Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

6 Cara Untuk Lebih Konfiden dan Peluang Bertemu SHAHEIZY SAM

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh gituuu tajuk blog post ! Sebenarnya ramai tanya Nisa, bagaimana caranya nak meningkatkan confidence level atau tahap keyakinan diri. Mungkin mereka lihat tugas Nisa yang kena berada di hadapan kamera sebagai pengacara, vlogger dan juga blogger yang acap kali bergambar dan juga bertemu ramai orang.. jadi mereka lihat Nisa sebagai seorang individu yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

 

SEJUJURNYA ! Dulu Nisa tidak lah seyakin dan seberani ini… tetapi, ada caranya bagaimana untuk kita tampil dan kekal yakin dengan diri sendiri dan juga bila kita berhadapan dengan orang ramai ! Jom baca…

 

IMGL0687

1) KELILINGI DIRI DENGAN AURA POSITIF

Segala apa yang kita lakukan mestilah berperingkat. Jadi kita mulakan hari kita dengan sesuatu yang positif. Banyakkan senyum, baca buku atau lihat video yang membawa mesej yang positif. Jika ada dalam kalangan rakan rakan anda yang seringkali bersikap negatif, apa lagi sila jauhkan diri. Bukanlah Nisa suruh kalian putuskan persahabatan, tapi kurangkan bergaul dengan orang yang bersifat negatif 24 jam begini kerana nanti sikap negatifnya tu berjangkit pulak.

 

 

2) KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANDA

Bila kita tahu kekuatan atau bakat kita, kita boleh enhance kat situ. Sebagai contoh, Nisa sebagai blogger. Dulu Nisa tak tahu menahu mengenai blog, dan pada masa yang sama Nisa sangat meminati bidang penulisan. Abang Nisa kenalkan apa itu blog kepada Nisa dan sejak dari itu Nisa sentiasa meluangkan masa untuk update blog dan baca blog-blog lain, belajar teknik blogging dan sebagainya. Melalui blogging, Nisa kenalpasti kekuatan Nisa ialah penulisan. Jadi Nisa emphasize pada kekuatan Nisa tu dengan menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi and reach more people.

 

IMGL0755 - insta 2

 

3) JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BARU

Ini serupa juga dengan mencabar kemampuan serta kebolehan kita. Nisa ada mention kat atas kan, yang dulu Nisa bukanlah seorang yang yakin sangat. Tapi semasa Nisa sekolah tingkatan 3, cikgu Nisa mencadangkan Nisa menyertai pasukan bahas mewakili sekolah, walaupun masa tu Nisa takut sangat sebab takde pengalaman. But hey, kalau tak cuba mana pengalaman tu nak ada kan ? Alhamdulillah dengan mencuba menyertai pasukan bahas, Nisa asah skill bercakap di hadapan orang ramai.

 

 

4) JANGAN TAKUT DENGAN KRITIKAN !

Ahaaaa sebenarnya melalui kritikan lah kita mengetahui di mana kelemahan kita. Elakkan diri daripada menafikannya. Ya, memang tak semua kritikan itu disampaikan dengan cara yang berhemah. Jadi itu bergantung kepada bagaimana kita menerimanya. Tips Nisa ialah, dengar dulu apa yang orang kritik kita.. kemudian kita analisa kritikan mereka, kenal pasti di bahagian mana yang patut kita ubah atau improve. INGAT ! Kita bukan berubah sebab orang kritik kita, tapi kita berubah untuk kebaikan DIRI SENDIRI di masa hadapan. So chill okay :P

 

 

5) JANGAN TAKUT UNTUK BUAT SILAP !

Everybody makes mistake ! Jangan malu dan jangan takut jika anda buat silap. Sekiranya anda buat silap, BANGKIT dan cari JALAN PENYELESAIAN, jangan berduka lara terlalu lama di atas perkara yang sudah berlaku. Sekiranya anda terlalu memikirkan kesedihan, confirm akan semakin merudum lah tahap keyakinan. Dah tahu buat silap tu, cepat-cepat cari jalan penyelesaian, atau cara bagaimana nak menebusnya agar tampil lebih kuat di masa akan datang. Bila kita buat silap, kita kena berusaha bagaimana nak betulkan ia. Dari pengalaman, ia akan mengajar kita banyak perkara dalam hidup.

