Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Hostel 018 - Drama cinta tiga segi

$
0
0


Laju-laju aku melangkah masuk ke pintu Hostel 018, tempat kami menginap. Angin sejuk di luar disulami gerimis hujan sepanjang hari tidak dapat aku tahan lagi. Berlapis pakaian yang dikenakan pun masih belum mampu membuat aku menahan kedinginan yang menyelinap masuk membelai kulit seterusnya menusuk hingga ke tulang.


Buat kali kedua kami menginap di hostel yang sama. Pertama kali kami menginap di hostel ini adalah pada tahun 2016. Menghadiri acara pameran elektronik terbesar di Barcelona, Sepanyol membawa aku ke sini sudah empat kali. Biasanya pada setiap tahun boss akan memilih lokasi yang berlainan untuk menginap, namun pengalaman kami di Hostel 018 pada tahun lepas membuatkan kami merasakan inilah lokasi terbaik untuk kami menginap pada tahun ini pula. 


"Ola!" Staff hostel di kaunter depan menyapa mesra di dalam bahasa Sepanyol, rutinnya seperti biasa setiap kali sesiapa masuk ke situ. Aku menoleh ke kaunter dan melempar senyum tanpa membalas sapaannya.

Staff hostel :Hey, you're here again !

Aku :Yes ! I remember you too. You're not here yesterday. We checked in yesterday! 

Teruja aku apabila staff hostel yang asalnya dari Brazil ini menegurku. Tahun lalu sering juga aku dan boss berbual dengannya dek kerana keramahan beliau. 

Aku :I came with... 

Boss aku melangkah masuk pintu hostel.

Aku : Weh Tekong ! Ni haa dia ingat aku weyh !

Staff tersebut menyapa boss dan kami berbual seketika di depan kaunter. Usai berbual, kami menuju ke meja yang terletak di lobi hostel. Boss memilih meja di hujung sekali, sebaris dengan pantry. Gemar dia duduk di situ kerana lebih dekat dengan plug untuk mengecas komputer riba. Aku letak beg aku di samping beliau dan terus terkejar-kejar ke tandas.


Tersandar aku di sofa hijau, di sebelah boss aku berselangkan beg-beg kami. Nazrin, penulis baru di syarikat kami bekerja datang duduk berhadapan kami berdua. Kami berbual kosong, membincangkan menu makan malam kami. Jam baru sahaja menunjukkan jam 6.30 petang waktu tempatan. Aku sudah dua tiga kali menguap.

Aku kerling telefon pintar jenama Vivo di atas meja, masih memaparkan waktu Malaysia. Ahhh sudah tengah malam di sana, detik hatiku. Padanlah mata sudah mulai layu, kelesuan mula menyerang diri dan aku sudah menguap lebih dua kali. Jetlag ! Getus aku sendiri. Baru hari kedua kami di Barcelona, tubuh badan masih berlawan dengan minda inginkan rehat. Tapi aku tidak harus tunduk. Aku harus memaksa diri untuk kekal jaga dan tidur mengikut waktu di sini.


Kami bertiga sambung berbual lagi, sehinggalah datangnya seorang jejaka kacak duduk sebaris dengan kami, di sofa hijau. Aku jeling sekejap. Orangnya kurus, berketinggian sederhana dan mempunyai jambang. Aku senyum sendiri. Ahh perempuan ! Seronok cuci mata ya, mentang-mentang single. Angan gatalku mati setibanya seorang perempuan sederhana tinggi dan berambut panjang duduk di sebelah beliau. Mereka mula berbual-bual di dalam bahasa Inggeris. Telahku, mereka bukan penduduk tempatan. Seorang lelaki berambut hitam, agak panjang mencecah bahu serta bermisai lebat datang menghampiri dan duduk pula di sebelah kiri wanita berambut panjang. 

Nazrin : Haha.. kesian perempuan tu kena kepit !

Aku menjeling sekejap.

Aku : Haa kan ! Macam takde tempat lain nak duduk. Bukannya takde kerusi. 

Tekong menoleh. Tertanya-tanya.

Aku : Perempuan kat sofa sebelah kena apit kiri kanan. Macam takde seat lain je padahal boleh je duduk depan dia kot.



Kami terus memerhati drama cinta tiga segi di sofa sebelah dalam diam dan memasang telinga untuk menangkap butir bicara mereka. Memang kurang sopan tapi apa lagi hiburan yang kami ada di sini selain memerhati gelagat manusia yang bermacam dan mengeluarkan ulasan kami sendiri ? Haha.. Entah macam mana, aku terpandang pula tangan si wanita membelai mesra peha lelaki berambut panjang. Bulat kejap mata aku. 


Aku : Errkkk tengok pompuan tu elok pulak tangan dia kat peha laki belah kiri dia. 

Nazrin : Masalahnya, tangan sebelah lagi pun dekat mamat belah kanan tu !


Aku terbeliak sedikit dan hampir ketawa. Wah wah wah. Hebat wanita itu ! Punya dua teman lelaki atau apa ? Sebentar kemudian aku berkalih ke kanan, memasang wayar pengecasan komputer riba di plug yang terletak di sebelah sofa hijau. Tertangkap pula dek anak mata wanita berambut panjang dan lelaki bermisai hitam sedang bercumbu. Ah sudah !


Walaupun di negara ini bercumbu di khalayak ramai itu sesuai yang normal dan tidak harus dihairankan, namun bagi aku yang datangnya dari negara di mana budayanya bukan begini semestinya rasa kekok dan malu menontonnya. Apatah lagi ia sedang berlaku di sofa sebelahku ! Wanita dan lelaki sambung bercumbu lagi, membelai rambut dan berciuman di situ. Lelaki kacak di sebelah kanan buat hal sendiri nampaknya.


Ohhh ! Berwajah kacak, berjambang kemas dan anak mata menggoda ternyata tidak menjanjikan kisah cinta yang indah ! Kasihan dia, jadi dialah the third wheel ! If you know what I mean.. Hahaha ! Aku dan Nazrin sambung berulasan mengenai pasangan itu. Drama malam ini. Fuhhhh.. Kami sambung kerja masing-masing. Memerhati sekitar andai ada drama lain untuk di tonton dan diberi ulasan lagi.






23 FEBRUARI 2017.
NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614