Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

TRAVEL | Day 2 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun

$
0
0



Assalamualaikum..

Fuh fuhh selaju mungkin Nisa cuba siapkan blogpost mengenai perjalanan di sekitar Kyushu, Jepun. Kalau lambat-lambat nanti sampai tahun depan pun belum tentu update, ye dak ? Hahaha.. Baiklah marilah kita teruskan cerita. 

Alkisahnya usai kami bangun tidur dan sarapan, kami check out dari Ibusuki Iwasaki Hotel dan terus menuju ke lokasi tertera di dalam gambar di atas. Walaupun pagi itu agak sejuk kerana hujan dan angin kuat, tapi tidak langsung mencacatkan trip kami. Malah kami enjoy angin dingin!





NAGASAKIBANA, CHIRAN

  • Sebuah tokong kecil yang mengadap lautan dengan gunung berapi Kaimondake sebagai pemandangan indah
  • Terdapat beberapa patung penyu di sekitar tokong ini
  • Dikaitkan dengan kisah dongeng di mana terdapat sebuah istana di dasar laut dan didiami oleh seorang puteri (baca kisah penuh di sini)





Pengunjung atau penduduk tempatan biasanya akan datang ke sini untuk berhajat atau "make-a-wish" . Bayaran akan diletakkan di dalam tabung yang disediakan, kemudian mereka akan menulis nama atau hajat mereka di atas cengkerang yang tersedia. Tempayan-tempayan besar yang ada di tokong ini penuh dengan cengkerang yang mengandungi ucapan / hajat / nama pengunjung.





CHIRAN PEACE MUSEUM FOR KAMIKAZE PILOT

  • Dibuka bersempena mengingati para pejuang berani mati ketika Perang Dunia Kedua.
  • Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Cas masuk : 500yen (sumber : Japan Guide)
  • Para pejuang terdiri daripada warga sekitar Kyushu dan juga lain-lain kawasan.
  • Mempamerkan gambar-gambar juruterbang berani mati, surat akhir mereka dan pelbagai barangan peribadi yang didermakan oleh ahli-ahli keluarga mereka.




Muzium ini terletak di atas tapak pengkalan udara dari mana juruterbang berlepas untuk misi akhir mereka. Muzium ini menampilkan sisi personal setiap pejuang berani mati, mempamerkan barangan peribadi mereka yang dikongsi oleh ahli keluarga. Bahagian kegemaran Nisa, membaca surat akhir pejuang-pejuang ini buat insan tersayang mereka. Sungguh menyentuh perasaan. 




Seterusnya... Kami teruskan perjalanan ke Chiran Samurai Residence yang terletak tidak jauh dari Chiran Peace Muzium. Cuaca yang agak baik sebelumnya bertukar hujan, namun begitu Nisa rasa hujan tersebut memberikan kami "a very good feeling". Haa kenapa ? Sebab anginnya tak sejuk tak panas. Sesuailah dengan kami yang perlu berjalan-jalan di sekitar Samurai Residence  ni. Kalau panas nanti berpeluh pulak, lagi tak selesa ye dak ?




CHIRAN SAMURAI RESIDENCE 
  • Menampilkan kawasan tempat tinggal samurai yang dipelihara, lengkap dengan landskap dan rumah-rumah yang berusia sekitar 250 tahun.
  • Kawasan ini merangkumi penempatan samurai sepanjang 700 meter.
  • 7 buah taman yang indah dibuka kepada para pengunjung. 
  • Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (dibuka setiap hari)
  • Caj masuk : 500 yen (sumber : Japan Guide)



Kami dibawa ketujuh-tujuh kediaman samurai untuk melihat gaya hidup mereka, dan yang terutama sekali lanskap taman mereka. Apparently, setiap rumah samurai mempunyai taman masing-masing. Setiap taman pulak memang kaya dengan kehijauan dan mempunyai maksud tersendiri. Namun persamaannya, taman-taman yang dihias di setiap kediaman pasti menggambarkan alam semulajadi seperti gunung, hutan, bukit-bukau, pulau dan lautan. Unik bukan ! This is definitely my favorite spot  from the trip!




Hujan-hujan ni kami dibelanja pula dengan teh hijau panas-panas dan manisan tempatan. Basically manisan tu diperbuat menggunakan tepung, gula hitam dan beberapa bahan lain (yang semestinya orang Muslim boleh makan). Manisan pun lembut, masih panas dan lembut sangat alahaiii, sedap nya ! Kena pula dengan teh hijau panas yang ada rasa pahit-pahit sikit tu. Pergghh perfect match !




Amboi semua dah kenyang perut lepas makan tengahari, maka kami memilih untuk mengadakan sesi "photoshoot" di tengah-tengah jalan di hadapan restoran ini ! Haha sempoi je kan. The thing is when it comes to travelling, every corner of a certain place can definitely be your photo spot ! Pohon-pohon yang tinggal ranting ini sebenarnya pohon sakura. Bayangkan kalau musim ia berbunga lebat !







Selepas masing-masing kenyang, kami teruskan pula ke lokasi seterusnya iaitu Karukan Factory - sebuah kilang membuat barang perhiasan kaca. Lokasi ini agak mengujakan bagi Nisa kerana kami masing-masing berpeluang belajar asas seni memotong kaca (glass cutting). Pada mulanya Nisa macam takut-takut nak cuba, memandangkan mesin tersebut nampak menakutkan. Tetapi, mesin memotong dan mengasah kaca tersebut tidak tajam langsung, cuma perlu berhati-hati agar tidak terkena kuku / benda keras (contoh : cincin atau gelang).




Melalui pengalaman Satsuma Kiriko (kaca) ini, Nisa lebih menghargai barangan yang dibuat menggunakan daya kreativiti dan buatan tangan (handmade) kerana produk seperti ini TIDAK MUDAH untuk dihasilkan dan sungguh memakan masa. Pelbagai jenis barang perhiasan dihasilkan melalui proses ini. Selain gelas minuman pelbagai motif, pelbagai aksesori turut dihasilkan.




Haa tak pasal boleh jadi model Satsuma Kiriko ni ! Cincin yang sangat stylo dan pin yang boleh digayakan dengan pelbagai cara, termasuk memakainya di tudung.


SATSUMA KIRIKO (GLASS) MAKING EXPERIENCE

  • Pengunjung berpeluang mempelajari asas mengasah dan memotong kaca menggunakan mesin yang tersedia.
  • Pengunjung berpeluang membeli barangan perhiasan pilihan mereka (custom made) 
  • Boleh juga beli barangan yang sudah siap dihasilkan dan dipamerkan di ruang galeri Satsuma Kiriko.
  • Rujuk sejarah dan sumber pengaruh penghasilan Satsuma Kiriko di sini.
  • Caj masuk & sesi membuat Satsuma Kiriko : 6000yen
  • Membuat perhiasan Satsuma Kiriko (customized) : 15000yen





Alhamdulillah we had great food and great company for the night ! We had two officers from Minamikyushu Tourism Department joined us for dinner. Thank you so so much for the welcome gift too ! Untuk lebih info mengenai makanan di sini, baca blogpost ini.


Sekian hari kedua Nisa di Kyushu, Jepun. Semestinya highlight untuk trip hari kedua ini ialah lawatan ke Chiran Samurai Residence dan jugak pengalaman membuat Satsuma Kiriko. Jumpa lagi di blogpost akan datang !







NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614