 

 

6) GO FOR YOUR DREAM !

Disebabkan keyakinan kita rendah, kita seringkali terlepas peluang keemasan dalam hidup kan ? Sama lah macam Nisa.. kerana terlalu nervous, Nisa pernah terlepas peluang menjadi pengacara televisyen, sedangkan itu lah impian Nisa selama ni ! Nak bersedih pun tak guna dah, apa yang Nisa lakukan sekarang ialah belajar lagi dan lagi untuk perbaiki kesilapan diri dan sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan lagi peluang dan rezeki untuk Nisa capai impian Nisa.

 

 

IMGL0730 - insta

7) SELESA DAN GEMBIRA DENGAN DIRI SENDIRI !

Ini paling penting. Please be happy with WHO YOU REALLY ARE. There’s no point for us to be fake or being someone else. Setiap individu adalah unik dan mempunyai personaliti tersendiri. Jangan takut untuk mencuba dan mengenalpasti imej serta gaya penampilan anda. Dan yang penting apa yang anda pakai buat anda rasa selesa untuk tampil di depan orang ramai. Contoh bagi yang bertudung tu, kebersihan dan kesegaran rambut kena jaga juga agar kita selesa dan nak ke mana-mana pun yakin je. Tak lah tergaru-garu haha.

 

 

Oh ya, bercakap mengenai CONFIDENCE, have you guys watched the webisodes called “Pelangi Cinta” on CLEAR Malaysia youtube channel ? I’ve watched it all, I’m so touched. Macam dalam video di atas ni, Sam konfiden je mendekati Juliana, seorang selebriti masyhur dan memuji kecantikan Juliana. Haa dari secebis keyakinan tu lah something bigger awaits for them both ! Ecewahh so sweet !

 

 

Episod akhir PELANGI CINTA. I criedddd watching this !

 

 

●  CONTEST OF CONFIDENCE !!

Dan di sini Nisa nak war-warkan kepada semua pembaca Nisa… siapa nak menang SESI MAKEOVER bersama CLEAR Malaysia dannn the best part is.. meeting Agent of Confidence CLEAR, iaitu SHAHEIZY SAM di dalam satu majlis hi tea yang sangat eksklusif !!  Di majlis ini nanti pemenang dapat lah bersua muka dengan Sam, berbual, ber-wefie dan minum petang bersama. Lagi lagi lepas makeover fuhh konfem meletop !

 

Jadi.. hanya SATU (1) pemenang bertuah yang akan Nisa pilih.
Apa yang anda perlu lakukan ialah jawab DUA (2) soalan di bawah. Nyatakan jawapan-jawapan anda di ruangan komen ya !

 

SOALAN 1
Nyatakan SATU (1) perkara atau benda yang buat anda rasa sangat konfiden !

SOALAN 2
Mengapa Sam menyerahkan kasut bola sepaknya kepada rakannya ?

A) Sam tidak mahu memakainya lagi.
B) Juliana tidak suka jika Sam memakainya.
C) Sam ingin mengorbankan karier bola sepaknya demi Juliana.

 

 

Syarat penyertaan :

1. Peserta mesti lah tinggal di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur. (Ini untuk memastikan anda BOLEH datang ke acara high tea bersama Shaheizy Sam sekiranya terpilih sebagai pemenang.) Namun jika anda tinggal di luar KL atau Selangor, anda masih boleh sertai contest ini, dengan syarat jika anda terpilih sebagai pemenang anda boleh hadir !

Tarikh majlis hi-tea : 29 Oktober 2015
Masa : 11 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Majestic Hotel, Orchid Room KL

2. Anda boleh komen sebanyak mana yang anda mahu dengan syarat – nyatakan SATU PERKARA yang buat anda konfiden dalam SATU KOMEN sahaja. Jika ada dua atau tiga perkara yang buat anda konfiden, sila komen dalam komen yang berlainan.

3. Sertakan alamat email anda (pastikan aktif) agar mudah Nisa hubungi anda sekiranya anda terpilih sebagai pemenang.

4. Contest akan berlangsung dari 19 hingga 24 Oktober 2015.

5. Pemenang akan diumumkan sebelum 25 Oktober 2015.

 

 

 

 

 

XOXO, Good Luck readers !
Putewi Hensem


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614