Assalamualaikum..
Hai semua!! Haaa baca je tajuk, korang semua mesti dah tahu kan Nisa nak tulis pasal apa.. Nisa pun excited sangat dengan entry kali ini sebab ada banyak perkara Nisa nak kongsikan di dalam skincare review kali ini. Jika anda semua mengikuti Nisa menerusi laman sosial yang lain seperti di Instagram, pasti korang tahu yang Nisa susah nak share review mengenai skincare, kecuali Nisa benar-benar gunakan produk tersebut!
Baiklah.. mari Nisa kenalkan korang semua dengan dua produk yang Nisa nak review ini. Yang pertama ialah pencuci muka ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dan produk yang Nisa turut gunakan di samping pencuci muka tersebut ialah AQUA WHITENING CREAM. Kedua-dua produk ini adalah keluaran Hansaegee Nature. Untuk pengetahuan pembaca semua, Hansaegee Nature merupakan jenama dari Korea, bahan-bahan yang digunakan untuk produk mereka semestinya yang berkualiti lah kan. Kedua-dua produk ni Nisa mula gunakan pada waktu yang sama iaitu lebih kurang hampir sebulan yang lalu.
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser :
Pencuci wajah ini mengandungi tea tree oil yang dapat membantu masalah kulit berjerawat. Selain tu jugak, pencuci wajah ni ada mengandungi bahan-bahan lain seperti aloe vera, lavender dan lain-lain yang dapat membantu mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembap, melegakan kulit yang sensitif dan melembutkan wajah.
Untuk pengetahuan anda semua, Nisa mempunyai condition kulit wajah yang kering, agak sensitif kerana mudah dinaiki jerawat dan sedikit oily di bahagian T-zone. Jadi Nisa tertarik dengan bahan-bahan yang dinyatakan menerusi laman web Hansaegee Nature kerana fungsi pencuci muka ini banyak seperti yang Nisa memang perlukan selama ini.
Sesuai untuk :
- Kulit kering (pencuci ini membantu melembapkan kulit)
- Kulit berminyak (berfungsi mengawal minyak)
- Kulit sensitif / berjerawat (membantu masalah jerawat)
- Membuang sel kulit mati / blackhead whitehead (membersih kulit dan pori)
REVIEW NISA - ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
Tekstur :
I love it !!! Pencuci muka ini datang dalam botol dengan muncung yang terus mengeluarkan buih apabila ditekan. Pastikan muka dan tangan sudahpun dibasahkan apabila nak guna pencuci muka ni okay!
Pengalaman semasa menggunakan :
Buih-buih yang halus membantu membersih kulit dan pori-pori jauh ke dalam. Lagi diurut muka, lagi berbuih. Dan buihnya sangat sangat ringan, rasa seronok je nak urut satu muka. Kulit Nisa yang sedang berjerawat semasa mula-mula menggunakan pencuci muka ni pun tak rasa sebarang kesan pedih atau kering. Pendek kata, teksturnya sangat ringan pada kulit.
Selepas hampir sebulan penggunaan :
Jujurnya Nisa sangat suka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni! Teksturnya yang ringan dan buih-buih halusnya betul-betul buat Nisa rasa tertarik nak terus menggunakaan. Masa mula-mula guna pencuci muka ni dulu, Nisa takde rasa kulit kering ke, tegang lepas cuci ke.. memang takde. So memang betul pencuci muka ni tidak mengeringkan kulit.
Mula-mula risau juga nak bertukar pencuci muka tapi from day one it has been really amazing! Memandangkan kerja Nisa sering kena pakai mekap, jadi after remove makeup, pencuci muka ni helps me a lottt with cleaning my skin deep into the pores sekali! I can really see my pores pun banyak dah improve, even makeup artist pun perasan yang skin Nisa banyak sangat improve. Jerawat pun banyak sangat dah kering dan jarang dah naik yang teruk-teruk, and the scars are fading! Cakap pasal parut makin memudar, lets moving on to the next product, shall we?
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Ini adalah sejenis moisturizer ya, bukan krim pemutih semata-mata. Nama produk ni menjelaskan fungsinya. Menurut laman web Hansaegee Nature, krim pelembap ni berfungsi untuk turut merawat sunburn dan redness pada kulit. Selain itu, dinyatakan jugak yang moisturizer ni fast-absorbing, refreshing dan tidak sticky, maka sesuai untuk cuaca Malaysia dan panas dan lembap sepanjang tahun. Moisturizer ini juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit.
