Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

RIP Chester Bennington

$
0
0



Ohaiii...


Kali ini lain sikit intipati blogpost kali ini. Jarang-jarang lah Nisa nak update mengenai isu semasa, lagi-lagi kalau berkaitan dengan artis. Pagi ini Nisa terjaga awal dek kerana mimpi sepilu drama petang-petang. Celik saja mata terus capai telefon pintar, buka aplikasi Twitter.. dan seterusnya membawa kepada longgokan tweets mengenai berita kematian vokalis band yang sangat popular iaitu Chester Bennington dari Linkin Park.






Tujuan Nisa menulis entry ini bukanlah nak menunjukkan sangat yang Nisa sebagai peminat emosi dengan pemergian vokalis hebat seumpama mendiang Chester. Maklumlah kita minat dari jauh je, nak pergi konsert Linkin Park pun tak mampu masa tu.. Tapi dengan berita mengejutkan arena hiburan ni, sekaligus buat kita jadi teringat bagaimana muzik rock Linkin Park mewarnai dunia kita.. pada zaman yang memang masa tu hebat teruk lah band LP ni kan.




BAGAIMANA BOLEH TERJEBAK DENGAN MUZIK LINKIN PARK ???

Well.. masa Nisa kecik-kecik dulu, semasa zaman bersekolah rendah, I dont really listens to music on radio.. kalau di TV tu biasalah kan.. Semuanya bermula bila along Nisa beli kaset Linkin Park, kalau tak silap yang Hybrid Theory tu... sebab kaset tu release tahun 2000 gitu. Masa tu budak sekolah rendah lagi deknonnn. Haha bila along dah selalu ulang main lagu-lagu dari kaset menggunakan radio cabuk, maka secara tak langsung Nisa jadi suke pulak.


Pernah juga bila along tiada di rumah, keluar bermain dengan kawan, Nisa senyap-senyap pasang kaset tu dan sing along lagu-lagu LP ni dengan menggunakan kertas lirik yang tersedia haha. Kenangannya !! Lagu LP pertama yang Nisa hafal ialah lagu Crawling. Haa kemain masa tu rap pun lancar amboii! Mengaji liat! Hahahha. Bila along Nisa dengar Nisa sing along lagu-lagu LP dia pun terkejut. Cehh kembang idong sis kejap.





MY FAV SONG FROM LINKIN PARK |  Sepuluh tahun lalu... lagu Papercut ni keluar.. Masa dengar je lagu ni.. fuhh mender-deru semangat ni. Rasa macam fuhh best gila ah lagu ni. Honestly Nisa memang sangat sukakan lagu-lagu begini. Lagu yang memang layan kepala hangguk orang kata haha.. Memang zaman tu genre muzik yang keras sebegini memang tengah in pulak.. pendek kata sekitar 90s ke 2000s tu memang era Nisa mengenali lebih banyak lagu-lagu dari Linkin Park.





Jadi dengan laman-laman sosial dibanjiri berita kematian Chester Bennington dipercayai bunuh diri kerana sekian lama menderita depression, peminat di seluruh dunia dan rakan-rakan artis mengucapkan takziah dan juga ramai yang throwback mengenai kisah mereka membesar dengan lagu-lagu dendangan mendiang Chester dan ahli kumpulannya. Antara lagu yang sering diputar di dalam playlist Nisa ialah :




Ini antara lagu yang sangat Nisa suka dengar ulang-ulang kali. Kalau kita baca lirik pada kebanyakan lagu nyanyian mendiang Chester ni, boleh dikaitkan juga dengan masalah emosi yang dihadapi oleh beliau. Lagu terbaru beliau bertajuk Heavy dendangan bersama Kiiara juga menggambarkan betapa beliau tidak dapat menampung lagi depresi yang beliau alami.





Apa-apa pun Chester Bennington merupakan antara ahli muzik yang boleh diangkat sebagai "legend" oleh peminat muzik. Muzik yang dibawakan Linkin Park ternyata mempunyai identiti tersendiri dan band ini mempunyai jutaan peminat dari seluruh dunia.




NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614