Assalamualaikum...
Haa betapa sudah tertangguh-tangguh hajat di hati nak kongsi dengan pembaca semua mengenai perjalanan Nisa bersama beberapa rakan media ke sekitar Selangor ni.. Alhamdulillah baru ni haa ada kesempatan nak menaip dan ekspreskan semua yang Nisa dah alami di laman blog ni. Baru-baru ini Nisa sertai sebuah trip yang dianjurkan bersama oleh GAYA TRAVEL dan jugak TOURISM SELANGOR dan trip ini dipanggil Rentak Selangor.
Kenapa RENTAK SELANGOR ? Teruskan membaca untuk lebih info dan aktiviti menarik kami sepanjang 4 hari berkelana sekitar Selangor Darul Ehsan.
Secara dasarnya, trip Rentak Selangor ini diinisiasikan bagi mengcungkil dengan lebih dalam lagi mengenai susur galur pemerintahan dan rakyat di negeri Selangor, serta mengetengahkan lagi kepelbagaian budaya yang terdapat di negeri ini - terutamanya yang berkaitan dengan seni persembahan, alat muzik tradisional dan amalan-amalan lain.
MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM SELANGOR
Awal pagi kami dimulakan dengan perjalanan dari Kuala Lumpur terus ke Shah Alam. Kunjungan kami ke Muzium Alam Shah, yang terletak di Pusat Bansar Shah Alam adalah bagi mendedahkan kami dengan sedikit info dan sejarah mengenai Selangor. Rasa malu pula dengan diri sendiri sebab Nisa dah duduk Shah Alam empat lima tahun juga tapi tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke sini !
Banyak sangat maklumat mengenai sejarah awal negeri Selangor, kepada pembentukan penempatan dan juga asal usul susur galur pentadbiran diraja di negeri ini dipamerkan di Muzium ini. Dari info bersejarah ini lah kami semua mendapat tahu mengenai dari mana datangnya kepelbagaian dalam budaya yang terdapat di negeri Selangor. Dan pengaruh-pengaruh seperti Orang Asli, Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya ini dapat dilihat dengan jelas dari aspek seni persembahan tarian dan juga alat muzik tradisional.
Setelah bermukadimah di Muzium Shah Alam, perjalanan diteruskan pula ke Kawasan Inap Desa Banghuris (Banghuris Homestay). Kedatangan kami disambut mesra warga Banghuris Homestay dan trip Rentak Selangor dilancarkan oleh YB Amirudin Shari, EXCO Pembangunan Belia, Sukan, Budaya dan Keusahawanan. Antara intipati ucapan beliau ialah, misi dan visi beliau serta seluruh warga di jabatannya untuk menaikkan lagi nilai budaya unik negeri Selangor di persada antarabangsa, seterusnya meningkatkan industri pelancongan tempatan.
Usai upacara pelancaran, kami dihiburkan dengan persembahan muzik dari kumpulan Cempuling Moden Cendana Klasik yang memainkan 7 alat muzik tradisi cempuling. Alat muzik cempuling ini berasal dari keturunan Jawa dan pengaruh Jawa ini masih diamalkan oleh sesetengah penduduk. Muzik cempuling dimainkan dengan peralatan yang berbeza-beza saiznya, dalam kumpulan dan tujuan asal cempuling adalah untuk saling mengingati antara satu sama lain.
Kumpulan Cempuling Moden Cendana Klasik bukan sahaja boleh memainkan lagu lagu rentak irama Malaysia atau lagu tradisional, malah mereka mampu membawakan lagu-lagu terbaru di dalam industri muzik tempatan dan lagu dalam pelbagai bahasa lain seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina.
Setelah menikmati muzik cempuling dan masakan ala kampung yang disediakan, kami singgah ke taman pokok buluh. Lokasi ini merupakan antara tarikan yang terdapat di sekitar Banghuris Homestay. Memang syok bergambar di sini. Jangan lupa singgah kalau ke mari ye !
Setelah seharian di luar, pastinya kami ingin berehat dan membersihkan diri sebentar sebelum keluar makan malam. Selama 4 hari 3 malam kami meneroka sekitar Selangor, Qliq Damansara Hotel menjadi penginapan rasmi kami. Lokasi memanh strategik, berdekatan dengan shopping mall, di bangunan Empire Damansara bersebelahan hotel ini juga terdapat convenient store dan beberapa restoran.
Penginapan yang bersih, berkonsepkan moden minimalis dan juga bilik kami dapat yang city view... Memang plus points sangat ! Nisa sebenarnya pernah menginap di hotel ini tidak lama dahulu, memang best.. Nak ke KL City Centre pun dekat melalui highway Penchala Link. Thank you Qliq Damansara Hotel !
Makan malam kami istimewa sikit pada hari tersebut. Restoran Spiced Pumpkin Cafe menampilkan rangkaian makanan Malaysia dan juga Palestin, inspirasi dari suami salah seorang pemilik restoran ini yang berasal dari sana.
SPICED PUMPKIN CAFE & BAKERY
Facebook Page : https://www.facebook.com/SpicedPumpkin/
Instagram : https://www.instagram.com/spiced_pumpkincafe/
Hidangan makan malam kamiiiii.. Alhamdulillah sedap-sedap makanan di Spiced Pumpkin Cafe ni... Maqlubah rice dia ada kambing, ada ayam, sup, kekacang dan dorang punya signature hot sauce. Oh yee.. cheesy nachos tu sebenarnya menu baru mereka.. Nachos yang dihasilkan sendiri memang sangat rangup dan sedap ! Kalau cicah hot sauce sahaja pun sedap ! Dessert pulak ada dua. Tres Leches tu asalnya dari Amerika Selatan.. kepingan kek lembut dihidang bersama adunan susu. Mmmm memang lemak manis ! Dan you guys should really try this KUNAFA !!! Memang cheese nya cair dalam mulut. Sedap dimakan ketika masih panas panas gituu..
Baiklah.. sekian sudah hari pertama kami untuk trip Rentak Selangor bersama Gaya Travel dan Tourism Selangor.. Tak sabar untuk hari kedua pulak.. Jom balikkk ! Nak rehat sepuasnya.. Stay tuned untuk entry seterusnya tau,,
NISA KAY.