the bandwagon la katakan. And zaman tu memang tengah rajin review produk macam cosmetic lens ni kan.. so aku dapat banyak tajaan daripada penjual contact lens. Macam macam warna aku dapat, hijau.. coklat terang.. ungu.. pink.. biru.. semua aku pernah pakai dan review.

 

Dan aku pulak student je masa tu, jadi aku suka sangat beli contact lens yang korean apa semua tu, yang murah gila ! Aku pernah dapat beli contact lens dengan harga borong ! Sebab kegilaan terhadap contact lens masa tu, jadi sekali beli je aku amik beberapa pasang. Bila dah rasa lawa pakai contact lens, memang setiap hari aku pakai contact lens. SETIAP HARI walaupun sabtu ahad. Balik rumah pun sayang nak bukak contact lens, unless nak tido.

 

Lepas aku cerita semua kat doktor, memang kena ceramah kesihatan la citer dia. Aku dikuarantin daripada pakai contact lens selama setengah tahun iaitu 6 bulan. Tapi fobia punya pasal, hampir setahun jugak aku tak sentuh contact lens. Takut sangat. Tapi bila ada event atau time time yang nak kena pakai jugak, aku beli contact lens yang daily use tu. Lepas pakai 5 ke 8 jam, terus buang. Gitu…

 

IMG_0187Kalau photoshoot, jadi model kena jugak lah pakai contact lens kan ….

 

Aku share kisah aku ni bukanlah untuk menakut-nakutkan pemakai contact lens di luar sana. Cuma nya kita kena sangat berhati-hati. SANGAT. Kalau nak ikut apa yang disarankan saudari ni, pakai lah speck mata.. macam aku yang bekerja di dalam bidang yang memerlukan aku tampil di depan kamera, memakai cermin mata besar aku ni memang akan down kan keyakinan aku sebagai pengacara dan jugak ada masa tidak kena jugak nak memakai cermin mata. Nak buat LASIK ? Huuuu tak mampu deknon. Huhuu..

 

 

Baiklah… untuk mereka yang dilema macam aku ni, aku nak share sikit dengan korang beberapa tips :

 

1.JAGA KEBERSIHAN. Walaupun kita dah jaga bersih macam mana pun, this situation can occur at any time. But still.. Kita masih perlu memakainya dengan langkah berjaga-jaga terutamanya bab jaga kebersihan.

2.JANGAN TERLAMPAU KERAP / LAMA. Jangan lah setiap hari nak pakai contact lens. Bagi mata anda waktu lens-free. Dan bila pakai dalam satu hari tu, jangan lebih 8 jam gitu. Biasanya aku pakai lens, kalau dari pagi, petang tu aku dah cabut awal awal.

3.JANGAN BELI LENS SEMBARANGAN. Lepas kena infection dulu, terhapus sudah obsesi aku terhadap contact lens yang terlalu murah dan takde verification apa apa. Aku lebih senang beli di kedai optometris dan memilih jenama yang memang dah establish macam Freshkon dan Freshlook ke apa.

4. PEKA DENGAN TARIKH LUPUT. Biasanya contact lens boleh pakai dalam tempoh sebulan ke tiga bulan. Aku dah tak percaya contact lens yang boleh tahan sampai 6 bulan ke atas tu. Contact lens ni mudah kotor & koyak. So kalau yang sebulan punya lifespan tu, aku pakai dalam 20 hari je. Kalau yang 3 bulan punya lifespan, aku pakai dalam 2 bulan lebih gitu. Kalau mata dah start rasa pedih bila pakai contact lens, mungkin lens tu tak bersih atau dah menghampiri tarikh luput dia. So better tukar yang baru dan bagi mata anda rehat kejap sehari dua sebelum pakai lens baru.

 

IMG_1187

 

Seperti pengalaman saudari di atas tadi, doktor berpesan bahawa “Contact lens will harm your eyes, it’s just a matter of time..” Ye memang betul tu. Aku pun tak nafikan. Sebagai pengguna contact lens yang agak kerap penggunaannya, aku hanya mampu ambil langkah berjaga jaga ketika memakainya. Kalau tak pakai langsung macam tak boleh pulak kan since tuntutan kerja dan sebagainya..

 

Apa apa pun aku dah lama berazam untuk kurangkan pakai contact lens macam dulu dah… Pakai bila perlu sahaja… dan kalau rasa nak pergi kedai dekat rumah saje, tak payah pakai contact lens okay.. Sebab aku memang kenal beberapa orang yang ada habit pakai contact lens walaupun kat rumah saja ! Haaa kena kurangkan ye.. Apa apa pun semoga saudari di atas cepat sembuh matanya.. Yang lain tu, take care !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614