Hai pembaca semua! Excited pulak nak berkongsi kali ni. Seperti yang kita semua sudah tahu, sekarang ni memang trending habis lah boba tea di serata Malaysia! Banyak juga yang cuba-cuba buat sendiri tapi kurang jadi, ada juga peniaga-peniaga kecil yang sudah mula menjual boba tea mengikut trend kedai-kedai popular yang menjual boba tea. Haaa macam-macam lah!
Tetapi apa yang membezakan kedai-kedai yang sudah sedia ada mestilah resepi istimewa masing-masing dalam menghasilkan menu menarik buat pengunjung! Haaa inilah dia Nisa nak berkongsi sebuah jenama boba tea yang datangnya dari Taiwan yang sudah pun bertapak di negara kita. Jom kita usha I'Milky Malaysia !
Kota Laksamana yang terletak di Melaka kini sudah mula dikenali sebagai one of "boba district" di Malaysia. Haha pandai-pandai je Nisa bagi nama kan? Bersaing sihat dengan pelbagai jenama lain, I'Milky Malaysia sebenarnya sudah pun menjangkau 5 outlet di Semenanjung Malaysia! Yang terbaharu dibuka adalah outlet I'Milky Malaysia Kota Laksamana Melaka ini. Jadi orang Melaka.. dah boleh serbu ramai-ramaiii...
NAK ORDER APA NI????
Setiap boba tea shop mesti ada signature dan best seller mereka yang tersendiri kan? Begitu juga dengan I'Milky Malaysia Melaka ini... Ada 5 menu utama yang semestinya patut anda cuba sekiranya berkunjung ke sini!
SIGNATURE & BEST SELLER DRINK :
BROWN SUGAR BUBBLE MILK
Haaaa semestinya Brown Sugar Bubble Milk dari I'Milky Kota Laksamana ni wajib wajib wajib anda cuba!! Amboi sampai tiga kali suruh cuba tu! Haha!! Saat Nisa hirup airnya, fuhhh terus terkejut! Sebab apa? Sebab rasa segar dan manis yang seimbang tu..! Tak reti nak explain macam mana, tapi susu segar dia sedap, dengar kata diimport dari Australia! Kandungan brown sugar pula tak terlalu manis, sedap!! Terus Nisa jatuh cinta!
STRAWBERRY MILK & TARO MILK
Siapa minat perisa strawberry pun wajib sangat try Strawberry Milk ni!! Mereka menggunakan buah strawberry segar ketika proses membuat air ni, bukan guna ready made strawberry paste tau! Dan I'Milky Malaysia ni sangat mementingkan sukatan yang tepat dan proses pembuatan demi menjaga kualiti minuman, pun sesuai untuk mereka yang suka rasa kurang manis. Taro Milk pula untuk yang suka perasa keladi. Haa lemak lemak gituu rasa dia. Mesti terkejut sebab sedap sangat!
GRAPEFRUIT JUICE + GREEN TEA & MATCHA MILK
Siapa yang sukakan rasa jus yang masam masam pahit manis, lepas tu ada a hint of green tea flavour, wajibbbb cuba Grapefruit Juice bersama Green Tea ni tau!! Segar sangat kalau dapat minum tengah cuaca panas ni! Matcha Milk pun Nisa suka! Lemak susu segar dan pahit-pahit Matcha flavour tu seimbang! Dan of course sesuai laa untuk semua yang suka minuman yang kurang manis.
Haaa selain daripada 5 minuman paling laris di I'Milky ni.... ada minuman lain tak? Heyyy mesti lah adaa... Ini Nisa sertakan sekali senarai menu yang ada di I'Milky. Boleh la usha dulu sebelum datang ke outlet I'Milky Kota Laksamana Melaka ni, so nanti datang beratur terus order je.. Maklumlah, orang pun mesti ramai! Harga pulak sangat sangat berpatutan! Bermula RM7.90 hingga RM12.90 sahaja !
GAMBAR HIASAN bersama Budak Lelaki Sebelah Pintu |
Jangan lupa kepada orang-orang Melaka, atau sesiapa sahaja yang akan bercuti ke Melaka, panjang-panjangkanlah langkah ke kawasan Kota Laksamana untuk merasai sendiri minuman-minuman di I'Milky Kota Laksamana ni..! Memang tak rugi! Datang ramai-ramai bawak keluarga, kawan-kawan, kekasih hati.. ehh! Hahaaa sekarang ni kan boba tea date pun dah jadi trend. Auchh sweet sangat! Haha!!
LOKASI : I'MILKY KOTA LAKSAMANA, MELAKA
NO. 6, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka
WAKTU OPERASI :
12.00 Tengahari - 1.00 Pagi
NOMBOR TELEFON :
011 1758 3668
NISA KAY.