Assalamualaikum....
Hai haii.. terima kasih lahh kepada yang masih sudi membaca blog yang kejap ada entry, kejap takde entry.. Maklumlah, Nisa punya tugas hakiki yang lain.. jadi komitmen tu dah beralih arah, takde lah fokus kat blog sangat sekarang.. Tapi Nisa akan usahakan jugak edit video dan update blog semua ya ! Hahaha..
Baiklahhh.. ni nak cerita ni Ahad lepas yang boss aku tetiba decide nak buat outdoor activity. Tah kenapa tah la kan. Lepas tu, daripada decide nak pergi Broga, tetiba tukar ke Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu Selangor. Lagipun nak ke Kuala Kubu Bharu tu lebih dekat dari rumah boss di Rawang. So pagi-pagi Ahad tu kami patut berkumpul di Rawang seawal jam 7 pagi. Tapi disebabkan highway tutup untuk acara larian, jauh pulak Nisa kena pusing untuk guna jalan lain. Sabar je lah hehe...
Sebelum sampai ke Sungai Chiling tu, kami melalui sebuah kawasan empangan. Ni namanya Empangan Sungai Selangor, kawan Nisa kata lah. Hahaha.. Tapi kawasannya lawa, luas mata memandang gitu.. Ramai jugak yang berhenti di tepi jalan untuk mengabadikan gambar di sini.
Sampai di entrance Santuari Ikan Sungai Chiling, parking saja di tepi-tepi jalan. Ada jugak satu dua gerai di luar tu. Lepas tu, dari entrance, kena lah jalan sikittt untuk ke kawasan macam dalam gambar di atas ni.. Di depan ni ada tandas, surau, gerai jual makanan dan kaunter untuk mendaftar dan bayar. Bayaran masuk RM3 untuk setiap orang ya.. Di kawasan ni jugak ada tapak perkhemahan dan spot untuk picnic.
Berdekatan bahagian entrance yang Nisa sebut tadi ada spot untuk berkelas bersama keluarga, air di bahagian sini lebih selamat untuk kanak-kanak bermandi mana.
Kena melintasi anak sungai yang pertama ini dengan menggunakan jambatan gantung.
Selepas je jambatan gantung tu, so yeahh pengembaraan yang memakan masa lebih kurang 40 minit pun bermula ! Kena jalan di dalam hutan, ada kawasan yang berlecak, ada kawasan yang berbukit, berbatu... Pendek kata bentuk muka bumi sepanjang perjalanan ke waterfall tu berlainan laa..
Ada bahagian sungai yang kita kena redah dengan masuk ke dalam air.. ada yang kena lalu atas batang pokok macam dalam gambar di atas ni.
Haaaa masuk dalam air jangan tak masuk ! Ini baru sungai yang paras lutut je.. Ada yang paras atas sikit dari pinggang. Kalau budak-budak yang nak lintas memang memerlukan orang dewasa dukung lah kot. Beg Nisa pun Nisa junjung atas kepala tau.
Oh ye kat Sungai Chiling ni merupakan kawasan santuari ikan. Kita boleh beli makanan ikan masa nak masuk tu, Jinak sungguh ikan-ikan ni. Bila kita duduk diam kejap kat batu tu, beramai-ramai dia mai. Hahaha. Kalau baling makanan ikan atau roti, berebut-rebut dia makan. Kemainnn.. Teruja kejap aku. Rasa macam dikerumuni peminat pun ye jugak.
Baiklah.. setelah onak duri serta ranjau yang mencabar kami lalui.. sampai jugak kami di kawasan air terjun Sungai Chiling.. Haaa kemain ramai orang weyh ! Maklumlah hari minggu kan.. dah nak masuk waktu tengahari pulak tu.. Makin ramai laa datang nak membasahkan diri gituuu..
Kemain henpon boss Nisa boleh bawah masuk air tanpa rasa bersalah. Hahaha seronok la bergambau ye semua.. Dengan Nisa sekali kena masuk air nak ambilkan gambar dorang ni! Haha..
Haaa selfie time la uolss dengan kengkawan kesayangan. Bersama Arib (bestie di pejabat) dan sayang ku Arfianingrum Pujiastuti (panggil Arfi aja) yang merupakan editor Amanz Indonesia. Terbang jauh dari Jakarta ke Malaysia ! Yeahhhh..
Bagi lah chance kat sis nak berposing sepam dua di air terjun Sungai Chiling ni.. Bukan selalu sis merelakan diri meredah onak duri serta ranjau yang penuh mencabar untuk sampai ke air terjun ! Hahaha gurau je lah.. I have no problem at all kalau ada yang nak ajak jungle trekking.
Maka selepas hampir sejam bermandi-manda di dalam air yang mak aihh sejuk nyaaa... maka kami pun berjemur seketika di bawah terik matahari yang kian meninggi.. dan kami pun kembali ber-jungle trekking untuk kembali ke entrace kawasan Sungai Chiling.
Terima kasih team Amanz. Memang gila-gila semuanya. Bergelak je sepanjang trekking tu. Tak terasa jauh pun.. Bila dapat lak dengan orang satu kepala ni semua memang seronok sikit berjalan ke apa kan ! Haa pendek kata kalau nak buat short trip macam ni, travel ke.. pergi lah dengan orang yang kita kenal lama dan boleh masuk dengan gurauan kasar lagi menusuk kalbu kite. Hahaha... Tak sabar nak tunggu aktiviti Amanz Outdoor seterusnya !
XOXO,
Putewi Hensem