Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

TRAVEL | Nisakay Ke Kyushu, Jepun : Hidangan Halal Jepun !

$
0
0



Assalamualaikum...

Istimewa blogpost ini akan menceritakan mengenai MAKANAN sahaja !! Yaaa.. makanan.. seringkali makanan menjadi isu utama apabila nak travel.. Lebih-lebih lagi kalau penduduk kawasan tersebut bukan majoriti Muslim. Tapi jika anda ingin melawat ke Kyushu khususnya, Jangan gundah-gulana ! Kerana dalam blogpost kali ini Nisa akan berkongsi senarai kedai makan dan makanan sepanjang kami di Kyushu.





◊ HARI PERTAMA ◊


Selepas tiba di lapangan terbang, kami terus menuju ke Hakata Station untukmenaiki Shinkansen Train menuju ke Kagoshima. Tapi sebelum itu, kami singgah di sebuah kedai yang menjual Bento dan juga Onigiri. Untuk membeli makanan di sini, anda hanya perlu bertanya jika seafood bento mereka mengandungi miring/sake (alkohol). Jika tidak, okay cun dah boleh beli !




Sementara yang lain memilih bento sebagai juadah tengahari, Nisa senang memilih Onigiri Salmon untuk memenuhkan perut yang lapar ! Okay sebenarnya Onigiri tu sedap sangat. Menyesal pulak tak beli lebih, hahaaa... !



Sementara makan malam pula, kami makan juadah buffet di hotel kami iaitu Ibusuki Iwasaki Hotel. Seperti biasa, anda hanya perlu mengelak dari mengambil daging dan makanan yang mengandungi bahan-bahan alkohol. Untuk makan malam, Nisa ambil pasta, udang dan sedikit salad.



◊ HARI KEDUA 


Setelah mengunjungi Chiran Peace Museum dan Chiran Samurai Residence (baca kisah hari kedua di sini), kami ke Restoran Chiran Paradise yang terletak berhampiran dengan Chiran peace Museum untuk makan tengahari. Nisa sangat sangat teruja ! Kenapa ? Sebab makanan mereka meriah sangat, rasa macam meraikan sesuatu festival je. Sangat menarik dan banyak.




CHIRAN PARADISE RESTAURANT
  • Lokasi : Chiran-cho, Kyushu City, Kagoshima
  • Hubungi mereka : +81-993-83-3211
  • Hidangan kami : Kanpachi (Greater Amberjack), Tempura, Green Tea Buck Wheat Noodles, Rice, Soup
  • Harga hidangan kami : 1620 yen
  • Nota : Makanan halal perlu ditempah terlebih dahulu. Sebelum hadir ke restoran, hubungi mereka dan nyatakan "Muslim Friendly Meal" untuk menempah.



Untuk makan malam pula, kami menuju ke pusat bandar Kagoshima pula untuk makan malam. Kali ini kami makan di restoran ramen Jepun yang mesra Muslim. Syukur alhamdulillah mereka ada menyediakan menu makanan Halal yang boleh kita pilih tanpa ragu-ragu.



Bagi yang mungkin tidak gemarkan makanan pedas atau yang membawa kanak-kanak, boleh lah order Soy Sauce Ramen yang tidak pedas langsung.. Manakala untuk Spicy Ramen, anda boleh memilih tahap kepedasan seperti yang tertera di menu.

MENYA KIRIN RAMEN RESTAURANT
  • Alamat : 1-10-5-2F Kamoike City, Kagoshima
  • Hubungi : +81-99-204-7331
  • Menu : Japanese Ramen Noodles (Spicy & Soy souce)
  • Harga : Bermula 800yen hingga 1500yen



◊ HARI KETIGA 


Perjalanan dari Kirishima Shrine tadi memakan masa beberapa jam jugalah kerana kami terus ke Kumamoto. Tiba di Kumamoto, sudah tiba pula waktu makan tengahari. Ini bahagian yang aku suka sangat sepanjang trip ni. Bab makan ! Kami sering dihidang dengan masakan tempatan yang enak-enak hinggakan apabila tiba waktu makan, seolah ternanti-nanti pula !




