Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Ayo ke Padang, Indonesia (PART 1)

$
0
0

Assalamualaikum semua..

Wahh rasanya dah lama jugak tak update mengenai sebarang trip atau kisah travel Nisa.. Haa bukan apa, sejak dua menjak ni, Nisa fokus kepada kerja yang di depan mata, so memang tak fikir sangat lah pasal travel, plus kalau travel ni nak kena keluar duit lagi. I'm saving for something else for now.. so yeah memang malas nak travel. Kalau ada sale tiket flight pun buat tak nampak je.


Tapi, baru-baru ini Nisa mendapat jemputan dari pihak Dinas Pariwisata Padang, Indonesia (kira macam tourism dorang la) untuk explore Padang dan merasai sendiri pengalaman jalan-jalan di Padang. Biasanya kalau orang landing di airport Padang, mereka akan ke luar daerah melawat tourist spot yang famous macam Bukittinggi atau Batusangkar. Haa kali ini jom kita lihat antara tarikan yang sememangnya ada di daerah Padang, Indonesia !



Memandangkan masa kami di Padang, Indonesia cuma 3 hari 2 malam, jadi kami ambil flight pagi dari Malaysia.. Kalau tak silap perjalan ambil masa sekitar satu jam kot? Maaf lah Nisa tak berapa ingat sebab naik flight je terus tidur haha. Okay rasanya memang sekitar satu jam flight, tapi waktu di Indonesia lambat 1 jam dari Malaysia.


For me, pekan Padang ni tak sesibuk kota besar macam Jakarta, mungkin masih ramai yang belum betul-betul tahu apa yang best di sekitar Padang ni kan ? Pekannya simple, banyak bangunan bercirikan minang untuk pejabat-pejabat di sepanjang jalan. Kehidupan dan aktiviti sehari-hari yang agak ringkas saya rasa.



MAKANAN TRADISI PADANG !

Kalau dah ke Padang, Indonesia pastinya tak boleh lepaskan peluang untuk merasa masakan Padang yang asli bukan? Nisa sebenarnya dah sering ke Restoran Sederhana yang ada di Kuala Lumpur dan juga di Jakarta, tapi pastinya lauk-pauk yang ada di Padang, Indonesia sedikit berbeza dengan cawangan lain, lebih-lebih lagi keaslian masakannya. Haa memang puas hati dapat lunch di sini tau! Lauk pauknya memang sedap dan sate nya fuhh awesome! Pastikan kalau nak berjalan tu, kenyangkan perut di sini dulu.




MONUMEN KORBAN GEMPA, PADANG INDONESIA

Dalam pada kita bersuka-ria nak berjalan tu, apa kata singgah sebentar di monumen yang menjadi salah satu peringatan sejarah buat warga Padang, Indonesia ini. Pada 30 September 2009, satu gempa bumi yang kuat telah berlaku dan mengorbankan lebih seribu nyawa. Banyak bangunan-bangunan serta rumah penduduk yang musnah di dalam gempa tersebut. Dan di kawasan monumen ini terteranya nama-nama mangsa yang terkorban, juga diabadikan puisi semangat buat semua yang terlibat. 



KELENTENG SEE HIN KIONG

Seperti di Malaysia juga rasanya, di Padang turut mempunyai populasi penduduk berbangsa Cina dan kawasan penempatan kebanyakan warga Cina ini dipanggil pecinan. Di kawasan ini terdapat satu tokong yang menjadi tarikan di Padang, dapat kita lihat sulaman budaya-budaya berbeza di kota Padang ini, persis di negara kita sendiri. Bangunan kelenteng ini asalnya di tempat lain, tetapi selepas gempa melanda, kelenteng See Hin Kiong ini dipindah lokasi ke tapak yang sekarang.



JEMBATAN SITI NURBAYA

Haaa ada kisah menarik di sebalik nama jambatan ini. Jambatan ini popular sekali di Kota Padang, dan namanya diambil dari nama seorang gadis yang bernama Siti Nurbaya, yang terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya lantas dipaksa pula berkahwin dengan orang kaya untuk melunaskan hutang bapanya. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh google je kisah Siti Nurbaya ini, dan ia turut diabadikan menerusi novel terkenal karya Marah Rusli. 


Dari atas jambatan ini, anda dapat menikmati pemandangan Sungai Batang Arau dan juga bot-bot nelayan di sepanjangan sungai. Penempatan dan perkampungan juga jelas kelihatan di bahagian kiri dan kanan jambatan ini. Menjelang petang, jambatan ini menjadi lokasi popular untuk penduduk tempatan bersiar-siar sambil menikmati makanan yang dijual disepanjang jambatan ini. 



PANTAI AIE MANIH

Pantai ini sesuai untuk orang yang just nak relax di bawah sinaran matahari sambil menyaksikan matahari yang akan terbenam di waktu senja. Ecehhh.. Biasa di sini kelihatannya orang memang bersantai-santai sahaja, membeli makanan dan minuman.. tetapi ada juga aktiviti yang boleh dilakukan, seperti menyewa ATV dengan kadar 100 ribu rupiah (sekitar RM30 - RM35) untuk sejam dan bersiar-siar di sekitar kawasan pantai. 



Oh yaa.. sebenarnya Pantai Aie Manih ini sangat popular dengan bekas batu-batuan yang dipercayai Malin Kundang serta isi kapalnya yang disumpah menjadi batu. Haa lebih kurang macam kisah Tanggang kita lah kan. Jelas kelihatan susuk tubuh yang seakan sedang bersujud dan juga rangka kapal yang masih jelas kelihatan. Berselerakan di sekitar kapal adalah barang-barang perkapalan seperti tali dan lain-lain.




HOTEL D'OXVILLE, PADANG

Haa sebelum ada yang bertanya, meh Nisa nak share mengenai tempat penginapan kami. Hotel ini sekali pandang, macam villa yang ada banyak bilik. Kolam renangnya cantik dan boleh tahan saiz nya. Bilik-bilik kami pula sangat selesa dan pilihan makanan untuk breakfast agak sederhana tapi cukup mengenyangkan dan enak!



KAMPUNG KEBUDAYAAN LIMAU MANIS

Kami dibawa ke sini untuk menikmati makan malam secara tradisi




Viewing all articles
Browse latest Browse all 614