Assalamualaikum..
Hai semua !!! Haaa hari tu Nisa ada update mengenai Pencarian Wanita Melayu 2018 kann ?? Setelah sesi ujibakat dan pusingan saringan dijalankan.. Kini daripada beratus yang datang, 12 gadis bertuah telah terpilih untuk ke pertandingan akhir dan merebut gelaran Juara PWM2018 ! Jom ! Berkenalan dengan mereka dan lihat apa aktiviti yang mereka perlu lakukan sepanjang pertandingan berlangsung sebelum tiba hari untuk pentas akhir.
Dari kiri : Huda, Fatihah, mentor Nurhazwani dan Alya |
Huda Saber (29)
Pernah beberapa kali mencuba untuk menjadi finalis PWM namun gagal tidak membuatkan Huda putus asa. Kali ini dengan kematangan dan visi yang lebih jelas Huda berdiri sama hebat dengan 11 finalis yang lain. Kini Huda masih lagi meneruskan pelajarannya di peringkat Master.
Nur Fatihah Sazali (25)
Wajah tidak asing lagi dalam mana-mana pertandingan kecantikan juga pencarian model, Fatihah sentiasa tampil yakin dan mahu menjadi inspirasi buat wanita di luar sana. Berpengalaman dalam peragaan.
Alya Iman (26)
Aktif sebagai travel blogger, Alya Iman yang memiliki pendidikan dalam bidang Bio-Chemical salah satu university di United Kingdom ini percaya PWM2018 mampu menjadikan dia lebih dekat dengan budaya Melayu dan sekali gus mahu membawa etika budaya Melayu ke peringkat lebih tinggi.
Dari kiri : Nur Ezzeyanti, mentor Ashira, Nadja Liza dan Siti Mastura. |
Nur Ezzeyanti Natasha (20)
Masih muda dan cukup dikenali di landasan media sosial, Ezzeyanti memiliki pendidikan dalam bidang Seni dan Kebudayaan daripada Universiti Bandung. Minat dalam bidang ini membawa Ezzeyanti ke pertandingan PWM2018 untuk mencabar dirinya sendiri.
Nadja Liza (30)
Bidang kerja yang membawa dia terbang jauh ke sana sini membuatkan Nadja, seorang pramugari semakin mahu berkongsi akar budaya Melayu dengan orang luar. Kali ketiga menyertai pertandingan ini, Nadja membuktikan kesungguhannya kali ini terbayar kali ini apabila terpilih sebagai finalis PWM2018.
Siti Mastura (29)
Pernah viral sebagai Wartawan Dikejar Anjing ketika membuat laporan langsung bersama saluran TV terkemuka tempatan, Mastura merupaka ibu kepada tiga anak ini mahu membuktikan, wanita mampu melakukan apa jua yang mereka mahukan tanpa mengira batasan komitmen dan tanggungjawab menguruskan keluarga.
Dari kiri : Raihana, mentor Ema, Aunee dan Nurtinie |
Siti Raihana (18)
Peserta paling muda dalam pertandingan ini, Raihana yang meminati bidang peragaan ini percaya Pencarian Wanita Melayu 2018 mampu menjadi platform terbaik buat dirinya untuk memulakan langkah awal dalam bidang ini.
Aunee Azrina (25)
Pernah menjadi wakil Malaysia dalam memperagakan busana tradisi Melayu di Jepun, anak kelahiran Perak ini berkemampuan bertutur lancar dalam Bahasa Jepun. Memiliki pendidikan Kejuruteraan electrikal, Tokyo University of Sience, Japan.
Amy Nur Tinie (22)
Cukup berpengalam dalam bidang peragaan tidak meletakkan dirinya terlalu besar berbanding peserta lain. Mengusahakan perniagaan Spa dan Kecantikan yang berlokasi di Ipoh, Perak – Tinie percaya visi PWM dan visinya seiring dalam memartabatkan Wanita ke peringkat global.
Dari kiri : Syuhada, mentor Nurul Ain, Athiyah dan Aisyah. |
Nur Syuhada (22)
Percubaan pertamanya dalam Pencarian Wanita Melayu membuahkan hasil pabila berjaya ke peringkat akhir PWM2018. Mahu mencabar dirinya dalam melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan dan mahu meningkatkan keyakinan diri.
Nur Athiyah Hazirah (23)
Pelajar dalam bidang perakaunan ini meminati bidang peragaan ini mahu mencari jati diri dan meningkatkan keyakinan yang ada dalam dirinya menerusi program ini sekali gus berharap PWM2018 mampu menjadi platform terbaik mengembangkan bakatnya.
Nuraishah Razak (25)
Tujuan Aishah memasuki PWM2018 adalah untuk keluar daripada zon selesanya. Dia mahu lebih yakin, berani dan ke depan setiap kali berhadapan dengan orang. Sekali gus menjadi contoh juga inspirasi buat wanita di luar sana.
PLAZA SHAH ALAM merupakan penganjur utama pertandingan Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) dan PWM2018 diselia oleh Yann Rift sepanjang ia berlangsung. Menjadi 12 finalis, kesemua gadis-gadis ini perlu melalui pelbagai aktiviti dan cabaran sebelum beraksi di pentas akhir.
Dibahagikan kepada jagaan 4 orang mentor, kesemua finalis akan menjalani sesi fitting, aktiviti outdoor rock-climbing, makeup workshop bersama penaja ELIANTO, dan pertandingan memasak yang akan menyerlahkan lagi skil memasak serta kemahiran di dapur. Haa jangan kata wanita yang menjaga kecantikan dan aktif di pentas peragaan tidak pandai memasak ! Semua finalis pasti memberikan saingan yang sengit !
Pentas akhir yang akan diacarakan oleh pengacara terkenal Karl Shafek ini menampilkan 3 juri yang cukup berkaliber untuk menilai dan memberi markah kepada kesemua finalis. Meraka adalah : Encik Faizal Hamid (Pensyarah Kanan UiTM) , Kiffy Razak (Editor Majalah Nona) serta Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager). Penyanyi remaja yang kian meningkat naik, Ismail Izzani juga akan hadir memeriahkan suasana!
Wahhh... nampaknya para finalis semua sama cantik, sama bergaya nih.. Bagaimana dengan skil mereka ? Siapakah yang akan merangkul gelaran JUARA PWM 2018 tahun ini ? Tak sabar nak menyaksikan pentas akhir PWM2018 yang berlangsung di Plaza Shah Alam, 28 April 2018. Jom datang beramai-ramai saksikan pentas akhir ini !