Assalamualaikum…
Ambuiii kemain Nisa Kay ni pung pang pung pang menjana pendapatan dengan blogging ye? Kata nyewww! Banyak sangat ke duit sampai nak kena tulis dalam surat khabor?? Hak hak hak. Minggu lepas saya telah di interbiu oleh akak comel, Kak Alyn.. wartawan dari Citra Orang Muda (COM), sisipan Utusan Malaysia keluaran pada setiap hari Sabtu..
Haaa comel kan Kak Alyn akak wartawan COM?? Mueehehe… Sangat manis dan lembut je orang nye. Terkojut daku bila dihubungi melalui fan page rasmi aku iaitu SAYA SUKA MENAIP. Kebetulan pada hari dia nak interbiu daku tu, daku memang ada kat area Shah Alam. So kami set untuk bertemu di Taman Tasik Shah Alam..
Ini abam photographer dari Utusan pada hari itu. Abam ni keluar je dari kereta, macam nak terkeluar anak tekak dek kerana terkejut (kononnye lah kann). Mana taknye, dah beberapa lama tak terserempak dengan beliau, alih-alih dia yang akan ambik gambar aku hari tu? Oh em gee!! Memang awkward habis aku nak posing depan dia. MUAHAHA!!!
Jangan tak tahu abam photog ni merupakan jejaka idaman di UNISEL SHAH ALAM satu masa dulu. Bahaha!! Malas cerita lelebih… kanggg… (tersengih-sengih di depan laptop selama 10 minit sebelum aku kembali menaip..)
Pada suatu pagi yang hening.. di kala aku sedang lagha ber-tweet tweet… Satu tweet dari Rotikaya telah mengejutkan aku… Dalam fikiran aku… “Kejadahnye keluar front page? Dia dah beli paper ke? Baru pukul 1 pagi kot???”
Maka admin twitter Rotikaya itu telah bagi aku link gambar dari facebook Utusan Malaysia yang memaparkan muka depan akhbar itu yang akan keluar esok (Sabtu 4 Ogos 2012). Oh mann….
Betapa noob nye aku tak tahu Utusan Malaysia ade facebook fan page.. Dan betapa noob nye aku tak tahu yang Utusan Malaysia akan keluarkan gambar front page akhbar dorang kat fan page tu. Bahahaa!! Thanks ROTIKAYA. Hahaha kerana paper ni aku dibahan oleh bos-bos aku dari Amanz !
Hahahaa so “NISA KAY Jana pendapatan dengan blogging” adalah tajuk sisipan COM pada hari esok. So korang kena beli dan bacalah kalau nak tahu apa yang aku telah cakap pasal jana pendapat melalui blogging ni ye! Hahaha..
Okay sebelum hal-hal yang tidak berkenaan timbul.. ada beberapa perkara yang hendak aku jelaskan.. Memang topik tu MENJANA PENDAPATAN tapi mengertilah korang bahawa aku tak bercakap pasal menjana duit berpuluh ribu riban dengan blogging okayh! Jana pendapat dari pemahaman aku ialah mendapat side income yang sekadar cukup untuk perbelanjaan tambahan.
Kalau nak cakap pasal jana pendapatan yang berpuluh ribu ribu lemon dan memang buat INCOME TIAP-TIAP bulan, jangan tanya aku sebab aku bukan blogger full time.. so aku tak bergantung dengan duit blog setiap masa. Aku hanya part time blogger, sebab tu aku hanya mampu jana pendapatan yang jumlahnya biasa-biasa aje…
Ini pulak cover page sisipan CITRA ORANG MUDA (COM) untuk Utusan Malaysia esok.. kat cover page tadi tajuk lain, ni lak tajuk “Merah jambu pilihan blogger Nisa Kay” Pelik pulak aku kenapa tajuknye lain-lain… haaa apa lagi… So kalau nak tahu apa-apa hal beli je lah UTUSAN esok ye? Kbai.