Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

NISAKAY KE KOREA 2016 | Air Asia X ft KTO (Part 1)

$
0
0



Assalamualaikum..


Buat kali ketiganya, Nisa menulis kembali blogpost ini dari mula, dari zero.. sebab blogpost yang dah simpan dalam draft hanya tinggal tajuk... semua yang lain HILANG. BLANK. POOFF.. NADA. Hurmmm down nya rasa ! Dah la nak kena submit pada klien ! Ni kena taip laju-laju pulakk.. Okay takpe, dugaan niiii.....





Okayyy move alonggg.... Sebenarnya Nisa nak share kepada semua mengenai perjalanan Nisa ke Korea pada bulan April yang lalu.. Trip ini dibawakan khas oleh Air Asia X dan Korea Tourism Organization (KTO). Haaa seronok sangat dan bersyukur teramat sangat bila dapat panggilan mengenai tawaran trip ni tau. Masuk tahun ni, kali ketiga dah Nisa jejakkan kaki ke bumi K-pop tersebut. Yang best nya, ketiga-tiga trip Nisa berlangsung pada bulan April ! 


Okay untuk mengetahui lebih info mengenai penerbangan Air Asia X ke Busan, Korea.. uolss boleh rujuk blogpost ini ya ! Nisa sertakan juga secara ringkasnya jadual kami sepanjang kami di Korea. Mungkin boleh dijadikan sebagai panduan serba sedikit. Harap bermanfaat ya !





Bebunga cherry blossoms yang "menyambut" kehadiran kami ke Busan. Sangat cantik menghiasi jalan-jalan di sini !



Baiklah.. to cut it short, penerbangan kami bermula sekitar jam 1 pagi ! Haa memang tidur sajalah di dalam kapal terbang kan. Jadi kami sampai di Gimhae International Airport, Busan sekitar jam 7 ke 8 pagi macam tu. Semua muka basi lagi haha ! Tapi kami segera cuci muka dan mekap lawa-lawa di dalam toilet. Siap tukar baju hokeh ! Dan kami pun terus menaiki bas yang tersedia untuk terus ke bandar Daegu, Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Daegu merupakan bandar keempat yang terbesar di Korea Selatan tau !






Sepanjang 6 hari kami Korea, kami juga akan diiringi oleh seorang pemandu pelancong. His name is Spencer. Semasa perjalanan bermula, beliau menerangkan serba sedikit info mengenai kawasan-kawasan yang bakal kami lawati sepanjang minggi tersebut. I like him ! Good sense of humor, caring and also got lots of information about places we're about to go.





Lokasi pertama ! Kami singgah makan tengahari di Restoran Ulleungdo Haemultang (울릉도 해물탕), Daegu. Haa kemain tau nama dia ! Kalau Google nama ni akan jumpa.





Ini adalah antara hidangan yang kami makan di restoran tersebut. Jangan risau ye semua, untuk makanan yang halal.. yang pork free dan alcohol free, kalian cuma perlu hubungi pihak restoran terlebih dahulu dan boleh buat reservation dan pre-order makanan gitu.. Jadi makanan kami ni semua bertemakan seafood, nasi, sayur-sayuran dan sup sahaja. Sedap pun sedap !





Kami dibawa pula ke Suseong Lake, lokasi di mana kami menyaksikan pepohon cherry blossoms yang sedang mekar dengan cantik sekali di sepanjang tasik ini ! Ya Allah pertama kali tau menyaksikan bunga yang sedang berkembang indah macam ni depan mata ! Sangat teruja, sikit lagi nak melompat keluar dari bas haha !





Dan aku pun mulalah menghayati babak-babak drama Korea di saat aku melangkah perlahan di bawah bebunga cherry blossoms ini. Mood yang sangat romantik, nyaman dan indah. Gitu. Satu pengalaman yang sukar digambarkan dan juga pengalaman yang harus dialami oleh semua pelancong kalau ke Korea ! Musim bunga memang best sebab cuaca pun agak baik.






Selesai berangan di bawah rimbunan cherry blossoms, kami di bawa pula ke Seomun Market. Market ini dari luarnya mungkin bagi anda tiada apa, ye lah anda boleh lihat kedai-kedai barangan serbaneka, barangan lama dan barangan rumah. Tapi jangan kecewa dulu, anda masuklah ke bahagian dalam.. wallah ! Serba serbi ada ! Ada barangan rumah, pakaian, aksesori wanita, deretan gerai makanan aneka jenis dan banyak lagi !





Sekitar Seomun Market ini terdapat beberapa buah bangunan (plaza) yang di dalamnya seperti kompleks membeli-belah. Ada satu bangunan tu semuanya jual hanbok (pakaian tradisi masyarakat Korea). Di sini anda boleh menempah persalinan hanbok mengikut citarasa anda. Ini bermakna anda boleh tempah mengikut warna, material dan ukuran anda sendiri.





