Assalamualaikum…
Wahhh sudah beberapa lama Nisa peram entry mengenai event ni ! Hahaa okay sorry yaa.. Busy sangat mengejar dateline itu ini sampai kan lupaaa haaa mana satu kena update dulu ni. Aiyarrkkk !!! Apa apa pun, pada sesiapa yang berminat nak baca kisah-kisah travel Nisa, boleh klik sini –> TRAVEL. Okay jom sambung kisah kafe comel ni !!
“Styled on a chic Parisian café with atmospheric pastels and Kitty's iconic pink, you will be transported to a world of sweet romance and sophisticated flavours.”
Seperti ramai yang sudah sedia maklum, HELLO KITTY GOURMET CAFÉ (HKGC) kini telah pun rasmi dilancarkan dan beroperasi di salah satu pusat membeli-belah terkemuka Lembah Klang iaitu Sunway Pyramid. Terletak di bahagian hadapan pusat membeli-belah tersebut, pengunjung perlu parking di dalam mall, kemudian berjalan turun ke Ground Floor, dan keluar di pintu yang berhampiran dengan H&M untuk ke kafe ini.
Terima kasih teramat sangat kepada crime partner untuk acara grand launching tempohari yakni sisNeyra Shazeyra yang sudi berkongsi suka duka, penantian dan meredahi lautan kereta semata-mata untuk sampai ke HKGC Sunway Pyramid ini. Muahahaa… Youknow what happened :P
Wahh teruja sebentar dengan kemunculan Hello Kitty ketika majlis pelancaran berlangsung. Tapi sayang tak sempat pula nak bergambar dengan karakter pujaan ramai ni. Kemunculannya cuma seketika, cukup menceriakan mata yang melihat.
Acara dimeriahkan dengan pengacara majlis yang petah dan sempoi. Oh ya, majlis bermula agak lewat berikutan dengan kesesakan jalan raya. Maklumlah, masa tu waktu puncak orang balik kerja.. Jadi trafik jem tu tak payah bayang la kan macam mana hehe.
Antara dekorasi unik di dalam HELLO KITTY GOURMET CAFÉ, Sunway Pyramid.
Sempat lahh berangan sepam dua muahaha. Maklumlah dekorasi café ni sangat sangat sweet.. semua serba pink, memang kena sangat dengan tema pakaian aku pada malam itu. Muehehe…
Antara hidangan bakeri dan pastri yang boleh pengunjung nikmati ketika datang ke HKGC ini ! Nyums nyumss… para sweet tooth mesti suka sangat dengan tempat ni ! Dah lah cantik, Lawa ni kalau instagram kan haha ! Makanannya pula alahai semua comel-comel dan kelihatan sangat lazat !
Apa ?? TAK SUKA DESSERT ?? Baiklah, tak mengapa, HKGC turut menawarkan hidangan makanan barat seumpama pelbagai jenis pasta, salad, steak, burger, sandwic dan bermacam lagi !! Pendek kata, HKGC ni bukan sahaja port lepak minum kopi sambil makan dessert, malah sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam. Jika ada yang nak buat private function pun boleh buat di sini !
Antara hidangan dan kopi serta teh panas yang kami nikmati malam itu. Memang layan betul makan-makanan di HKGC ni ! Atmosphere café ni pun best je. So girly, so chic.
Eh eh ade orang sekodeng pulak iols tengah nak pilih kek mana nak dimakan buat cuci mulut muehehee..
Usai minum teh minum kopi semua, kami pun duduk lah berborak-borak sikit lagi sebelum masing-masing angkat punggung untuk pulang ke rumah masing-masing haha. Syok lah lepak sini !
Eh eh terjumpa pula Cole kat acara ni.. I met him masa acara Air Asia Blogger Community 2nd Anniversary semasa di Bangkok beberapa bulan lepas. Tak sangka dia masih cam aku muahahaa.
Oh yaa… bagi kalian yang ingin melihat-lihat dulu apa yang best nak order kat HKGC ni, boleh lah ke laman web rasmi HKGC Malaysia di sini : http://hellokittygourmet.com.my/ . Di laman web rasmi ini kalian boleh usha menu penuh HKGC siap dengan harga sekali. Haa mudah kan ! Dah boleh plan dengan kawan-kawan dan keluarga nak makan di sini.
Bercakap mengenai keluarga dan kawan-kawan.. haa sekiranya korang nak datang ke sini secara berkumpulan, atau nak datang pada waktu-waktu yang istimewa buat korang, boleh reserve awal-awal ye ! Bagaimana nak hubungi HKGC atau nak online booking ? Sekali lagi, pergi sahajaaa ke laman web http://hellokittygourmet.com.my/ okay ? Mudah jee !
Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak HELLO KITTY GOURMET CAFÉ di atas jemputan untuk acara ini !
SEMUA GAMBAR DI DALAM ENTRY INI KHAS DARI :
PIXELSHUTTER STUDIO
XOXO,
Putewi Hensem