HIMAWRI TEI RESTAURANT
  • Alamat : 1880-2 Yaguro-cho, Hitoyoshi, Kumamoto
  • Hubungi : +81-966-22-1044
  • Menu (overall / detailed) : Pickled Vegetables, Tempura, Chawanmushi, Rice, Local Soup, Mayonaised paste, Yogult
  • Harga : 1620 yen
  • Tempahan makanan : Prior to visit, request the "Muslim Friendly Meal"


Credit to our tour guide, Mr Ryoma for this picture !
Bila senja mula berlabuh, perut pun dah lapar setelah bersiar-siar di sekitar kawasan hotel. Uniknya restoran kali ini, ruang-ruang makan terletak di tingkat bawah restoran. Terdapat beberapa bilik dan setiap bilik boleh memuatkan hingga 6 orang dalam satu masa. Makanan pula dihidang satu demi satu.



HIGO NO JINYA RESTAURANT
  • Alamat : 1-5-20 Shitadouri, Chuo War, Kumamoto
  • Hubungi : +81-96-211-1414
  • Menu (overall / detailed) : Marinated Vegetables, Sashimi, Salad, Grilled Halal Chicken, Tenpura, Cooked Vegetables, Rice, Desert
  • Harga : 3000yen
  • Tempahan makanan : They have a separate "Muslim Friendly" Menu



◊ HARI KEEMPAT 


Selepas berkunjung ke Wakuwaku-Za di Kumamoto Castle, kami dibawa ke Nikko Hotel. Haa biar betul driver ni turunkan kami di Nikko Hotel ? Rupa-rupanya disinilah lokasi makan tengahari kami. Wahh bukan selalu ni dapat makan tengahari fine dining ! Haa tiba-tiba masuk watak datin pulak !



Makanan boleh ditempah terlebih dahulu, sila maklumkan dengan jelas bahawa anda memerlukan makanan yang "Muslim Friendly" dan maklumkan juga bahawa anda tidak boleh makan daging / ayam / daging burung dsb. Bukan apa, risau nanti terdapat salah faham pula ketika menu sampai. Kerana pada pemahaman mereka "halal food" merupakan makanan yang bukan "pork" dan "tidak mengandungi alkohol" sahaja.


LES CELEBRITES @ NIKKO HOTEL
  • Alamat : 2-1 Kamidouri, Chuo Ward, Kumamoto
  • Hubungi : +81-96-211-1663
  • Menu (overall / detailed) : Full Course Menu
  • Harga : 3800yen
  • Tempahan makanan : Prior to visit request the "Muslim Friendly Meal"



Selepas kami menghabiskan waktu cuci-cuci mata, bila dah penat jalan-jalan (tak membeli pun), maka laparlah perut kan. Haha.. Kami ke restoran makanan halal yang menyediakan hidangan ala pakistan. Kalau order nasi macam kat dalam gambar, boleh kongsi dua orang agaknya kalau jenis tak makan banyak. Portion makanan agak besar dan mengenyangkan.


NABI-SAN RESTAURANT
  • Menyediakan hidangan Pakistani dan halal.
  • Alamat : 6-11-37 Hakozaki, Higashi Ward, Fukuoka City, Fukuoka
  • Hubungi : +81-90-4484-4020
  • Menu (overall / detailed) : Biryani Rice & Etc
  • Harga : 900yen - 1600yen
  • Tempahan Makanan : Restoran halal sepenuhnya





Sekian.... tamat sudah perjalanan Nisa ke Kyushu, Jepun. Alhamdulillah it was so much fun ! We had good laugh, good food and good places during these 5 days ! Syukur sangat sangat kerana berpeluang menjejakkan kaki lagi ke negara matahari terbit ni. Tak tahu macam mana nak ekspreskan rasa tu.. Teruskan membaca blog Nisa dan layari laman web Japan National Tourism Organization untuk lebih info mengenai tempat-tempat menarik sekitar Jepun ya !



NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614