Nisa dan rakan-rakan blogger yang lain melangkah pula masuk ke plaza yang lain. Wahh di hadapan kami berderet-deret kedai-kedai pakaian (wanita terutamanya). Haa teruja betul kami ! Bersusun-susun koleksi pakaian yang sangat up-to-date di Korea, dengan pilihan warna yang menarik dan bermacam stail ! Harga pulak berpatutan, di sekitar 10,000won ke atas. Jadi kenalah pandai pilih ! Ini mungkin lokasi yang anda tidak mahu lepaskan untuk membeli belah pakaian ya !






Lokasi seterusnya merupakan antara tarikan popular di Daegu… iaitu E-World Daegu. Haaa apa dia E-World ni kan ? Di bawah ni ada sedikit info mengenai E-World Daegu yang Nisa dapati dari website Visit Korea :
  • E-World (formerly Wooband Tower Land) is a theme park built around Woobang Tower (Oct. 1987).
  • The area around the tower was remodeled as a European-style park and opened to the public in March 1995. 
  • It features a waterfall, fountains, lighting displays, and flowers, as well as rides, exhibition and performance halls, and restaurants. 
  • E-World has several plazas characterized by different themes; major plazas include Entry Plaza (at the park entrance), Central Plaza, Children’s Plaza (playground), and Young Town Plaza.

Dari bawah tadi kami terus ke menara di atas bukit menaiki kereta kabel. Pemandangan keseluruhan E-World boleh dinikmati dari atas, dan anda akan dapat lihat pepohon cherry blossoms yang menghiasi sekitarnya. Sangat cantik tau ! Terpana kejap akan keindahan bunga-bunga di sini, langsung terlupa yang Nisa ni gayat naik kereta kabel ! Hahaha...




Turun dari kereta kabel, kami berjalan menuju ke 83 Tower, antara tarikan yang ada di dalam kawasan E-World ini. Haa tinggi nau nau !! Menara ini tingginya 202 meter (312 meter dari paras laut). Wahh macam kelas geografi pulak dah haha.. Di bawah ni sedikit info mengenai harga tiket masuk ke E-World dan juga 83 Tower.



HARGA TIKET MASUK

[Individuals] 
Admission ticket (E-World+Free performance) : 
 Adults 16,000 won / Teenagers 10,000 won / Children 9,000 won   

Free Pass (E-World / 83 Tower + Free performance + Rides/Tower) : 
 Adults 33,000 won / Teenagers 29,000 won / Children 24,000 won   

[Nighttime discounted fare]  
Free Pass (Admission to Park + free performance + rides) :  
Weekdays 18,000 won / Sat, Sun & National Holidays 18,000 won 
* Adults, Teenagers and children pay the same rate.   

[People with disabilities & Men of national merit]  
Free Pass (E-World / 83 Tower + Free performance + Rides) :  
Adults 16,500 won / Teenagers 14,500 won / Children 12,000 won


Info lengkap boleh didapati di laman web Visit Korea (KLIK DI SINI)





Selain daripada menikmati pemandangan sekitar bandar Daegu dari observatory deck di 83 Tower, antara tarikan lain yang anda boleh kunjungi ialah Euroseum Art Gallery. Euroseum ini terletak di bahagian bawah 83 Tower. Haa kira macam trick eye museum lah tempat ni..




Antara gambar yang sempat diambil. haha. Banyak lagi sebenarnya.. tapi malas nak spam dalam satu blogpost, karang sampai esok pun uols tak habis baca hak hak !! Haa kiranya selepas seharian, kami akhiri hari pertama kami di Korea dengan aktiviti santai seumpama ini.. 





Sebelum pulang, kami berjalan kaki turun ke bawah dan nikmati pemandangan malam yang sangat indah dan romantik di sini. Wahh dah macam taman khas untuk pasangan bercinta la pulakkk... Sis taa kuadd... !! Tapi memang syok jugak lah layan perasaan nikmati suasana malam di sini, berlampu-lampu mengingatkan Nisa to our very own iCity in Shah Alam. Gituuu... Tapi di sini definitely a different feeling lah kan... 



I dont really have pictures untuk bahagian last-last sebelum balik tu.. But I think I managed to record some videos. Do watch and enjoy ya!




Sekian hari pertama di Korea. Kami pun segeralah pulang ke hotel untuk merehatkan diri dan bersedia untuk aktiviti pada hari seterusnya. Oh ya, malam yang pertama ini kami stay di Hotel Interbulgo Daegu. Maaf lah memang takde gambar sekitar hotel nak share.. Hehee apa-apa pun stay tuned for a series of blogpost mengenai trip Nisa ke Korea bersama Air Asia X dan KTO ya !










Viewing all articles
Browse latest Browse all 614