Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

TRAVEL | Day 1 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun

$
0
0



Assalamualaikum..

Teruja dan sangat teruja pulak nak kongsi dengan kalian pengalaman Nisa menjalani trip bertemakan Muslim di Jepun. Bagi pembaca yang sudah mengikuti Nisa di Instagram, kalian mesti maklum yang mana Nisa sebelum ini sudah pun menjejakkan kaki ke Osaka dan Tokyo, Jepun. Untuk trip kali ini syukur alhamdulillah Nisa berpeluang ke Kyushu pula. Untuk kisah suka duka sebelum nak sampai ke Jepun ni, marilah tengok vlog Nisa (klik di sini).





"Kyushu adalah pulau ketiga terbesar di Jepun, terletak di barat daya pulau utama Honshu. Sebuah pusat awal tamadun Jepun, Kyushu menawarkan banyak khazanah bersejarah, bandar-bandar moden dan keindahan alam semula jadi." - (sumber : Japan Guide)




Kami tiba di Lapangan Terbang Fukuoka sekitar jam 8.15 pagi. Setelah selesai urusan imigresen, menyegarkan diri di tandas dan bertemu dengan pemandu pelancong kami, Encik Ryoma Miyoshi, kami terus mengambil teksi dan menuju ke Hakata Station. Di Hakata Station, kami singgah di kedai makanan Jepun untuk membeli makan tengahari di dalam keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen nanti. 



Sementara yang lain memilih bento sebagai juadah tengahari, Nisa senang memilih Onigiri Salmon untuk memenuhkan perut yang lapar ! Okay sebenarnya Onigiri tu sedap sangat. Menyesal pulak tak beli lebih, hahaaa... !




Tidak lama kami menanti di platform, keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen datang menghampiri. Fuhh teruja la kejap dapat naik bullet train yang diperkatakan ramai tu.. Boleh rujuk balik peta yang Nisa sertakan di awal entry tadi untuk lihat laluan keretapi ini di Kyushu. 




KYUSHU SHINKANSEN : 
  • Tiket dari Hakata Station menuju ke Kagoshima-Chūō Station bernilai 10,450¥ 
  • Dengan menaiki bullet train ini, perjalanan biasa yang memakan masa hampir 3 jam dipendekkan menjadi lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja.
  • Suasana keretapi yang sangat selesa, luas dan bersih.
  • Tempat duduk yang besar dan sangat selesa, ruang kaki luas dan mempunyai tray hadapan..





Kami tiba di Kagoshima-Chūō Station dan terus menaiki kenderaan yang disediakan menuju pula ke Sengan-en Garden. Teruja sungguh kami disambut dengan budi bahasa dan senyuman manis pekerja di sini. Mereka sangat peramah dan berusaha berbual dengan kami menggunakan Bahasa Inggeris asas.




"Sengan-en merupakan sebuah taman tradisional Jepun yang menjadi warisan dalam kalangan puak Shimadzu selama lebih 350 tahun. Taman ini menawarkan pemandangan gunung berapi aktif Sakurajima, dan terdapat rumah tradisi yang memberikan gambaran gaya hidup dengan pegangan feudalisme yang kuat." - (sumber : www.senganen.jp)





SENGAN-EN GARDEN :
  • Waktu operasi - 8.30 pagi hingga 5.30 petang (dibuka sepanjang tahun)
  • Bayaran masuk - 1000¥ untuk dewasa dan 500¥ untuk kanak-kanak (7 hingga 15 tahun)
  • Bayaran masuk beserta pemandu pelancong - 1600¥ untuk dewasa dan 800¥ untuk kanak-kanak
  • Alamat : 9700-1 Yoshino-cho, Kagoshima City, Japan 892-0871
  • Jika anda check-in di Sengan-en Garden menerusi aplikasi Facebook, anda akan menerima free gift
  • Like Facebook page Sengan-en untuk informasi mengenai acara menarik yang akan datang
  • Berpeluang mengambil gambar berlatarkan gunung berapi Sakurajima
  • Mengandungi pelbagai lokasi menarik di sekitar taman yang luas ini (rujuk di sini



Setelah puas menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi di sekitar Sengan-en, kami teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Namun begitu, segera kami minta pemandu memberhentikan van di look-out point tersedia untuk kami menikmati sedikit masa lagi pemandangan laut dan gunung berapi Sakurajima.



SAKURAJIMA 
  • Antara gunung berapi paling aktif di Jepun dan ianya masih aktif hingga ke hari ini.
  • Letusan terakhir berlaku pada 2013.
  • Masih ramai penduduk kampung yang terdiri daripada petani dan nelayan yang tinggal di kaki gunung Sakurajima.
  • Sakurajima boleh diakses menaiki feri dari Kagoshima Port ke Sakurajima Ferry Terminal dengan kos tambang 160¥
  • Terdapat banyak tarikan di sekitar terminal feri dan sekitar Sakurajima.





Para pelancong boleh ke Sakurajima dengan menaiki feri. Di sekitar terminal feri di Sakurajima pun ada banyak spot tarikan pelancong. Untuk maklumat lanjut, rujuk di sini : Japan Guide : Sakurajima



Pic credit to : Emas Putih
Lokasi seterusnya : Kagoshima Masjed / Kagoshima Islamic Culture Centre




Walaupun populasi penganut agama Islam sangat kecil di Jepun, terharu rasanya perasaan ini bila lihat ada lokasi khas untuk mereka solat dan menjalankan aktiviti lain. Muslim di kawasan Kagoshima ini khususnya terdiri daripada warga Jepun, Malaysia, Arab, dan pelbagai lagi. Informasi lanjut mengenai KICC ini boleh ke laman web ini : KICC Kagoshima




Lokasi : Ibusuki Iwasaki Hotel

It's an early rest for everyone ! Alhamdulillah we went to our hotel for check-in, sand bath, dinner and sleep ! Haha. Uniknya hotel ini seumpama resort yang sungguh luas dengan pemandangan laut nan biru serta gunung berapi Sakurajima ! Hotel ini terletak di antara dua gunung berapi iaitu Sakurajima dan Kaimondake, jadi di dalam kawasan ini terdapat kolam air panas semula jadi untuk dinikmati pengunjung.




Sebelum makan malam, kami kunjungi pusat mandi pasir. Hahaha MANDI PASIR ? Yesss sand bath ye semua. Ini merupakan pengalaman Nisa buat sand bath ni, sebab tak pernah dengar mengenai sand bath ini. Kalau sum bath kat pantai tu tahu lah. Heheh.. Sand bath ini merupakan antara tarikan yang terdapat di hotel ini. Untuk lebih gambaran lanjut mengenai sand bath ini boleh tengok vlog di akhir entry ya.


SAND BATH @ IBUSUKI IWASAKI HOTEL
  • 30meter di bawah pasir ini terdapat kolam air panas semulajadi yang menjadikan pasir tersebut panas.
  • Cas untuk sand bath ialah 1000¥ 
  • Sand bath dibuka bermula jam 5.30 pagi hingga 11.00 malam.
  • Pengunjung perlu menukar kepada pakaian yang disediakan (seperti dalam gambar di atas), dan barangan anda boleh disimpan di dalam lokar yang disediakan.
  • Setiap sesi sand bath adalah selama 15 minit dan pengunjung boleh berendam di dalam kolam air panas, seterusnya membersihkan diri di bilik air disediakan.
  • Untuk senarai kebaikan sand bath ini, klik di sini




Terima kasih kerana sudi baca perjalanan Nisa di Kyushu Jepun ! Jumpa lagi di entry seterusnya !






Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.