Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

TRAVEL | Day 3 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun

$
0
0



Assalamualaikum..

Konichiwa !! Wahh feeling gadis Jepun sangat Nisa tau ! Hahaha... Untuk hari yang baru ni, selepas sarapan dan check out dari hotel, terus kami ke lokasi seperti tertera di atas. Sungguh luas dan cantik senibina Kirishima Shrine ni ! Okay sedikit kisah mengenai Kirishima Shrine ini... 

Kuil-kuil dahulunya dibina untuk memuja gunung dan amalan ini bermula pada abad ke-enam lagi. Asalnya, Kirishima Shrine ini terletak di kaki gunung Takachiho-no-mine yang dianggap suci namun kerap kali ia musnah di dalam kejadian letusan gunung berapi. Justeru, lokasi kuil ini dipindahkan ke lokasi kini. Pembinaan semula dilaksanakan pada 1715 dan telah diiktiraf sebagai "Important Cultural Property of Japan" - (Sumber : laman web JNTO)





Bagi pengunjung tempatan yang datang ke sini untuk berhajat, biasanya mereka akan membersihkan kaki, tangan. berkumur sebelum masuk ke dalam kuil. Memandangkan Nisa cuma datang untuk menikmati keindahan senibina dan budaya orang Jepun, maka tidak lah Nisa nak membasuh kaki tangan beria-ria.. Bukan nak masuk ke kuil ye dak ? Haha.. Tapi memang segar kalau basuh muka guna air ni, sejuknya.. Air gunung kah ?





KIRISHIMA SHRINE

  • Kuil yang dibina dahulunya untuk memuja gunung. Orang dahulu kala percaya gunung-gunung adalah tempat suci.
  • Setiap kuil pasti mempunyai sebatang pohon lama yang sangat tinggi dan besar, dan ia dianggap pohon suci.
  • Alamat : 2608-5 Kirishima-taguchi, Kirishima City, Kagoshima
  • Caj masuk : Percuma 
  • Terdapat kedai di luar kawasan kuil. Kuil terletak di kawasan tinggi, angin dan suasana sangat nyaman jika cuaca baik.
  • Terdapat review mengatakan anda perlu elakkan musim tahun baru kerana kuil ini akan dipenuhi oleh pengunjung yang ingin berhajat.




Satu lagi tarikan di Kumamoto ialah river cruise. Haa bukan cruise mewah kapal empat belas bintang ya. Pengunjung berpeluang menaiki bot tradisional yang tidak menggunakan enjin ! Yaa bot ini hanya ditolak menggunakan kemudi kayu yang berada di hujung dan di depan bot. Unik bukan !




KUMA RIVER DOWNSTREAM EXPERIENCE
  • Menikmati pemandangan di sepanjang Kuma River sambil menghirup udara segar dan menyentuh permukaan air yang sejuk.
  • Tiket boleh dibeli di kaunter dan pengunjung perlu menunggu waktu yang ditetapkan untuk naik ke bot.
  • Tiket boleh dibeli secara berkumpulan.
  • Perjalanan memakan masa selama 1 jam.
  • Terdapat bahagian sungai yang agak deras dan cetek jadi ada masanya bot akan bergoyang-goyang mengikut arus.
  • Selamat dinaiki oleh kanak-kanak juga.


Pic credit to : Lan Careno
Air sungai yang tenang dan sejuk, udara segar dan nyaman, pemandangan hijau di sisi sungai, waktu berkualiti bersama rakan blogger... Banyak perkara yang menjadikan trip ini lebih bermakna. Gitu.




SHOPPING ARCADE




Kalau nak tahu, di sekitar Jepun memang banyak shopping arcade seperti ini. Shopping arcade ini merupakan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Ada kedai serbaneka, Ada kedai jual baju, kasut.. kedai kopi.. kedai barangan kecantikan dan banyak lagi. Setelah check in hotel, kami masih punya banyak waktu sebelum makan malam. Sempat juga Nisa membeli-belah sedikit HAHA ! 


Kami akhiri hari kami dengan makanan yang sungguh meriah, sedap dan mengenyangkan. Seperti yang Nisa katakan tadi, seakan-akan ternanti-nanti pula bila tiba waktu makan. Makanan Jepun bukan sahaja sushi dan udon tau ! There are more than that ! Makanan mereka pula banyak berasaskan nasi, sayuran dan makanan laut. Jadi takde masalah untuk kita makan. Baca blogpost khas mengenai hidangan Jepun di sini ya!



Stay tuned untuk blogpost seterusnya ! Terima kasih.



NISA KAY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614