Assamualaikum...
Haaa yess giveaway di blog Nisa Kay kini kembali !! Kenapa giveaway ? Sebab baru-baru ni Nisa dah buat giveaway di channel YouTubeNisa.. Jadi ramai juga lah yang kecewa bila tak terpilih sebagai pemenang.. Maaf yaa... Sukar untuk Nisa pilih pemenang.. semua komen yang bagus-bagus dan Nisa dah shortlist kan pemenang. Tapi sekali lagi, pemenang dipilih secara RAWAK.. So, siapa punya rezeki, maka nama dia lah yang terpilih.. Jadi, kali ini Nisa akan pilih seorang pemenang bertuah untuk memiliki hadiah di atas !
Okayy... Hadiah untuk giveaway kali ini merupakaneyeshadow palette 35O dari Morphe Brushes ni. Nisa dah ada satu palette ni, dibeli beberapa bulan lepas. Kenapa Nisa pilih palette ni sebagai hadiah? Sebab nya Nisa sendiri pengguna palette ni.. Eyeshadow nya berkualiti, dan highly pigmented, walaupun pada hemat Nisa jenama Morphe Brushes ini boleh dikira sebagai jenama luar negara yang famous dan affordable. Plus, warna-warna natural di dalam palette 35O ni sesuai untuk banyak jenis look dan juga banyak jenis warna kulit.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK SERTAI GIVEAWAY INI ?
1. Anda mestilah follower blog Nisa Kay.
2. Tinggalkan komen-komen di semua blogpost trip Nisa ke Kyushu, Jepun :
- Day 1 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun (klik link ini :https://goo.gl/7SiGbk)
- Day 2 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun (klik link ini :https://goo.gl/opPFl7)
- Day 3 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun (klik link ini : https://goo.gl/RF82kg)
- Day 4 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun (klik link ini : https://goo.gl/IwgcBf)
- Nisakay Ke Kyushu, Jepun : Hidangan Halal Jepun !
(klik link ini :https://goo.gl/qCzHCN)
P/S : Jangan komen yang mengarut ya.. mesti komen yang berkaitan dengan Jepun / pelancongan ke Jepun sahaja yang diterima.
3. Share salah satu blogpost trip Nisa ke Kyushu, Jepun yang paling anda rasakan menarik di laman Facebook anda, dan sertakan hashtag #GiveawayNisakay35O untuk Nisa check. Pastikan post tersebut "public" ya..
P/S : Anda boleh tinggalkan sebanyak mana komen yang anda mahu, tetapi mestilah yang berkaitan dengan Jepun / percutian ke Jepun sahaja ya.
BAGAIMANA PEMENANG DIPILIH ???
Nisa akan pilih secara rawak di bahagian komen, dan Nisa akan check dahulu sama ada anda memenuhi semua syarat di atas. Jika tidak memenuhi semua syarat di atas, maka Nisa akan pilih pemenang lain dan juga check sama ada penuhi syarat ke tak. Dah jumpa pemenang yang memenuhi syarat barulah Nisa akan announce di blog ya ?
BILA TARIKH TUTUP GIVEAWAY ?
Giveaway ini berlangsung bermula hari ini (27 Oktober 2016) hingga 3 November 2016 sahaja. Jadi, jom lah cepat-cepat klik link-link blogpost di atas dan tinggalkan komen anda !
SIAPA YANG BOLEH SERTAI GIVEAWAY INI ?
Penyertaan dibuka kepada semua orang yang mempunyai alamat pengeposan di Malaysia ya ! Dalam erti kata lain, kalau awak menetap di negara lain sekalipun, tapi awak ada alamat pengeposan di Malaysia (alamat rumah mak ke, rumah saudara ke, rumah kawan ke).. awak boleh sertai. Nisa hanya akan pos hadiah ke alamat Malaysia sahaja..
Jadii.. lelaki perempuan semua boleh join ya ! Kot lah kalau menang, boleh bagi dekat makwe ke, bini ke, besfren perempuan ke, adik or kakak ke.. Haa jom join ramai-ramai giveaway ini okay ! All the best semua !
NISA KAY.