Pic credit : here |
Assalamualaikum...
Wahh lamanya tak berkongsi apa-apa di laman blog Nisa ni. Tak syok pula rasanya kalau tak update apa-apa kan.. sebab nya nanti blog jadi tak aktif. Bila takda entry baru, orang tak masuk baca blog, seterusnya trafik blog akan merudum. Bila takde trafik dan engagement, macam mana nak jana pendapatan melalui blog kan ? Haa hari ini Nisa nak kongsikan sesuatu dari pembacaan Nisa di laman-laman web.
Baru-baru ini, Nisa ada terbaca mengenai senarai MITOS dan FAKTA mengenai penjagaan wajah. Sejujurnya, mungkin insan yang berkongsi tidak Nisa ketahui sejauh mana kepakaran beliau dalam bidang ni, Tapi bila dah baca senarai dia, memang make sense juga lah sebab berkaitan dan sama info dari pelbagai laman web yang Nisa pernh baca. Jom teruskan !
Pic credit : here |
Ini Nisa rasa betul. Banyak perkongsian mengenai skrub wajah ni. Skrub berfungsi untuk membuang kotoran dan sel kulit mati. Jadi jangan terlalu ghairah nak skrub wajah ya. Nanti kulit tu menipis dan makin sensitif pula. Cukup dua kali seminggu. Tapi Nisa sendiri akan skrub dua hingga tiga kali seminggu. Kalau dalam minggu tu kerap bermekap untuk urusan shooting, jadi Nisa akan skrub wajah selang tiga hari. Gosok pun jangan kerterlaluan, urut lembut je muka tu.
Sebelum ni, Nisa memang tak suka pakai toner. Tapi ramai yang bagitahu Nisa patut pakai toner, lebih-lebih lagi bila muka mula breakout teruk dan kulit nampak kusam. Bila dah beli toner dan habis pakai sebotol, memang banyak bezanya. Kulit nampak lebih fresh dan bermaya. Alhamdulillah jerawat pun kurang. Yang penting, guna toner yang sesuai dengan kulit ya.
Pic credit : here |
Nisa kerap guna tisu dan tekap di muka untuk serap air. Baru-baru ni Nisa mula menggunakan tuala kecil khas untuk wajah sahaja. Memang pakai untuk lap wajah je. Dah lap muka tu jangan tenyeh kuat-kuat lak. Tekap lembut je untuk keringkan air selepas cuci muka tu haa..
Okay I have something to say about this. Untuk jerawat tu, yes memang TIDAK DINASIHATKAN untuk pecahkan jerawat guna kuku sebab pada kuku ada bakteria yang mungkin boleh buat jangkitan kuman dan jerawat makin merebak. Plus, kuku boleh sebabkan luka yang membuat parut kekal lama dan sukar nak hilangkan.
Untuk facial machine tu, bukan untuk buang jerawat, tapi untuk pastikan bila kita cuci muka, kita dapat cuci dengan lebih menyeluruh dan lebih jauh ke dalam pori-pori di mana kotoran atau lebihan mekap sering tersumbat, seterusnya menyebabkan jerawat timbul. Pendek kata kena cuci muka bersih-bersih untuk pastikan kurangnya jerawat di wajah. Bukanlah guna facial wash machine terus hilang jerawat tu.
Ada banyak jenis facial wash device dekat pasaran. Ada yang mahal harga beratus.. memang bagus, Nisa pernah cuba jenama Philips VisaPure yang harga dia lebih kurang 800 lebih tu. Memang lembut sangat berus dia, tak kasar kat wajah dan alhamdulillah bila hari-hari pakai, muka rasa bersih dan jerawat pun kurang. Tapi mesin tu dah rosak sebab lama sangat dah haa. Beberapa tahun juga dia tahan.
Kemudian, Nisa terpengaruh nak beli device pencuci wajah yang jauh lebih murah. Alaa yang warna pink pink tu banyak jual online. Harga dekat kedai MrDIY sekitar RM10 sahaja. Tapi bila pakai, berusnya keras dan kasar! Muka rasa pedih bila lama sangat guna masa nak cuci muka. Dan yeah that's it. I dont see any reasons for me to continue use it anymore. Bila berus kasar dan tak berkualiti, ianya akan mengakis kulit dan buat kulit sensitif, menipis dn merah-merah.
Kemudian Nisa kumpul duit lebih sikit, beli facial wash device yang berkualiti tapi lebih murah, iaitut OGAWA Unique Lite, gambar belah kanan di atas yang dalam bekas hijau tu. Berusnya jauh lebih lembut dan tak rasa rimas bila cuci pakai alat ni. Harga dia dalam 100 lebih dan boleh dibeli di SaSa. Nisa faham ramai yang akan bangkitkan isu "kemampuan" dalam membeli. Tapi nak lawa, nak sihat.. kenalah melabur. Kumpul wang sikit-sikit inshaAllah dapat beli yang bagus dan tahan lama.
Ramai akan nasihatkan Nisa untuk dapatkan rehat dan tidur yang cukup bila muka ni mula naik jerawat. Yelah kadang-kadang sukar nak rest kan wajah dari bermekap sebab Nisa bekerja memang sebagai host. Jadi, selain dari mencuci wajah dengan bersih, tidur sangat penting. Sebab tu ramai yang panggil "beauty sleep". Dalam hal ni, kita kena pandai mengatur jadual agar kerja sempat disiapkan dan kita boleh tidur awal.
Ada sesetengah facial wash device ni dilengkapi dengan alat untuk urutan wajah. Depends kepada masing-masing la, tapi personally Nisa suka pergi facial spa. Sebulan sekali pun jadi. Haa sekali lagi Nisa nak ingatkan. Beauty tak dapat percuma (unless anda memang lahir-lahir dan lawa), some people need to work hard to be better and look better. So pendek kata, nak facial, nak produk bagus, nak beli facial device berkualiti.. semua tu kerja keras dan menyimpan wang. Haa... semuanya atas diri kita ya.
CREDIT : Semua printscreen di atas adalah dari bebenang tweet saudara Naufal Antezem
Baiklah.. nanti Nisa akan kongsi lagi mengenai penjagaan wajah, badan atau rambut. Suka pulak nak buat blogpost begini lagi. Jumpa lagi!
NISA KAY