Fungsi dan bahan :
- Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil - kalau google ni memang jumpa macam macam benefit untuk kecantikan
- Mengandungi Niacinamide - fungsi anti penuaan & mengurangkan garis halus
- Non-comedogenic (tidak akan menyebabkan pori tersumbat)
- Cepat menyerap dan penyerapan jauh ke dalam lapisan kulit
REVIEW - AQUA WHITENING CREAM
Tekstur :
Okay memang tekstur moisturizer ni sangat light-weight, dan warnanya bukan solid putih, dia macam semi-transparent punya warna. Haha faham tak ? And tak rasa berminyak, dan memang takda rasa sticky. Nisa mula-mula cuba di tangan, kemudian baru kat muka. Takde rasa kesan berminyak lepas sapu.
Pengalaman semasa menggunakan :
Memang ringan dan pantas menyerap. Itu apa yang Nisa rasa semasa mula-mula cuba mosturizer ni. Again, my skin does not feel any irritation upon trying out the product on the first week. So, takde bad reaction la. Sticky feeling almost tak terasa sebab dia fast-absorbing kan, and it does not have any smell. Yang best nya, pakai sikit je dah cukup untuk seluruh wajah.
Selepas hampir sebulan penggunaan :
I really love using this moisturizer each time after washing my face. Sekejap je urut satu muka dah serap ke dalam kulit, dan yang penting tak rasa berminyak! Bila kulit well moisturized, nak pakai mekap pun nampak elok je hasilnya nanti. Kulit memang rasanya dah kurang kusam berbanding sebelum ni, sebab muka asyik dengan mekap je kan (dah kerja kena selalu mekap), so bila buang mekap kadang-kadang rasa tak bermaya je kulit. Yang bestnya, moisturizer ni ada banyak fungsi lain selain daripada melembap kan kulit je.
Disebabkan moisturizer ni ada mengandungi Niacinamide jugak, I think it kinda helps with my smile lines kat tepi bibir? Sebab I think it is reducing a bit, still a long way to go tapi Nisa seronok nampak ada perubahan. Whitening property dalam moisturizer ni really help me with the scars. My acnes surely improved a lot, and the scars starts fading and also kulit dah start mencerah dan tona nampak agak sekata and I can see that starting the second week I'm using this moisturizer.
WILL I RECOMMEND THIS ? Yes! Sebab I rasa harganya bersesuaian dengan kualiti dan fungsi produk. Kedua-dua produk boleh pakai untuk jangkamasa yang agak lama, lagi-lagi moisturizer, sebab pakai sikit je dah cukup untuk satu muka. Kalau jenis tidur dengan aircond tu, fuhh lagi fresh kulit korang pakai Aqua Whitening Cream ni. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pulak my must-bring! I pergi mana-mana je pun memang takkan tinggal. Kalau kulit rasa tak bersih, cuci muka pakai cleanser ni, memang segar!
Up to this date, I am still using it. I have been struggling with acnes, scars, dull skin, uneven skin tone, dry and flaky skin.. all at the same time for years now. I am glad that I decided to give these products a shot and it shows so much improvements. I am still looking forward for more improvements, as I just use this for about a month now, but yet a satisfying journey so far.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser
RM65.00 | 150ml | Info lanjut klik di sini
Aqua Whitening Cream
RM143.80 | 50g | Info lanjut klik di sini
JENAMA : Hansaegee Nature
Laman web : https://hansaegee.com/shop/
Follow on Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Like their Facebook Page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Subscribe to their Youtube Channel : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
BUY THEM HERE : Hansaegee Nature website
It is best to use them both for optimum result if you guys nak treat kulit bermasalah dan berjerawat macam Nisa. Diingatkan, nak kulit clear memang kena sabar sikit, lagi-lagi kalau kita dah lama hadap masalah kulit ni. Plus, produk dengan bahan-bahan semulajadi memang take time nak tunjuk kesan, depends on your skin too. But I am confident enough to write this lengthy review after I use them myself and happy with the progress. So, see you guys in my next blog post!
NISA KAY.